Bahaya Gula Putih
BAHAYA GULA PUTIH. Gula putih ni manis di mulut, racun di otak. Ini adalah fakta. Bukan omongan kosong. Gula putih adalah 100% sukrosa. Tanpa bahan kimia semulajadi lain. Manis sekadar manis.
Sebab dah lalui pelbagai proses penapisan. Gula putih ni produk akhir. Selain sumber karbohidrat dan tenaga, sayangnya gula putih ni tiada nutrien lain.
Ada 11 sebab gula putih ini bahaya untuk kesihatan, otak dan tubuh. Antaranya:
- 1. Gula Putih Rosakkan Memori
- 2. Gula Putih Ganggu Tidur
- 3. Gula Putih Sebabkan Lemak Berkumpul
- 4. Gula Putih Sebabkan Jerawat
- 5. Gula Putih Sebabkan Kulit Berkedut.
- 6. Gula Putih Turunkan Metabolisme dalam Badan
- 7. Gula Putih Sebabkan Ketagih
- 8. Gula Putih Sebabkan Kanser
- 9. Gula Putih Punca Hidup Derita
- 10. Gula Putih Sebabkan Berat Badan Naik
- 11. Gula Putih Rosakkan Deria Rasa
KREDIT fb DrRizal Abu Bakar
Bahaya Gula Untuk Pesakit Kencing Manis Bukan Pada Manisnya, Tapi……
Pesakit kencing manis ni bukan tak boleh makan gula putih je, tapi makanan yang tinggi karbohidrat pun tak boleh. Karbohidrat ni isu utama. Bukan manis tu isu utama.
Gula putih bahaya untuk pesakit kencing manis bukan sebab manis, tapi sebab kandungan karbohidratnya yang tersangat tinggi. Dalam 100gram gula terdapat 100gram karbohidrat.
Ada pesakit diabetes pernah tanya saya kenapa bacaan gula dia tinggi sangat padahal makan sikit je. Saya tanya apa yang dia makan. Dia just makan biskut jagung 8 keping. Aiyooo, 8 keping biskut jagung tu ada 40g karbohidrat. Baik makan nasi putih 100gram, baru 28gram karbohidrat. Lagi kenyang.
Dahtu, takkan tak boleh makan karbohidrat? Dalam sayur2 hijau tu pun ada karbohidrat. Boleh je makan. Lagipun, karbohidrat dalam buah rendah je. Dalam 100gran kobis, ada 3.5gram je carbo. Kalau makan 1kg, jadi tinggi gak sampai 35gram. Tapi, sapa yang makan kobis 1kg dalam masa sehari?
Ala, lex la. Ubat kencing manis dan insulin kan ada. Bolehlah makan karbohidrat banyak2. Haaa, tu sebabnya sampai ke sudah duk cucuk insulin dan makan ubat. Dos makin naik. Ubat dan insulin tu hanya bantu kawal je. Bukannya untuk menyembuhkan kencing manis tu.
Jangan risau, banyak je lagi makanan yang boleh dimakan. Makan banyak2 pun, gula dalam darah tak naik gak. Kenyang pun lebih lama. Silap haribulan, dah tak teringin nak makan banyak2 sebab perut sentiasa kenyang je. Jomlah roger kalau nak reversed diabetes tu.
LAKTOSA vs SUKROSA
1. Laktosa dan Sukrosa keduanya adalah dalam kumpulan Karbohidrat Ringkas (Simple Carbohydrates)
2. Laktosa dan Sukrosa juga merupakan adik beradik dalam kumpulan Disaccarides (rujuk gambar untuk rujukan)
3. Laktosa merupakan karbohidrat atau gula semulajadi yang terdapat dalam susu dan produk tenusu. Jadi ianya tidak bahaya. Boleh pejam mata
4. Sukrosa pula = gula putih. Ye kawan kawan, sukrosa adalah nama lain bagi gula putih. Ini bahaya
5. Nah inilah dia. Saya nak ajar tips macamana nak tahu gula putih yang tersembunyi..menyorok dalam produk produk yang di pasaran
6. Bukan apa, kadang kadang kita rasa tak ambil gula. Tapi cuba check balik dengan food label. Kalau ada tulis Sukrosa, maksudnya dia ada gula putih ok!
7. Terutama untuk Pesakit Kencing Manis, kena hati hati. Boleh jadi inilah sebab kenapa gula dalam darah tinggi walaupun ‘rasa’ tak ambil benda ‘manis manis’
8. Kawan kawan..ini maklumat penting
5g Sukrosa = 1 sudu kecil gula
Lepasni dah boleh anggar berapa banyak gula ada dalam makanan/minuman tersebut ok!
8. Berikut saya sertakan gambar dan nota untuk rujukan
Harap bermanfaat!
Gula vs Karbohidrat
Banyak faktor yang mempengaruhi bacaan gula dalam darah. Tapi, yang paling memainkan peranan ialah faktor pemakanan. Makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi paling ketara melonjakkan bacaan gula dalam darah.
Kenapa gula putih sangat perlu dielakkan terutamanya bagi pesakit diabetes? Sebab dalam 100gram gula putih, kandungan karbohidratnya juga 100gram. Karbohidrat inilah yang akan dihuraikan oleh badan menjadi gula tunggal atau glukosa.
Bahaya ke glukosa? Tak. Glukosa tetap diperlukan oleh badan sebagai sumber tenaga. Tapi ianya diperlukan dalam kuantiti yang rendah dengan jumlah tertentu pada satu2 masa. Bagi pesakit diabetes, masalah rintangan insulin yang menjadi punca kadar glukosa dalam darah sangat tinggi.
Jika glukosa penting, adakah bermakna kita perlu makan gula putih? Tak. Sumber karbohidrat juga terdapat dalam makanan lain seperti sayur2 hijau, nasi, tepung, roti, ubi, bihun, kuetiau, susu, buah dan sebagainya. Cuma, kandungan karbohidratnya berbeza. Ada yang sangat tinggi, ada yang sederhana dan ada yang rendah. Yang pastinya, karbohidrat dalam sayur2 hijau lebih rendah dan lebih selamat.
Dopamin Hormon Ketagih ?
Apabila dopamin dikeluarkan secara tidak alami ia undang bahaya. Beri ketagihan. Lemahkan reseptornya. Dopamin ni hormon ‘feel good.’ Contoh keluarkan dopamine secara tidak sihat dan bahaya:
1. Merokok – keluarkan dopamin sebanyak 200%
2. Kokain – libatkan 400% pengeluaran dopamin
3. Methamphetamine – 1000% dopamin dikeluarkan tanpa rela.
4. Gula putih – 3200% dopamin dikeluarkan dengan penuh helah.
Bahaya gula putih ini. Kesan ketagihan terlalu tinggi. Akibatkan pengambilan gula tinggi, tanpa nanti dan sesuka hati. Akibatnya sakit silih berganti. Sebabkan sakit sana sini. Hilangkan nikmat hidup di dunia ini.
Mahu keluarkan dopamin mestilah secara alami. Secara natural. Secara semulajadi. Apa cara paling mudah? Bersenam. Contoh brisk walking. Senaman ni bahaya. Ada side effect macam:
Tubuh jadi ringan. Kesihatan meningkat. Tapi berat lemak lagi elok.
2. Kreativiti meningkat sebanyak 60%.
Otak jadi ligat. Mudah ingat. Tapi sikit sangat. Tak berbaloi langsung.
3. Kurang risiko diabetes sebanyak 50%.
Elak potong kaki. Dicucuk insulin. Pun macam tak banyak jer kesan kan?
4. Kurangkan risiko kanser sebanyak 34%.
Kuatkan imunti badan. Macam tak best jer.
5. Kurangkan kesan sakit lutut, pinggul dan buku lali sebanyak 26%.
Elak cramp. Permudah aktiviti harian. Memang tak bagus langsung kan.
Takyah lah brisk walking. Guna jer 4 contoh tadi. Yang tu ada lebih banyak ‘kebaikan’.