ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

Amalan Garpu Tala Mengikut Al-Quran Atau Tilik Nasib ?

Amalan Garpu Tala Mengikut Al-Quran Atau Tilik Nasib ?

ISU ILMU GARPU TALA. Adakah Amalan Dari Konsep Ajaran GARPU TALA Ini Bersesuaian Dengan AQIDAH ISLAM?

APA ITU GARPU TALA?

Garpu Tala Atau Dalam Terma Bahasa Inggerisnya Di Sebut Sebagai TUNING FOLK
(rujuk gambar dalam Nota I)

Tuning Folk Ini Berbentuk ‘U’ Menghasilkan Bunyi Dan Menggerakkan Hasil Bunyinya Dalam Bentuk GELOMBANG GEGARAN

Dan Melalui Gegaran Itu Ia Akan Mampu Menghasilkan Suatu GETARAN Dalam Bentuk Gelombang Yang Mampu Menggerakkan Sesuatu Benda

APA KAITAN GARPU TALA/TUNING FORK INI DENGAN AMALAN GARPU TALA?

Yang Di Kembangkan Dan Di Popularkan Oleh Seorang Pendakwah Dari Negara Indonesia Dan Ajarannya Kini Berkembang Luas Sehingga Ramai Individu Berprofile Tinggi Menjadi Pengikutnya Termasuklah Dari Negara Malaysia

APAKAH KONSEP AMALAN GARPU TALA INI?

Mengadaptasikan Konsep TUNING FORK Yang Menghasilkan BUNYI Bagi Menghantar GETARAN Kepada Sesuatu Benda Yang Lain Lalu MENGGERAKKAN Objek Yang Berada Di Sekitarnya

Bila Kita Perhatikan Wujud 3 Elemen Penting Yang Di Adaptasikan Oleh Pengasas Ilmu Garpu Tala Ini

Pertama: Faktor ALAT – Kita Perlu Sesuatu ALAT Atau PERANTARA Untuk Berbuat Sesuatu

Kedua: Faktor BUNYI – Daripada ALAT Bagi Akan Hasilkan BUNYI

Ketiga: Faktor GETARAN – Daripada BUNYI Itu Pula Hasilkan GETARAN Atau GELOMBANG (wave)

CARA PENGASAS GARPU TALA INI MENGADAPTASI KONSEP TUNING FOLK…

1. KITAB AL QURAN – Di Jadikan Sebagai TUNING FOLK Atau Sebagai PERANTARA

2. BUNYI Pula Adalah Di Ambil Daripada AYAT AL QURAN Yang Secara Rambangnya Daripada Hasil Memohon Pada ALLAH Bagi Sesuatu PETUNJUK

3. GETARAN Atau GELOMBANG Pula Di Ambil Daripada MAKSUD Sesuatu Ayat Yang Kita Pilih Secara Rambang Dan MAKSUD Daripada Ayat Itu Di Jadikan Sebagai Suatu TINDAKAN Yang Perlu Kita Ambil

BAGAIMANA KEBERJAYAAN KONSEP TUNING FOLK INI BERLAKU?

1. Kena Yakin Dan Percaya Pada KITAB AL QURAN Yang Terdiri Daripada Kumpulan Firman-Firman Allah Swt

2. Kena Yakin Dan Percaya Pada SERUAN Daripada AYAT Yang Terpilih Secara Rambang Kerana Atas Keyakinan AYAT Tersebut Adalah SUARA Atau CAKAP-CAKAP Daripada Allah Swt

3. Kena Yakin Dan Percaya APA Yang Di Maksudkan Oleh AYAT Yang Timbul Secara Rambang Itu Adalah PETUNJUK Daripada ALLAH Pada Persoalan Atau Masaalah Yang Kita Hadapi

MASAALAH TAUHID DAN AQIDAHNYA BERLAKU DI SINI

1. KITAB Al Quran Dalam Bentuk CETAKAN Itu Di Jadikan Sebagai ALAT Atau BENDA TAWASSUL Atau Sebagai Alat Perantara Kerana Di Sifatkan Kitab Al Quran Itu Adalah SUCI

2. Pertawassulan Pada Kitab AL QURAN Ini Adalah Bersifat BIDA’AH BAHARU Dengan Maksud Amalan Sebegini Tidak Ada Pada Zaman Nabi Saw Dan Para Sahabat-Sahabat Baginda Dan Hanya Di Wujudkan Atau Di Ada-Adakan Kemudian

3. KITAB Al Quran Yang Telah Di Jadikan Sebagai ALAT Atau BENDA Bertawassul Telah Bertentangan Dengan Konsep KEAQIDAHAN TAUHID ISLAM Yang Melarang Umat Islam Dari MENYEKUTUKAN Allah Swt Dengan Apa Juga Kuasa, Benda Atau Mahluk

4. PETUNJUK Daripada AYAT AL QURAN Yang Didapati Secara RAMBANG Itu Juga Tidak Menepati ILMU Dan CARA Bagi Mendapatkan IKTIBAR Atau TADABBUR AYAT Pada Jenis-Jenis Masaalah Yang Kita Hadapi

5. Itu Di Sifatkan Sebagai TADABBUR MEMBUTA TULI Kerana Pada Setiap AYAT AL QURAN Wujud Istilah Dan Maksud Yang Pelbagai Serta Kita Memerlukan Pakar Al Quran Dan Al Hadith Bagi Mengupaskan MAKSUD-MAKSUD Sebenarnya

6. Dimana ALLAH Swt Selepas Mewafatkan NABI Dan RASUL TerakhirNYA Telah Menyediakan Para ULAMA Atau Yang ARIF AL QURAN Sebagai Mahluk Manusia Yang Boleh Kita RUJUK Bagi Mendapatkan Nasihat Dan Jawaban

DARI PENDAPAT SAYA…

1. Amalan GARPU TALA Ini Tidak Bersesuaian Dengan AJARAN AGAMA ISLAM Yang Berpaksikan Kepada Ilmu-Ilmu TAUHID, FEQAH Dan TASSAWUF

2. Bukan Sahaja Membuatkan PENGAMALNYA Jatuh SYIRIK Kerana Wujud Pentawassulan Yang DILARANG ALLAH Tetapi Telah MENGANGGAP Bahawa KITAB/CETAKAN AL QURAN Itu Bermukjizat Luarbiasa, Sedangkan Yang Mengandungi MUKJIZAT Adalah PADA Ayat-Ayat Dari Firman-Firman Allah Dan Bukan Pada Kitab/Bukunya

3. KONSEP BERDOA Melalui Acuan GARPU TALA Ini Juga Bertentangan Langsung Dengan KONSEP KEWUJUDAN ROH, AKAL, NAFSU Dan JASAD, Dimana Allah Swt Menciptakan Mahluk Manusia Dengan CUKUP SEMPURNA Dan Tidak Perlukan Apa-Apa Jenis Tawassul Menggunakan Apa Juga Benda, Alat, Mahluk Bagi Memanjatkan DOA Terhadap Allah Swt Dimana Kita Boleh Melakukannya SECARA LANGSUNG!

4. Pada Rasulullah Saw Juga Bukan Di Istilahkan Sebagai Bertawassul Tetapi Kita Ingin Mendapatkan SYAFAAT Daripada DOA RASULLULLAH Sebagai Sandaran Untuk DOA Kita Itu Di Terima Oleh ALLAH

5. Apa Juga MAGIK Atau PERKARA GHAIB Yang Berlaku Ketika Mengamalkan KONSEP AJARAN GARPU TALA Ini Bukanlah Kerana ALLAH REDHA Atau ALLAH IZIN Atau ALLAH SUKA Tetapi Lebih Menjurus Kepada KETAKSUBAN Kita Pada KONSEP TUNING FORK Yang 100% Menghasilkan TINDAKAN!

NASIHAT SAYA

Pada Sesiapa Yang Mahu Belajar Mengenai CARA-CARA Bagi Mahluk Manusia Untuk BERKOMUNIKASI Secara Langsung Dengan ALLAH Supaya Apa Juga Permintaan Atau Hajat Kita Mudah MAKBUL Maka Kembali Belajarlah ASAS ILMU TAUHID!

Kerana Daripada Situ Kita Akan Mampu MENGENAL ALLAH, MENGETAHUI ALLAH Dan MERASAI ALLAH Dengan Kaedah Yang Tepat Dan Betul

Jauhilah Amalan-Amalan Yang Mampu Menjerumuskan Kita Kedalam LEMBAH SYIRIK Yang Tiada Keampunan Daripada Allah Azza Wajjala

Mungkin SI PENGASAS ILMU GARPU TALA Ini Tahu Dan Mampu Mengelakkkan Dirinya Dari SYIRIK Kerana Beliau Yang Menjadi Peneroka Ilmu Ini Tetapi Belum Tentu Para Pengikutnya Akan Tahu Perkara Yang Di Pengasasnya Tahu

Belajarlah Mengenali Diri Melalui Ilmu Roh!

NAMPAK MACAM MENARIK ?

Amalan Garfu-tala atau Istikharah Al-Quran adalah dilarang dalam Islam. Antara hujah yang diberikan oleh JAKIM adalah ianya tiada dalam syarak dan tidak pernah dipetik mana-mana imam atau ulama.
Saya first time dengar garfu tala (Tuning fork) ini apabila lihat satu video viral sorang video pakar perubatan yang membuat live YouTube bersama dengan pelopor amalan garfu tala dari Indonesia

Mula-mula tu menarik juga nampak sebab kita mengamalkan amalan Al-Quran dan sebenarnya membaca al Quran itu adalah tidak salah. Sebenarnya kita digalakkan banyak bacaan Al-Quran sama ada kita senang atau kita susah ataupun semasa kita sakit untuk merawat kita.

Sudah tentu Al-Quran mempunyai mukjizat yang tersendiri yang boleh menjadi syifa kepada kita. Namun setelah kenyataan dikeluarkan oleh JAKIM ini baru saya dapat menangkapnya bahawa perbuatan itu tidak pun pernah wujud dalam syarak atau ulama.

Kalau dia tanya dari sudut sains perubatan saya akan setuju sahaja. Mana-mana orang yang ingin membaca Al-Quran di saat orang sakit ataupun nazak tidak menjadi percanggahan pun dalam sains perubatan kerana ianya adalah salah satu daripada kumpulan doa-doa yang sahih datangnya dari kalam Allah s.w.t.

Cuma kalau ditanya berkaitan dengan perbuatan garfu tala boleh atau tidak dari sudut agama, itu perlulah kita merujuk kepada mereka yang faqih seperti JAKIM dan juga majlis fatwa.

One thought on “Amalan Garpu Tala Mengikut Al-Quran Atau Tilik Nasib ?

Leave a Reply

%d bloggers like this: