Ayat Promosi Minuman

four clear glass drinking cups filled with orange and clear liquids on black surface
Photo by Min An on Pexels.com

Dalam banyak-banyak keyword, tah macam mana, asyik ayat promosi minuman je masuk dalam blog nih, padahal aku takdalah power macam Zyan atau Firdaus Azizi yang confirm gila khinzir hebat bab marketing yang dah terkenal seluruh seantero nusantara, tapi bolehlah, aku pun nak jugak rasa jadi power bab marketing, tapi sebab orang tanya ayat promosi minuman, ni aku bagi contoh baik punya korang boleh ikut.

Ayat Promosi Minuman Ikut Musim

1. Ayat Promosi Minuman Waktu Puasa

Ayat  ni aku dah buat beberapa jam yang lepas, hahaha, ini ayat wife akulah, biasalah tuh,  ayat bertenaga nak buka puasa, eh nak puasa, mestilah kena letak video, korang boleh rujuk post tuh, tekan link tuh, Bagusnya  ayat  nih mudah, sebab cerita je pasal pengalaman aku sendiri

2. Ayat Promosi Minuman Kesihatan

Aku ada buat satu entry khas pasal cara nak jual VIVIX shaklee, yang ni, korang kalau jual shaklee tuh, korang boleh bacalah, macam mana aku buat  ayat  tuh, sampai jadi popular entry tuh, hahahha, tuh ayat baik punya.

3. Ayat Promosi Minuman Untuk Kurus

hahahha,  jangan tak tahu  pulak, ni pun ada buat dulu, bajet nak jual ESP shaklee, oklah, sekali sekala kenalah buat, contoh korang nak buat, Air Nabeez untuk kurus, Air Zam Zam  untuk kurus, ceritalah sikit kebaikan dan konsep macam mana air ni boleh buat korang  boleh kurus. Lagi bagus ada gambar testimonial.

Praktis Praktis Praktis

Kalau korang nak power, korang kenalah belajar macam-macam lagi, tengok otai otai yang berjaya buat ayat power, tak pun korang pergi kelas Aqif Azizan, macam-macam kelaslah ayat power sale meletup, nak power, follow style Mutalib Othman, ayat ayat FB lagi tajam dari mata pedang. Hahahha. Bila aku senaraikan keyword ayat, sekali banyak pulak entry blog aku yang ada perkataan ayat, hahaha. 

ayat promosi minuman

Contoh Ayat Promosi Buku

Banyak cara untuk jual buku, ada yang pakai fbAds, ada yang fb tak ads, dan ada yang jual guna mulut je, kalau korang perasan, aku dulu pernah tulis pasai ketua saintis dunia, itu lagi jual buku fotostat, rm 5 je, lagi ganas. Hhahaha, takpa, aku pun tak reti nak buat ayat ayat  tuh semua. Baik korang refer kawan kawan kat bawah nih yang deme jual buku, bagus punya.

Ramai lagi penggiat buku buku dalam kawan facebook abam joe . Tapi paling power tentu sekali kata kata negara buku tuh, “kami jual buku, bukan jual maruah” . Hahahha, nampak gile powernya. Nampaknya kita kena bersabar. Buku memang senjata yang gile hebat. Ilmu itu pengubah nasib kaum di dunia. Jadi jom ramai ramai baca BUKU !!!

Ayat Promosi Power

alhamdulillah, semalam Najib dapat team baru, rombakan terbaik dalam tahun ini, 2015, supaya pasukan kabinet lebih jitu dan berkualiti, taknak ada yang main bola jadi hero sorang sorang. oklah, itu cerita negara. sekarang ini cerita nak buat ayat power untuk promosi barang jualan. hmm, memang sukarlah bro. Tapi macam mana nak buat ayat power nih ? 

Kena Ikut Cakap Faisal Abdullah ?

Hahhaa, otai FB , otai marketing, ye betul, kalau korang follow dia, memang macam-macam tips dia bagi, sambil buat BOM, roti BOM dan macam-macam teknik menjual, gua rasa dia paling sempoi, muka selebet dan gaya selambe, ini memang power, hahaha. Oklah, baca punya baca, 4 tips yang korang boleh dapat  dari dia, nak panjang lebar baca sini:

  1. Jangan Syok Sendiri – 
  2. Padankan Produk Power Dengan orang yang Betul
  3. Mesej Yang Berpengaruh dan Memotivasikan Prospek Untuk Bertindak Serta Merta
  4. Cara Yang Mudah Untuk Respon Atau Beli

Oklah, kalau nak lebih lagi, korang boleh baca, beli produk dia, atau nak power lagi kenalah ikut kelas marketing dia nih. Memang sempoi. Hehheehe

Takut Salah Buat Ayat ?

Jangan takut bro, hahaha, bak kata Aqif Azizan, kena rajin menulis, menulis dan menulis, jangan putus asa, barulah tahu macam mana ayat terbaik nak promosi barang. Orang kata tak boleh jual tu jangan di layan, sebab zaman makin berubah orang makin pandai, jadi kenalah kreatif dan inovatif nak buat ayat promosi, tak kisahlah nak jual kereta, shaklee, barang wanita,tudung atau kuali.

Copywriting ? Copy Paster Ayat Orang Lain ?

Hahhaa, jangan salah faham kalau korang nak tahu, copywriting ini ialah skill, teknik menulis jualan, surat iklan, nak kasi ayat korang power power meletup. itu pasalah, ada orang kena belajar teknik menulis yang power, barulah dapat buat sales meletup. So tak sukar pun nak belajar copywriting. Aku belajar pun terus dari upline kami, lyna dan zainul, hahaha, upline shaklee ini diorang ayat lain macam sikit, memang ikut niche, hehhe. Jadi, kenalah belajar ok ?

Ayat Promosi Paling Berkesan ?

Sebenarnya kena cuba jaya, dan paling penting, promosi kena buat banyak kali. Rajin-rajinlah tengok orang lain buat promosi, follow orang -orang power marketing, cuba tengok cara dia buat ayat tuh, mesti korang boleh duplicate baik punya, nak lagi power, pergi kelas. Nanti dah banyak sales, jawabnya buat buku ayat power sendiri, hahahaha. Kalau nak ayat power buat business yang lagi power, kena mai tengok kat sini pulaklah ye, lagi best.

Cara Promosi Barang Kawan Anda

Bagaimana cara nak promosi produk dengan berkesan ? Adakah anda tahu cara terbaik nak promote produk kawan anda ? Ada satu cerita menarik yang boleh dikongsikan dalam cerita di bawah jemput baca, dipetik dari whatsapp family saya

“Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba” Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produkyang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.” 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply