Banyak Isteri Lebih Sihat ? Kajian Benarkan Kehebatan Poligami ?
Banyak Isteri Lebih Sihat ? Kajian Benarkan Kehebatan Poligami ? Kajian Dapati Lelaki Miliki Isteri Banyak,Umurnya Akan Lebih Panjang Dan Sehat Selalu
Baru baru ini seorang pakar motivasi membuat kenyataan bahwa lelaki yang memiliki lebih dari satu isteri (poligami) umurnya akan lebih panjang dan lebih sihat.
Poligami Sangat Sensitif
Umum mengetahui bahwa perkataan poligami sangat sensitif dikalangan wanita terutama wanita melayu.
Mengulas kenyataan pakar motivasi tersebut mengemukakan pakta bahwa berpoligami memiliki peranan penting pada kesihatan dan umur seseorang. Berikut penjelasannya.
Kajian yang dilakukan oleh Virpi Lummaa, seorang psksr motivasi Inggris dari Universitas Sheffield mengemukakan kenyataan itu dalam acara tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York, Amerika Serikat.
Kajian itu menyimpulkan lelaki yang miliki isteri lebih dari satu dapat memanjangkan usia,kajian itu dilakukan kepada lelaki berusia 60 tahun yang berasal dari negara yang memiliki 140 orang yang beristeri lebih dari satu.
Beliau berkata rata rata usia lelaki yang melakukan poligami umurnya lebih lama 12% dari lelaki yang berkahwin satu. banyak isteri lebih sihat ?
Hal itu berkaitan dengan paktor sosial dan genetik.
Kajian itu juga menyebut bahwa lelaki yang memiliki isteri lebih dari satu,pemakanan dan pengurusannya juga akan lebih baik,tentu kesihatannya akan lebih baik,mereka akan lebih bahagia karena memiliki anak dan kehidupan seks yang mencukupi.
Kebutuhan seks yang terpenuhi akan membuat kesuburan lelaki tetap terjaga meskipun sudah berusia. Hal itulah yang berpengaruh terhadap fungsi hormon dan mengatur metabolisme tubuh.
Bagi lelaki miliki isteri lebih dari satu memang dapat membawa efek baik untuk kesihatan,namun sayangnya hal tersebut tidak bekerja pada wanita.Bagaimana pun kajian tersebut hanya akan berkesan pada lelaki yang berpoligami secara adil.
Aku,Lelaki Tua & Poligami
“Doktor, ada seorang pesakit dekat katil belakang ye”, SN memberitahu aku yang sedang berada di kaunter.
Aku terus pergi ke katil pesakit untuk mendapatkan sejarah pesakit tersebut.
Suami beliau yang berada di sisi katil terus menyapa aku.
Pesakit dihadapanku ini sebenarnya sudah pernah mengalami strok hampir 10 tahun yang lalu yang menyebabkan separuh bahagian badannya menjadi lemah.
Walaubagaimanapun, dengan rawatan dan juga fisio yang dijalani, dia masih boleh bergerak sendiri dengan menggunakan bantuan tongkat untuk menjalani kehidupan harian.
Dia dibawa ke hospital pada hari ini kerana dikhuatiri mengalami strok kali kedua apabila penjaganya menyedari dia tidak bangun dari katil sejak pagi seperti kebiasaannya.
Seperti biasa, imbasan CT-scan otak dijalankan bagi melihat sekiranya berlaku stroke berulang (recurrent stroke) ataupun tidak.
Sambil menunggu keputusan CT-scan, aku terus berbual dengan suaminya yang ramah.
“Doktor, kalau doktor nak tahu ini my second wife. You dah kahwin ke doktor?, you muda-muda ni baik fikir betul-betul ya kalau nak kahwin dua. Saya sudah tua, sudah kahwin dua, sekarang tanggunjawab saya untuk jaga isteri-isteri saya”
Alkisahnya lelaki di hadapan aku ini sudah berusia hampir 80 tahun, isterinya kedua-duanya sudah berumur 70-an.
Isteri pertama menghidap dementia manakala isteri kedua pula diuji dengan stroke.
Dia bersyukur sekurang-kurangnya dia masih dianugerahkan kesihatan yang baik walaupun sudah berumur 80an dan mampu menjaga kedua-dua isterinya dibantu juga oleh anak dan pembantu yang digajikan.
Kisah ini berlaku betul-betul minggu lalu ketikamana satu Malaysia tengah hangat dengan kisah rumahtangga Syamsul Yusof dan viral kembali kisah kesetiaan Edika Yusof yang menjaga isterinya yang sakit.
Cuma bezanya Edika Yusof menjaga seorang isteri yang sakit, lelaki tua dihadapan aku ini pula menjaga dua orang isteri yang sakit.
Persamaan pada kedua-dia individu ini ialah mereka bertanggungjawab terhadap isteri masing-masing bukan hanya ketika senang, tetapi juga ketika dilanda ujian.
Kata kuncinya BERTANGGUNGJAWAB, tidak kisah lah monogami atau poligami.
Melihat komen-komen di media sosial berkenaan isu rumahtangga selebriti tersebut sangat-sangat menakutkan.
Cukuplah sekadar kita berdiam diri dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Doakan juga rumahtangga kita agar kekal utuh dalam apa jua ujian yang datang melanda.
Kadang-kadang kita memang mudah menutur bicara mencari cela dan mengata nista seperti langsung tiada Raqib dan Atid yang mencatit amalan kita, kerana apa? KERANA KITA BELUM DIUJI SEBEGITU RUPA.
Faktor kenapa seorang isteri benci bila suami nikah lagi..
1. Merasa kasih sayang suami dirampas.
2. Terbayang bayang aksi suami dengan isteri baru di ranjang, lalu wajah suram mencuka sepanjang masa, hati bengkak dan hilang bahagia.
3. Rasa madu lebih hebat dan menggugat kasih suami terhadap nya.
4. Merasa hina diri dan jadi kemurungan.
5. Setiap masa berfikir tentang suami dan madu.
6. Rasa suami tidak sayang diri nya lagi.
7. Akal perempuan satu sementara kemahuan mereka 10
Ketahuilah semua PERASAAN ITU SILAP. Cuba tukar untuk berperasaan begini…banyak isteri lebih sihat ?
1. Biarlah suami sayang dengan madu. Di sana kasih nya 100% cara diorang berdualah. Apabila suami di sini sayang nya 100% juga cara aku dan dia. Cara kami berbeza sebab setiap orang itu ada kelebihan yang berbeza.
2. Tidak usah dibayangkan aksi diranjang suami dan madu bagaimana. Itu hak mereka dan Allah izinkan.
Banyakkan beristighfar mohon taubat dari Allah. Banyakkan berselawat ke atas baginda Rasulullah. Allah akan beri ketenangan.
Apa yang perlu adalah selalu jaga kesihatan dan kecantikan luar dan dalam sebagai isteri. Layan suami di ranjang dengan penuh yakin.
Tumpu bahagiakan diri. Apabila hati bahagia dan ceria, maka automatik suami pun bahagia tengok kita. Seorang suami akan merasa bangga punya isteri yang ceria sentiasa.
3. Biarlah madu kita hebat. Anggap kehebatan kita di sudut yang berbeza dan tidak ada pada madu kita.
4. Rasa ‘happy’ itu penting kerana lelaki paling minat dengan isteri yang selalu gembira. Tidak usah menarik simpati suami dengan muka masam mencuka. Lelaki benci wanita sebegini.
5. Sentiasa fikir untuk jadi bertambah baik dari segi hubungan dengan Allah dan Rasul. Sentiasa jaga perasaan suami.
6. Suami mana yang tidak sayang isteri nya. Perasaan sayang suami kepada isteri bukan dinampakkan pun.
7. Sentiasa kuatkan akal dan jiwa dengan belajar ilmu agama…tauhid, feqah dan tasawwuf ( ilmu mengenai hati ).
Belajar kenal perasaan lelaki. Bersangka baik dengan suami atas perlakuan nya yang tidak melanggar perintah Allah.
Biasa seorang suami tidak suka menunjuk rasa kasih nya kepada isteri. Lelaki mampu beri kasih nya 100% kepada setiap orang isteri.
Contoh jika isteri pertama suka manisan, maka dibeli nya manisan paling bagus pada fikiran nya untuk isteri nya.
Sementara isteri yang lagi satu suka buah buah yang masam, maka dibeli nya buah yang masam tapi berkhasiat, contoh epal hijau.
Maka oleh itu keperluan isteri tidak sama. Manakan ada rasa cemburu…sepatut nya tidak adalah. Takkan nak kata suami tak sayang sebab beli yang manis atau masam.
Bukankah keperluan dan minat setiap isteri itu tidak sama. Seorang minat warna merah manakala yang satu lagi benci warna merah tetapi suka biru.
Akhir nya para isteri yang bermadu itu lama lama akan seronok sesama mereka. Ialah sesuatu yang dia tidak suka tetapi madu nya suka.
Jadi jika kita faham hikmah bermadu ini sungguh indah sebenar nya. Kefahaman itu akan kita dapati apabila kita terjun ke dalam poligami itu sendiri.
Andai sebagai penonton sahaja tentulah timbul bermacam andaian salah tentang poligami. Akhir kata, harimau di hutan pun boleh dijinakkan apatah lagi jiwa seorang perempuan.