Amalan 3 Setengah Minit

Amalan 3 Setengah Minit

Amalan 3 Setengah Minit ? Wallahhualam. Amaran penting bagi siapa yang selalu bangun tidur untuk buang air. Info dari YB Dr Daroyah Alwi: “Saya nak kongsi tips yang sangat penting – bagi yang kerap terbangun dari tidur untuk ke tandas.”

Amalan Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.
Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?
Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.
Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:

Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.
Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar. Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.
Kongsikan untuk orang yg kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Buah KURMA tidak baik untuk pesakit Diabetes?

Betul ker statement ni…Cuba kita lihat kajian ini yang menunjukkan pengambilan buah kurma sebenarnya sangat baik untuk pesakit diabetes kerana ia membantu mengawal paras glukosa dengan lebih baik.

Kajian yang di jalankan secara Literature Review dengan menganalisa pelbagai kajian yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal-jurnal perubatan membuat kesimpulan bahawa pengambilan buah kurma sebenarnya sangat berfaedah kepada pesakit diabetes dan tidak perlu dinasihatkan untuk menghindari pengambilan buah kurma.

Pengambilan kurma baik untuk mengawal paras glukosa darah kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah dan juga kurma adalah sangat kaya dengan serat.
Disamping itu kandungan pelbagai vitamin, mineral, anti oksidan dan fitonutrien didalamnya adalah sangat berkhasiat dan penting kepada pesakit diabetes..

Oleh itu pesakit diabetes bolehlah mengamalkan buah kurma setiap hari sebagai salah satu makanan amalan yang baik dan berkhasiat tinggi tanpa perlu risau kenaikan paras glukosa yang melampau…

Sunnah Nabi Muhammad SAW adalah sihat dan bersesuaian sebagai amalan harian kita…Insyaallah

AYAT PEMBATAL SIHIR

Rintihan atau suara hati orang yang terkena sihir amat memilukan kerana orang lain tidak faham bagaimana sengsaranya bagi seseorang yang terkena sihir. Jika orang yang terkena sihir menceritakan penderitaan mereka, orang lain susah nak faham malah akan mengatakan mereka gila.

Orang yang terkena sihir akan jadi susah untuk beribadah, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya kerana iblis tidak suka manusia beribadah, jadi orang yang terkena sihir rasa terseksa untuk beribadah.

Amalkan Ayat 81 dari surah Yunus untuk membatalkan sihir. Selepas baca ayat di garisan merah tu niatkan dalam hati “ALLAH membatalkan sihir tersebut”.
Bagi anda yang tak pandai membaca Al-Quran dengan sebutan tajwid yang betul, buka YouTube surah Yunus ayat 81 dan ulang dengar bacaan Qari ( terutamanya ayat yang bergarisan merah). Ikut bacaan dengan sebutan yang betul. Ulang dengar bacaan ayat tersebut sehingga anda yakin membaca dengan sebutan yang betul.

Mudah2an tangisan anda yang terkena sihir akan bertukar kepada tangisan kegembiraan. Paling utama amalan ayat 81 surah Yunus untuk mendapat keredhaan ALLAH dan yang kedua untuk sihat dan anda menjadi mudah untuk beribadah.

Terjemahan Surah Yunus:81
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply