Amri Yahyah Joget Protes ?

amri yahyah joget protes

Amri Yahyah Joget Protes ? Macam macam cerita yang aku dengar selepas mendapat berita Selangor tumbang di Larkin, dengan jaringan yang besar, 4-1, tapi itu kekalahan taktikal, tapi paling kecewa sekali terutama penyokong Selangor tentu sekali ialah aksi Amri Yahyah yang berjoget membantu jaringan Luciano, cukup membuatkan penyokong Selangor terus menarik balik status legend kepada Wak Am. Nampak sangat peminat begitu kecewa, setelah 12 tahun Wak Am bersama Selangor, akhirnya fans Selangor dijogetkan dengan kemenangan 4-1 di Larkin.

Need to sell your property fast? Explore the benefits of using https://www.buy-my-house.org/texas/buy-my-house-fast-amarillo-tx/ to reach potential buyers

Tak Profesional

Bak kata semua peminat bola sepak, tindakan Amri wajar tidak profesional, walaupun tiada undang undang yang boleh dikecam kerana hanya berjoget depan fans JDT. Itu hak Amri nak berjoget ke, zapin, inang atau hip hop. Dekat luar, kes macam ini ada juga yang berlaku, ingat lagi masa Adebayor meraikan jaringan Manchester City ketika menentang Arsenal, Adebayor terus berlari ke fans Arsenal dan meraikan jaringannya di sana see more info at https://www.sportakvimi.net.

Nampak sangat Adebayor tak respect team lamanya, dan bos besar dia dulu masa tu Arsene Wenger. Hahha, tapi FA England bijak menghukum Adebayor digantung 3 perlawanan kerana tindakan keterlaluan Adebayor ketika itu. Tapi kes Amri ni rasanya tidak kritikal, sebab dia pun joget depan fans JDT, tapi pada masa yang sama fan selangor boleh nampak.

Aku kalau pergi Stadium pun kecewa juga, sebab aku berharap dia boleh respek team lama dia. Walaupun begitu, isterinya masih berkawan dengan fans Selangor dan akhirnya Amri meminta maaf kepada penyokong Selangor kerana joget nye itu. Tapi nampaknya kali ini, luka dah berlubang, tiada istilah LEGEND untuk mu Amri dari peminat yang kecewa. amri yahyah joget protes

JDT Menang Psikologi

Walau apa pun jaringan , JDT nampaknya berjaya memenangi perlawanan psikologi, dan akhirnya meninggalkan kesan mendalam kepada penyokong dan pemain Selangor, bukan kerana jumlah jaringan, tapi kerana aksi Wak Am sendiri yang makin dibincangkan, termasuk aku yang tulis blog ni.

JDT berjaya melemahkan peminat Selangor, rata rata masih lagi sedih dengan tindakan Wak Am. Moral penyokong nampak lemah ketika ini, dan kalau dibiarkan, nampaknya boleh jadi tak tentu hala jawabnya penyokong dan pemain Selangor sendiri. amri yahyah joget protes

Protes Kepada Pengurusan Selangor ?

Aku tak pasti betul ke ada orang kata Wak Am tak suka pengurusan Selangor ? Tapi itulah joget yang membuatkan penyokong Selangor kena buka mata, terima dengan hakikat Selangor dah mundur kebelakang dari segi pengurusan. Nampak sangat Selangor bukan lagi team yang hendak di singgah oleh para pemain, walaupun dah menang 32 kali Piala Malaysia.

Status pasukan bersejarah bukan lagi menjadi pilihan pemain bola sepak sekarang. Zaman sekarang ialah zaman pemain join pasukan yang offer gaji tinggi, beserta pengurusan dan penyokong terbaik yang sentiasa memenuhi stadium tak kira menang atau kalah.

Masa depan pemain sekarang lebih kepada nak cari duit, dan hidup lebih lama, fikir untuk masa depan sendiri, dan tak sanggup nak kejar status legend di negeri masing masing.

Bangkit PENYOKONG SELANGOR, LUPAKAN WAK AM

Bangkit dan terus bangkit, jangan dibuai mimpi, jangan sindir Wak Am, jasanya kepada Selangor dulu amat besar, tapi itu cerita dulu, cerita joget pun dah lepas, sekarang masanya untuk fokus kepada perlawanan akan datang. amri yahyah joget protes

Piala AFC pasti Selangor kena terus mengorak langkah dan bermain bersungguh-sungguh. Tak perlu bintang, bermainlah sepenuh hati dan berusaha sedaya upaya. Pengurusan pula kena bangkit, naikkan balik nama Selangor, cari sponsor, dan sebagainya.

Kalau rasa nak balas dendam, jangan sindir Wak Am di lama sosial, kita ajar mereka di padang nanti. Tunjukkan Selangor boleh menang di Shah Alam nanti, itu sahaja pengajaran untuk mereka yang kurang ajar, bukannya sorak boo kepada bekas pemain Selangor, kalau main pun tak menang.

Surat Kepada Amri Yahyah

Assalumualaikum Encik Amri Yahyah. Saya Muhammad Faiz bin Mohamed Saaid, adalah seorang peminat encik amri, dan amnya peminat bolasepak Selangor dan Malaysia. Ras amat bertuah pada ketika itu dapat bersalaman dan bergambar dengan encik Amri di PKNS tempoh hari. Tengok orang lain dah sibuk makan, encik Amri still layan peminat-peminat bola sepak Selangor untuk bergambar.

Saya mengikuti perkembangan En Amri sejak dari penglibatan En Amri pada tahun 2001, hinggalah sekarang. Buat En Amri, izinkan saya menyuarakan pendapat saya tentang luahan saya terhadap situasi bolasepak Malaysia sekarang. Di bawah ialah gambar saya bersama en Amri tempoh hari, sehari selepas Selangor menewaskan Felda United 2-0.

1.Kualiti Permainan En Amri

Saya amat kagum dengan cara En Amri bermain, nampaknya usia bukanlah penghalang kepada en Amri untuk terus berbakti kepada pasukan negeri Selangor, dan juga membuktikan bahawa rajagopal salah kerana tidak memilih En Amri untuk membantu skuad Harimau Malaya dalam mempertahankan Piala AFF Suzuki yang kita pegang pada 2010. Dari posisi midfield, wings, defend, dan sekarang ini sebagai striker walaupun usia mencecah 3series, en Amri makin lama makin berbisa berbanding player muda yang lain.

Sayangnya, selain dari en Amri yang sudah berumur 30 tahun ke atas, saya  juga agak kecewa, kerana pemain seangkatan en Amri, seperti Badri Radzi, Indra Putra, dan Sukur Adan jarang di panggil untuk memantapkan skuad kebangsaan. Saya  beranggapan, skuad Malaysia tempoh hari seperti skuad yang kurang matang, tiada ramuan rahsia, dan tiada pengalaman yang amat-amat di tagih dari En Amri .

Mungkin suatu hari nanti, saya ingin melihat, En Amri, bersama-sama Piya, Indra, hai-O dan Sukur, duduk semeja dalam satu forum, membincangkan kekuatan anda semua, kerana anda semua semakin bagus bermain, malah mengalahkan pemain muda yang lebih cergas daripada anda. Saya akan menunggu saudara Khairy Jamaluddin untuk forum bolasepak ini.  

2. Ajak penyokong datang Stadium

Sejak kita melihat Astro dan Internet menguasai hiburan negara kita, saya telah melihat jatuhnya sukan bola sepak kita sedikit demi sedikit, kerana ramai yang sukakan live, terutamanya liga bola sepak luar yang lebih berkualiti, dan tidak kurang hebatnya drama dan populariti seperti Messi, Ronaldo, dan sebagainya.

Saya ingin menyuarakan pendapat bahawa, kami rakyat Malaysia sudah bijak menilai duit kami. Walaupun FAM menurunkan tiket sebanyak RM 5 pun. Belum tentu penyokong ingin datang ke stadium , kerana faktor kualiti permainan itu sendiri. Biasanya, bila Selangor sudah bermain suku akhir, atau berjumpa dengan pasukan yang kuat. Barulah saya tengok Stadium keramat Shah Alam penuh dengan merah kuning.

Tapi sayang seribu kali sayang, penyokong begini, sudah dikecewakan, semasa Selangor kalah dengan Kelantan 0-2 tahun lepas. Mmori luka kekalahan dengan JDT , walalupun sudah mendahului dengan aggregate 2-0. Saya berharap agar En Amri, dapat menjadi pemangkin kepada pemain bola yang lain untuk terus memberikan kualiti terbaik sepanjang perlawanan.

Saya amat tertarik dengan kehadiran penonton. Macam pasukan Kelantan, Pahang, dan JDT yang sentiasa ramai memenuhi ruang kosong tempat duduk stadium. Bagi saya, sudah tiba masanya. En Amri dan rakan-rakan di Selangor. Jangan malu berkempen untuk penyokong datang ke stadium, selain bermain dengan kualiti yang tinggi lagi menghiburkan. En Amri kena ingat, penyokong datang kerana pemain, ini budaya sokongan rakyat Malaysia. 

3. Membimbing Rakan-rakan dalam Red Giants.

Saya ingin melihat En Amri dapat memberikan tunjuk ajar kepada bakat-bakat baru Selangor. Khususnya Raimie, Asra, Mahali, Veenod, dan lain lain. Ini supaya mereka bermain dengan bersungguh  kerana pemain ini perlu tahu. Sejarah besar pasukan Selangor yang pernah dianggotai ramai skuad kebangsaan. Saya  melihat watak en Amri sangat penting, kerana ramai perlukan nasihat en Amri  yang pernah bermain di banyak posisi.

En Amri banyak pengalaman yang berguna untuk mereka lalui, saat kejatuhan, dan sebagainya. En Amri dilihat sebagai ikon kepada pemain baru Selangor yang ternyata teruja dapat beraksi dengan En Amri. Adanya Mahali Jasuli sekarang dapat membantu En Amri , pasukan Selangor dan Harimau Malaya untuk menguatkan sistem pertahanan .

En Amri dapat memajukan bola sepak tanah air. Tapi terus En Amri kekal di Selangor, walaupun tidak bertindak sebagai pemain bola sepak Selangor.

4. Bawak balik pulang Safiq, Amirul, Razman dan Azidan 

Pasukan Selangor nampaknya telah membuat satu tindakan, yang saya rasa tidak menguntungkan. Bagaimana kita melihat sendiri, Amirul, Razman dan Azidan, sangat  cemerlang bersama Pahang, yang betul – betul juara kebangkitan, setelah ketinggalan gol. Saya melihat sendiri saudara Amirul dari wings kanan, dia berubah menjadi attacking midfielder yang bagus untuk Pahang.

Berharap juga agar satu hari nanti, Safiq Rahim kembali bersama Selangor. Saya dapat rasakan, Safiq masih rindukan pasukan Red Giants ini. Permintaan saya ini supaya Safiq di pujuk kembali bermain dengan red giants.

Saya rasa, bakat Safiq dan kemampuannya masih boleh dipertajamkan. Walaupun saya lihat Safiq  sering tidak bermain, En Amri dapat mengajak kembali Safiq yang dikatakan mata duitan dan sombong . Saya tahu, dulu juga En Amri pernah digelar budak jahat, yang asyik bergaduh dan sering mendapat kad merah.

Pasang surut prestasi Safiq amat merunsingkan. Jawapan kepada prestasi yo-yo ini dapat diselesaikan. En Amri dapat membasuh kembali kegilaan duit Safiq Rahim yang makin merosot di Johor.

Penutup: En Amri sebagai Lagenda 17 kedua Selangor Selepas Zainal

Saya merasakan, jasa 12 tahun, takpun seumur hidup En Amri. Akan dikenang sebagai Lagenda 17  kedua, selepas saudara Zainal Abidin Hassan. Saya berharap agar pasukan Selangor dan Malaysia dapat menewaskan musuh-mush bolasepak yang datang.

Selaku penyokong pasukan Selangor, akan terus datang ke stadium , dan tidak juga untuk memberikan komen dan kata-kata khabar gembira. En Amri memang sukar di ganti dalam Selangor khususnya. Semoga En Amri dapat membaca surat saya. Semoga kita bertemu lagi. Sekian terima kasih,

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply