ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

Ayat STOK TERHAD Masa Sesuai Guna

Ayat STOK TERHAD Masa Sesuai Guna

Bismillah. Pernah jumpa perkataan ini kan. LAST STOK, STOK TERHAD. tahu tak bila nak guna ayat stok terhad

Adakah ini membuatkan prospek atau pelanggan kita benar benar yakin dan percaya apa yang disampaikan.

Wahai penulis ayat iklan dan pemujuk rayu closing semua termasuk saya sekali.

Ayat diatas ini tak bersalah tetapi kita perlu tahu bila masa perlu digunakan.

Ingat pesan saya prospek dan pelanggan juga suka membeli tetapi tidak sukakan jika saya dan kita semua sebagai penulis ayat iklan dan pemujuk rayu closing menjadi jurujual.

Sebagai penulis ayat iklan dan pemujuk rayu closing, saya dan kita semua perlu memahirkan diri dalam gaya penyampaian perkara perkara yang baru dan nampak lebih berkualiti.

Minda pembeli ada dua sahaja yang difokuskannya.

1. Apabila mereka membaca ayat iklan pasti mereka mencari persepsi “masalahnya boleh di selesai”.

2. Apabila mereka mahu membeli pasti mereka mencari “produk ini menguntungkan diriku”

Jika dua perkara ini, saya dan kita sebagai penulis ayat iklan dan pemujuk rayu closing memahaminya, pasti tidaklah saya dan kita menyediakan perkataan perkataan yang mudah di trigger.

KAMU ADALAH JURUJUAL.

Jadi sahabat sekalian, tidak terlewat lagi saya nak menjemput anda sama sama menghadam 480 ayat ayat yang memujuk mereka untuk membaca ayat iklan kita dan menerima pujuk rayu closing kita dengan penuh rasa gembira.

1 pelanggan yang gembira, mereka pasti akan menyerahkan bakal pelanggan lain lagi kepada kita.

Marilah sama sama kita membijakkan para pelanggan dan diri kita kearah memberikan perkataan perkataan yang MENGASYIKKAN untuk mereka dalam seni berjual beli.

Sekarang cubalah ambil masa 3 minit anda untuk klik pautan yang saya sediakan dibawah atau klik button download supaya ianya menjadi ganjaran terbaik untuk minda serta jualan anda kelak.

Tidaklah sesuai jika saya tinggalkan anda begitu sahaja. Teringat saya perihal orang bijaksana. Ianya ibarat pantun dua kerat yang saya sediakan dibawah ini.

Pagi petang siang malam
Hati terang senang faham

Tips CTA

1.buat ayat stok terhad
2.offer tutup sebelum bile
3.tulis 3 kali no phone
4.suruh customer taip “NAK”
5.beri brg percuma cth ebook
6.suruh customer tinggalkan number phone
Belajar sesuatu?

Kenapa manusia membeli ?

Bila kita tahu kenapa manusia membeli maka kita boleh tahu apakah yang patut kita jual kepada prospek sasaran kita.

Apa yang patut kita jual itu bukan bermaksud produk atau servis yang kita jual tetapi apakah isu yang boleh kita jual sehingga menybabkan prospek sasaran membeli apa yang kita jual.

Kurang jelas ?

Ini mungkin dapat berikan sedikit pencerahan…

[] Kita bukan jual makanan tetapi citarasa.
[] Kita buka jual rumah tetapi peluang pelaburan yang menguntungkan
[] Kita bukan jual baju tetapi fesyen terkini
[] Kita bukan jual kasut tetapi ‘trend’
[] Kita bukan jual vitamin tetapi rahsia nak cantik
[] Kita bukan jual program percutian tetapi pengalaman yang sukar dilupakan.
[] Kita bukan jual servis potong rumput tetapi membantu mencantikkan persekitaran rumah pelanggan.

Dah nampak sikit ?

Kalau anda dah nampak sikit apa yang saya maksudkan saya mohon anda komen…

“NAMPAK”

Jadi saya boleh tahu yang anda memang membaca apa yang saya tulis ini dan jika banyak responnya saya akan kongsikan lebih lagi tentang isu ini.

