Ayam Bismi Pembekal KFC ?

ayam bismi pembekal KFC

Ayam Bismi Pembekal KFC ? Terbesar Ayam Buat KFC Suatu Ketika Dahulu Di Utara. semua sedia mklum bahawa kfc merupakan syarikat dibawah kelolaan Jcorp entiti perniagaan umat islam di Malaysia yg menguruskan franchise ini

Ini cerita dahulu. Puan Mazlina adalah penternak ayam untuk KFC. 80% dari bisnes puan mazlina adalah untuk KFC ketika itu. Kerana KFC lah syarikat bumiputera muslim ini dapat bina ladang-ladang mereka. Sebab apa? Sebab tempat jualan sudah ada.

Syarikat bumiputera ini bina ladang dari masa ke semasa

Masa tu Zakat KFC sangat banyak. pembinaan Wakaf An Nur dan bermacam macam CSR. Dan skrg sejak 2015. Selepas KFC dilepaskan dari Kulim Bhd. pihak syarikat ayam bumiputera ini cari jalan sendiri dengan membina jenama baharu Ayam Bismi. Ianya bermula pada tahun 2015.

Dan Alhamdullilah. Maka terbina lah jenama Ayam Bismi. Ayam ayam dari ladang mereka diproses di kilang ayam bismi. Dari 3,000 ekor sehari. Menjadikan 20,000 ekor sehari. Bila perayaan. mereka proses 30,000 ekor. Kadang2 lebih.

Tapi… ramai lagi penternak Bumi yang masih tersekat disana. Mereka kurang kepakaran untuk memproses dan menjual ayam. Mereka adalah Real Farmers.

Doakan penternak penternak ayam bumiputera smua ni, insyaAllah Ada rezeki untuk mereka.

Min mendoakan kesmua entiti perniagaan umat islam ini agar terus bertahan dan berkembang. ada ribuan pekerja muslim disini. ade ratusan penternak ayam bumiputera disini ,jenama ini dibangunkan sejak pluhan tahun.

kfc tempat berlindungnya penternak Melayu. . Alfatihah buat arwah Tan Sri Ali yg turun naik turun naik Mahkamah. Untuk dapatkan KFC. “Tan Sri, sudah bnyak membantu besarkan Bismi. dan penternak penternak ayam bumiputera yg lain

Ayam Bismi kini memiliki 13 buah Outlet di sekitar Kedah dan Perlis. Ajen seluruh Malaysia juga mencecah 250 orang setakat hari ini dan sudah msuk ke pasaraya2 besar sperti mydin ,serta kedai2 halalmart frozen sluruh malaysia.

Siapa uruskan ladang Ayam Bismi ?

Inilah team terlatih di Ayam Bismi. Dimana setiap reban akan diamanahkan kepada setiap seorang. mereka dari bermulanya kemasukan anak ayam sehingga ke proses tangkapan untuk dibawa ke rumah sembelihan berstatus Halal kami.

Setiap reban akan dibersihkan selama 5 hari berturut-turut. Kena pastikan semua tempat betul-betul bersih. Lepas reban kering, team ladang akan buat disinfeksi pula.

Sebenarnya banyak proses yang perlu dilakukan oleh penternak, yang ramai orang tak tahu. Banyak modal dan tenaga kerja mahir diperlukan.

Kerja-kerja teknikal begini tak boleh ambil orang sebarangan. Perlukan kemahiran. Kalau tak ada pengalaman pun takpa, asalkan ada kesungguhan untuk belajar.

Bayangkan reban yang belum ada SILO, kampit dedak 50kg perlu dituang sehingga habis. Bukan sebungkus dua tetapi 100 kampit setiap reban untuk 30,000 ekor ayam.

Kami perlukan ramai lagi yang berjiwa besar seperti mereka semua. Sanggup atau tak itu yang menjadi tanda tanya sekarang.

Kerana itu kami bersungguh-sungguh pastikan tahap HALAL yang dibawa oleh Ayam Bismi bukan sekadar pada sembelihan. Ia harus halal dan bersih dari proses ternakan, pemakanan, pemprosesan dan pengedaran.

Halal itu bukan sahaja dari apa yang kita makan, malah juga dikira dari pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita.

Ternakan terbaik bermula dari ladang Ayam Bismi.

Jumlah keseluruhan ladang Ayam Bismi adalah 18 buah dengan kapasiti 2.0 juta ekor ayam. Berpegang kepada konsep ‘Halalan dan Toyyiban’, setiap ternakan dikawal selia oleh pasukan Flock Health yang berpengalaman.

Apa tugasan-tugasan mereka di 18 buah ladang Ayam Bismi?

Pasukan teknikal akan memantau ladang untuk pastikan operasi berjalan lancar dari segi pengurusan dedak, kebersihan ladang dan memantau berat ayam.

Suhu juga mempengaruhi tumbesaran ayam tau. Sebab tu ayam yang di dalam reban tertutup membesar dengan sihat kerana sentiasa berada pada suhu terkawal. Buat masa ini Ayam Bismi dah bina 5 reban tertutup, berkapasiti 900,000 ekor untuk mengoptimumkan pengeluaran ayam.

Ayam Bismi juga memiliki Dr Veterinar dan Profesional Microbiologist. Pasukan Flock Health Ayam Bismi diketuai oleh Dr. Hanafi, doktor veterinar yang berpengalaman dalam menjaga kesihatan ayam pedaging. Dr Hanafi dan pasukannya menjalankan lebih 100 pemeriksaan kualiti, bermula dari anak ayam berumur 1 hari sehinggalah ayam mencapai umur matang dan sedia untuk tangkapan.

Pemeriksaan kualiti ayam perlu dibuat mengikut jadual yang ditetapkan supaya ayam-ayam yang berada di 18 ladang sentiasa sihat dan tiada jangkitan penyakit.

Bukan setakat kualiti ayam, malah mereka juga memeriksa kualiti dedak, kualiti air minum, kualiti vitamin, kualiti udara dalam reban, dan macam-macam lagi. Di bahagian makmal, NAKA BioLife SDN BHD (milik syarikat) juga memainkan peranan untuk mengesan sisa kinzir di dalam dedak. Makmal tersebut dikawal selia oleh Team Flock Health yang diketuai oleh Microbiologist yang sangat berpengalaman iaitu Ts Isma Syahril.

Ternak ayam mungkin nampak mudah kan? Namun nak pastikan hasil ternakan kami bukan saja halal malah toyyiban, itu bukan mudah. Ia menuntut kepakaran dan kos. Tak mengapa itu tugas Ayam Bismi pembekal kfc. Tugas anda semua, mohon pastikan ayam yang anda makan itu adalah yang halal dan toyyiban, okay?

Kalau bercakap tentang industri ayam bismi pembekal KFC. Kami orang Melayu ini adalah seperti melukut di tepi gantang!

Tapi ok. At least buat masa ini. Kami masih ada di gantang tersebut. Ada yang dah hanyut jatuh bersama air sungai semasa gantang sengaja digoyang-goyang. Dan akhirnya dah hanyut ke laut dalam.

Musnah. Ladang terjual! Tergadai untuk membayar hutang kepada mereka! Melingkup dengan menanggung hutang bank berjuta juta!

Kenapa Bismi boleh bertahan!

Alhamdulillah. Dengan bantuan JCorp dahulu. J Corp didik dan bentuk kami sehingga kami membesar. Dan akhirnya kami dilepaskan untuk survive sendiri. Ok done. Malas cerita bab ni panjang-panjang. Apa peranan kerajaan dalam bab ni? Kerajaan dulu dan sekarang.

Ada. Mereka sibuk bantu GLC untuk bangunkan industri ayam. Apa jadi? Awak nilailah sendiri. GLC tersebut yang dibantu untuk wujudkan sistem payung. Dianugerahkan kontrak bekalan ayam kepada kerajaan dengan harga cukup tinggi.

Tujuannya supaya mereka dapat membina rangkaiana penternak kecil sehingga besar. Tapi akhirnya mereka sendiri beli dari si dot dot dot. Malaih nak cakap. Kalau beli dari orang Melayu pun. Kawan tu ambik dari dot dot dot.

Kalau Bismi nak supply ayam. Seolah ayam kami ni datang dari neraka jahannam! Semua tak kena. Patah sana. Senget sini. Lebam sana. Padahal ayam yang sama kami bekalkan untuk Ayamas! Malas juga nak cerita bab ni!

Sudah terlalu besar syarikat ayam abang abang besar ni. Sampai dah tak mampu ditundukkan oleh pihak berkuasa. Berapa kali kita cakap tentang harga anak ayam yang mahal! Sedangkan harga ayam hidup rendah. Kerana ayam import dan sebagainya. ayam bismi pembekal kfc

TAPI TIADA APA YANG MAMPU DILAKUKAN!

Dan harga tersebut tetap begitu! Maka sedarlah diri kita semua penternak Melayu. Awak hanya MELUKUT DI TEPI GANTANG. Usah nak perasan hebat! Tapiii! Melukut Bismi akan berusaha kuat. Untuk menjadi cupak. Walaupun tak mampu jadi gantang! Please support me guys! Please!

Kembalikan kuasa kita semua! Jangan biarkan sesebuah syarikat menjadi terlalu besar sehingga menekan kerajaan dan pihak yang lain. Palestxxn tidak berlaku dalam sehari! Saya berlindung dengan Allah! Jika apa terjadi! Saya yakin saya sedang berjihad di jalan Allah! Allah akan bantu saya. InshaAllah.

Saya mewakili rakan rakan penternak yang mana ladang mereka tergadai kerana berhutang dengan pihak integrator! Bekas penternak juga terlilit hutang kerana anak ayam dan dedak ayam tidak berkualiti! Mentimun di gelek oleh durian. Jika durian menjadi semakin besar. Maka akan banyak lagi mentimun digelek sehingga hancur. Lumat!

Semuga Allah memelihara AYAM BISMI DAN SEMUA AYAM AYAM BUMIPUTRA YANG LAIN. Aamin.

Andai suatu hari kami juga hilang. Ketahuilah bahawa MELUKUT ITU TELAH DIJATUHKAN OLEH PEMUNYA GANTANG! Yang hanya mahu besar dan terus membesar dan menekan orang lain. Demi wang dan kuasa!

Nota : Nak masuk pasarkan ayam di HyperMarket bangsa “mereka”. Bukan mudah. Dihalang disana sini. Tapi orang kita berduyun duyun pergi beli! Ntahlah! Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh! Ibarat bunga ini. Cantik berkembang bila banyak dan mendekat! ayam bismi pembekal kfc.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply