Ahmad Faisal Juara Silat Dunia

Ahmad Faisal Juara Silat Dunia

Sempena kemenangan dan persaraan jufferi al jamari Tuah Taat sebagai juara dunia silat kali ke4 , meh saya nak kenalkan seorang lagi jaguh dunia dalam kejuaraan dunia persilatan juga.

Nama beliau Ahmad Faisal Omar Shawn Omar atau lebih dikenali shawn komando dan seorang anak jati kuala kedah. Beliau pernah menjadi Juara Pencak Silat Olahraga Dunia (World Pencak Silat Championship ) pada tahun 2002.

Kejayaan Beliau:
1992~ World Pencak Silat Championship:
Pingat Perak
1993~ SEA Games, Singapura:
Pingat Gangsa
1994~World Pencak Silat Championship
Pingat Perak
1995~ SEA Games, Changmai, Thailand:
Pingat Emas
1997~ SEA Games, Jakarta, Indonesia:
Pingat Perak
1997~ World Pencak Silat Championship:
Pingat Perak
1999~ SEA Games, Brunei:
Pingat Perak
2001~ SEA Game Kuala Lumpur, Malaysia:
Pingat Emas
2002~World Pencak Silat Championship:
Pingat Emas

2003~ Jurulatih Malaysia di SEA Games Vietnam
Dia pernah dikatakan sewel gara-gara sering dilihat berlari pada waktu tengah hari rembang dari Bandar Alor Setar ke Pekan Kuala Kedah. Kadang beliau akan menaiki bas dari Kuala Kedah dan selepas turun di Alor Setar dan akan terus berlari pulang ke Kuala Kedah sejauh 16 kilometer.

Beliau digelar shawn komando kerana beliau adalah bekas anggota Rejimen ke-22 Komando pernah bertugas di Cawangan Tempur Tanpa Senjata, Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Sungai Udang, Melaka, Dan kini beliau menjadi seorang coach silat MSN Kedah.

Beliau bermula mengikuti kejuaraan dunia pencak silat pada tahun 1992 dan berazam menjadi juara dunia. Selepas beliau berjaya mengecapi kejayaan sebagai juara dunia, dia tidak lagi menoleh kebelakang untuk memburu lebih banyak kemenangan dalam kejohanan silat.

Shawn omar juga pernah mempertahankan kedudukannya sebagai juara kebangsaan selama lima kali berturut-turut dalam tiga kategori berlainan iaitu kelas G, H dan I. Beliau juga terpilih sebagai pesilat terbaik kebangsaan , malah pada tahun 2002, dia sekali lagi terpilih sebagai ‘Pesilat Terbaik Kebangsaan’. Bukan itu saja beliau juga pernah bergelar juara taekwando kebangsaan pada tahun 1997 dan 1999.

Namun untuk bergelar juara dunia bukanlah mudah, Walaupun doktor melarangnya untuk mengikuti kejohanan/kejuaraan silat lagi, ekoran tulang kaki beliau retak ketika kejuaraan pencak silat dunia di thailand .Beliau tetap tidak peduli. Semangat beliau memang kuat dan jitu walaupun tulang kakinya retak. Beliau bertekad untuk tidak akan berundur daripada sukan silat olahraga selagi tidak bergelar ‘Juara Dunia’. Dan akhirnya segala usaha dan tekad beliau membuahkan hasil apabila berjaya menjadi juara dunia kejuaraan pencak silat dunia .

Sejak berkecimpung dalam silat olahraga, Ahmad Faisal pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kor Gerak Khas sebanyak dua kali di samping Olahragawan Melaka selain Olahragawan ATM dan Olahragawan Tentera Darat.

Bagi beliau , beliau sudah puas dengan segala pencapaian dan kemenangan yang beliau perolehi . Impian beliau kini menjadi jurulatih yang melahirkan lebih ramai pesilat Malaysia di peringkat Antarabangsa..

Semoga dengan persaraan bekas² juara dunia , akan melahirkan lebih ramai lagi pelapis yang bakal mengikuti jejak langkah para pesilat lagenda kita yang berjaya menjadi juara dunia.

Info : Tengku Daeng Mawelle

Leave a Reply

%d bloggers like this: