Air Zero Kalori VIDA Selamat Untuk Wanita ?

Air Zero Kalori VIDA Selamat Untuk Wanita ?

Hari ini dalam saya cuba demi anda.

Hari tu Kak Nzard Drazn ada sebut Salty Lychee ni paling sedap jadi saya ada lah beli nak rasa.

Saya rasa memang sedap! Untuk rekod saya tak cuba lagi perasa lain untuk kategori Zero Vida ni.

Ternyata Zero memang Zero calories. Manis datang daripada Acesulfame K dan Sucralose. Menjadi gabungan rasa dia. Ini boleh jadi minuman yang menyegarkan tanpa mengorbankan pengambilan kalori.

Wanita mengandung walaupun FDA menyatakan kedua-dua pemanis tiruan itu ialah safe to consume moderately untuk wanita hamil, saya tak galakkan. Untuk kanak2 dan kanak-kanak bawah 12 tahun saya tak benarkan langsung minum.

Orang yang perlu kawalan sodium, saya tak galakkan minum kecuali terpaksa. Sebab dalam 1 tin ni ada 166 mg Sodium. Tak boleh lah minum selalu.

Saya rasa dia jadi sedap sebab salty tu ngam lawan dengan kemanisan sucralose. Menjadi lah gabungan dia. Kalau tak memang saya tak
boleh terima rasa sucralose tu.

Buat yang masih ragu-ragu, minuman ni ada gula ke tak, dia takde. Semut kat rumah saya pun setuju. Haha.

Sebelum ada yang nak cuba palatao dengan saya, saya ni Dietitian yang dah berada dalam
bidang selama 14 tahun. ✌🏼

Leave a Reply