Kenapa Kena Ada Elemen TAKUT Stok Terhad ?

TAKUT

Ramai dari kita tidak sedar sebenarnya kita membeli sesuatu atau inginkan sesuatu atas kerana adanya rasa TAKUT dalam diri.

Rasa takut ini timbul tanpa kita sedari namun dalam hati kita ini berkata-kata yang kita terpaksa membeli.

Akibat adanya perasaan TAKUT inilah ramai dari kita mudah dimanipulasi emosinya oleh kempen-kempen jualan yang hanya mahu mengaut duit-duit kita sahaja.

Di dalam penghasilan copyriting rasa TAKUT ini harus digunakan supaya EMOSI MEMBELI prospek dapat kita usik.

Satu perkara yang perlu kita ingat bahawa NIAT kita bukan untuk manipulasi semata-mata tetapi apa yang kita tawarkan boleh bantu mereka.

Sebagai contoh…

– Ramai orang mengambil Insurans / Takaful kerana adanya rasa TAKUT terhadap sesuatu yang mungkin berlaku di masa hadapan seperti bencana, kesusahan, hilang keselesaan dan sebagainya.

– Ramai ibubapa berebut menghantar anak-anak ke kelas tuisyen swasta kerana adanya rasa TAKUT anak-anak mereka mungkin kurang berjaya dalam akademik dan bila kurang berjaya dalam akademik mungkin sukar untuk mencari kerja.

– Ramai para isteri akan mencantikkan diri TAKUT si suami mencari yang lain…

– Dan banyak lagi…

Cuba lihat semula diri kita… kita diselubungi banyak perasaan TAKUT.

Ada yang sememangnya patut kita rasa TAKUT dan ada sebahagiannya tidak perlu rasa TAKUT pun.

Sekarang mohon komen apa yang anda rasa TAKUT dalam hidup anda dan jika banyak respon kita akan berpeluang lihat sama-sama apa sebenarnya yang pasaran kita takutkan.

Ketahui apa yang prospek kita takut dan cari penyelesaian bagaiman menghailangkan rasa takut itu.

Wallahu ‘Alam.

2 Jenis EMOSI TAKUT Stok Terhad

Apa itu CTA ?

CTA adalah singkatan kepada Call To Action.

Dalam bahasa Melayu kita boleh panggil Arahan Untuk Bertindak.

Dalam pembinaan mesej jualan selalunya CTA digunakan di hujung mesej jualan agar pembaca sasaran terus bertindak samada membeli atau ‘subscribe’.

Manusia tidak suka diarah-arah terutamanya diarah untuk membeli melainkan arahan tersebut lojik pada pemikaran serta emosi mereka.

Untuk itu 2 unsur TAKUT digunakan agar emosi pembaca sasaran dapat dipengaruhi untuk bertindak membeli.

[1] Takut kehilangan
[2] Takut Ketinggalan

Antara strategi ayat stok terhad yang digunakan adalah :

[i] Stok terhad
[ii] Masa terhad

Tidak kisahlah apa pun strateginya ianya haruslah dapat mempengaruhi dua unsur TAKUT tersebut.

Contohnya…

” Tempat untuk kelas ini memang sangat terhad dan hanya mampu menampung 10 peserta sahaja jadi tempah segera sebelum ianya direbut orang lain.”

” Jualan diskaun 50% ini hanya dibuka untuk 100 unit terawal sahaja jadi cepat dapatkan sebelum anda gigit jari.”

Saya sering menggunakan strategi lain namun masih menyuntik emosi takut terhadap ketinggalan dan kehilangan.

Contohnya…

” Ini mungkin kali terakhir anda melihat post ini jadi sebelum ianya hilang dari pandangan mata anda saya sarankan lebih baik anda klik link yang saya berikan itu ”

Klik LIKE atau komen ‘ CTA ‘

jika anda rasa post ini bermanfaat untuk orang lain juga.

Dapatkan manfaat dengan sebarkan lebih manfaat.

One thought on “Ayat STOK TERHAD Masa Sesuai Guna

Leave a Reply

%d bloggers like this: