Akal Fikiran Membezakan Kita

Akal Fikiran Membezakan Kita ? Semua makhluk Allah ada otak cuma yang membeza manusia mempunyai akal fikiran. Selalu kita dengan “fikir sebelum buat”. Jangan ada sesalan di kemudian hari.
Perkara ni berlaku depan mata kami sekeluarga semasa perjalanan dari Kulai ke Klang kat masa terjadi ni dekat klia.
Perjalanan yang jauh dari Kulai meletihkan tapi tak tahu kenapa saya tergerak melihat “side mirror” sebelah penumpang. Ada beberapa budak-budak muda berlumba dan membuat aksi “superman”…. sambil bersimpang siur jalan ( no 8) mencelah kereta kami. Terdetik dalam hati “jatuh karang macam mana”….
Dari rumah ibu bapa melepaskan kita pulang ke destinasi yang mungkin duduk menyewa di area Shah alam. Pesan ibu….” bawa motor baik-baik, jangan merempit”…. confirm la.. semua ibu akan bagi nasihat begitu.
Nak di jadikan cerita… budak ni tergesel dengan body kereta yang betul-betul depan kami. Saya nampak badan dia melayang dan terseret beberapa meter atas jalan raya. Ya Allah… masa tu kalau lah kereta depan tu terlanggar, terseret dan budak tu meninggal macam mana???…
Kami berhentikan kereta untuk membantu apa yang patut. Suami dah geram je nak bagi nasihat free…. tapi mengenangkan budak ni dah luka sana sini. Diamkan saje.Habis baju dan seluar koyak.
Nyawa kita ni sekali je dik oi… buat apa-apa kena fikir. Sama ada mendatangkan kemudaratan kat kita atau pun orang di sekeliling kita. Fikir dulu sebelum buat. akal fikiran membezakan kita.
Kisah & Luahan Perasaan Ibu (Zeeda Aziz), Anak Darjah 3 Ditampar Kuat Guru Sekolah
Anak aku darjah 3. Pernah ditampar kuat oleh cikgu. Dia tak cerita pun. Hanya selepas beberapa bulan, itupun sebab aku tanya samada pernah tak cikgu tampar atau pukul, barulah dia mengaku. Aku tanya, kenapa tak cerita kat mommy? Jawabnya, takut mommy marah.
Good! Ini betul2 anak mommy. That is how you learn about life, my son. Not every single thing nak mengadu pada mommy. Kalau jatuh calar pun mommy akan cakap “Alaa, sikit je. Not that bad.”
Anak-anak aku lebih takut aku dari guru mereka. Knowing that his teacher once slapped him, I hired her to be my kids private tutor. She meets my requirement. Tegas. Old school teaching method.
Kita hidup dalam dunia yang mencabar. Sekolah adalah tempat persediaan untuk menghadapi dunia akan datang. Jika setakat dirotan tampar pun nak mengadu dengan mak, nanti bila dimarah bos, merajuk berhenti kerja, balik kampung duduk dengan mak. Dasar tak boleh kena marah.
Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling suka/admire. Without hesitation, Danish jawab, “My English teacher.” There you go. Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.
Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah pegang smartphone, sibuk ber’whatsapp’ dan ber’facebook’.
Siapa bff anak? TV? Tablet?
Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin? Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik. Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?
Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Pelajar menjadi nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang. “Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di rumah”.
Exactly!
Anak yang melihat kuasa ibubapa menekan guru mereka, mula rasa
ego mereka mencanak naik. Guru dilihat seperti orang suruhan ibubapa mereka. Ada ibubapa mengherdik guru, mengatakan duit gaji guru adalah hasil dari pembayaran cukai ibubapa ini. Besar sekali lagak ibubapa. Semakin besar kepala anaknya nanti. akal fikiran membezakan kita
Jika kamu tak setuju dengan pemikiran aku, itu bukan masalah bagi aku.
Pada aku, tak semua orang mampu menyandang profession sebagai seorang pendidik. Sedangkan kamu seorang yg terpelajar pun, hantar anak ke tadika untuk belajar ABC, 123. Kenapa tak mengajar sendiri? Sukar bukan?
To all teachers, you have my respect. Dan aku akan cuba pastikan anak2 aku tetap menghormati dan mengingati jasa guru2 mereka supaya mereka sedar, tanpa guru, mereka tak akan jadi orang yg berilmu dan beradab.
“Bapak yang bersalah.. Bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya sudah terlambat” – Anakku Sazali
Anda dapat sesuatu berMANFAAT dan TAULADAN dr kisah benar ini?
Apa lagi?…Sebarkan2 dan war2 kan lah..kt kengkawan dan group lain…
Semoga Generasi kita yg akan datang ada JATI DIRI yang lebih kuat..BERILMU dan BERADAB…dan tahu mengHARGAI..MengHORMATI..orang lain… seperti EMAK..ABAH…dan juga CIKGU2…yg mendidik dan mengajar ilmu

Pesan Abah
Alhamdulillah, selepas balik dari solat JUMAAT , saya terus nak ke Shaklee HQ di Subang Jaya sana. Tak pasal pasal pula kereta kena halang , mungkin orang ini nak cepat solat jumaat, mungkin dia tak larat nak jalan, jadi kena buat double triple parking. Saya pula jadi mangsa, nasib baik tak perlu cepat sangat. Oklah berbalik kepada pesan ayah saya itu, bunyinya begini
Saya memang dari dulu tak pernah tengok abah double parking, halang orang nak keluar, dan halang orang lain . Kalau terpaksa parking jauh lagi bagus dari menyusahkan orang lain. Bayangkan kita parking tepi jalan masa kita solat jumaat, adakalanya kita dah sesakan trafik dan menyusahkan orang lain yang mahu gunakan jalan tersebut.
Mungkin Abah saya kerja bahagian koporat, sudah jadi kebiasaan untuk jadi peramah dan mudah mesra dengan orang lain. Lagi lagi kita sebagai peniaga, kita lagilah kena mesra dan rajin bertanya bila orang masuk ke kedai kita. Janganlah bermasam muka dan buat tak tahu kalau pelanggan masuk ke kedai kita. Paling ingat sekali masa Abah jadi pengurus besar di Pejabat Pos Besar, big boss kat Ipoh dulu, masih sempat tunjukkan jalan pada pakcik tua yang memang tak tahu langsung cara nak berurusan di di pejabat pos.
Tanam POKOK yang Boleh Makan
Lagi satu pesan abah ialah dia tak suka pokok bunga yang takda manfaat langsung dan tak boleh makan. Kalau boleh bagus tanam pokok buah, sayur atau ulam. Abah kata orang lain semua boleh makan, burung , binatang yang makan, kita juga dapat pahala, bileh sedekah kat surau dan sebagainya.
Oklah saya rasa tiga benda ni je yang saya nak cerita untuk petang ni. Kalau rasa tak nak parking atau halang kereta lain, cubalah datang awal ke surau/ masjid. Lagi bagus jalan kaki kalau masih larat. Baguskan jalan kaki !! Oklah selamat beramal