Benggali Dalam Filem Mat Kilau

Benggali Dalam Filem Mat Kilau

Benggali Dalam Filem Mat Kilau. Memang, gambaran dalam filem memang tidak sepenuhnya tepat, malah ada yang ditokok tambah (dan ditiadakan) secara fiksional.

Itu memang tepat untuk filem Mat Kilau.

Misalnya, ketiadaan orang Melayu dari Selangor iaitu pengikut Syed Masahor yang memang diketahui berkhidmat dengan British ketika itu dalam filem Mat Kilau. Malah jika dalam filem Mat Kilau hanya ada dua orang sahaja anjing British dari “Pulau Mata Satu dari Borneo” yang bekerja untuk Inggeris, sebenarnya ada direkodkan sehingga 13-16 orang Dayak yang berkhidmat untuk Inggeris ketika ekspedisi British memburu trio pahlawan Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Bahaman selepas Pertempuran Jeram Ampai.

Tapi, penglibatan etnik Sikh selaku sebahagian dari ketumbukan tentera British ketika Kebangkitan Pahang 1894 adalah benar.

Kekejaman yang dilakukan oleh tentera British, termasuklah oleh Malay States Guides yang terdiri dari Perak Sikh, Selangor Sikh dan Pahang Sikh juga adalah benar.

Mereka adalah antara anggota tentera yang paling setia pernah berkhidmat dengan Inggeris, dan etnik Sikh pernah ketikanya amat bangga dapat berkhidmat dengan tuan Inggeris mereka ketika itu.

Jadi sepertimana dalam filem, contohnya adengan insiden di Pasir Tambang, Kuala Tembeling dalam filem Mat Kilau adalah bersandarkan kisah benar.

Kerana “khidmat bakti” anggota Sikh untuk tuan British mereka ini, semuanya telah dibunuh oleh Mat Kilau ketika itu, tapi atas ehsannya, ada seorang Benggali, iaitu Miru Singh sengaja dilepaskan oleh Mat Kilau sendiri untuk menjadi saksi dan menceritakan kejadian sebenar.

Bahkan dek terhutang budi dan nyawa dengan Mat Kilau, Miru Singh menceritakan kembali bahawa; “Mat Kilau adalah seorang yang berhati jujur dan benar-benar berjuang kerana bangsanya dan kasih kepada orang yang tidak bersalah”

Sakit hati? Heh. Telanlah. Sejarah tak pernah menjanjikan yang manis-manis semata. Malah dalam banyak ketikanya ia memang pahit untuk diterima. Lebih-lebih lagi jika sejarah berkaitan peperangan menentang penjajah.

Benggali Dalam Filem Mat Kilau

Pagi tadi layan Mat Kilau

Saya ok dan terhibur. Namun, 2 perkara lekat dalam kepala. 1. Saya idamkan pertarungan 1 lawan 1 antara Mat Kilau dan Toga. 2. Askar Benggali yang serbannya tercabut masa dia gugur kena belasah. 7/10 untuk hiburan.

Selepas itu naik LRT ke Riwayat. Tujuan hendak melawat sahabat dan hantar buku yang dipesan. Bos-bos tak ada pula, tapi ada Naim AlKalantani yang sempat kami duduk minum kopi dan berbual biasa. Lupa pula tanya bila nak kahwin.

Balik singgah d’pulze untuk pos buku dan santai sebelum tutup bab jalan-jalan dengan isteri di hujung minggu.
Lain-lain yang tak dicerita kira rahsialah.

Begitulah.
*Eh lupa. Masa nak seberang jalan ke Stesyen Masjid Jamek, bertemu juga Engku Roestam Alias.Benggali Dalam Filem Mat Kilau

Apabila orang tanya, “Dah tengok Mat Kilau?”

Ya, sudah semalam. Tengok sebab banyak baca dan dengar orang kata best, hebat
, mantap
, mantul, padu, 10/10.
Ok, masing2 punya rasa dan pendapat. Saya hormati.
But, for me. Hanya 4/10 shj. Maaf. Bukan tak minat atau tak kagum mahupun tak hargai naskhah sejarah ini. Tapi pabila ia diaksifiksyenkan menerusi filem, ia dah jadi sebagai tatapan hiburan. Namun, part sejarah dan pengajaran itu tetap ada.

Ok, why EMPAT?
1. Tajuknya Mat Kilau, seorang pahlawan Melayu.
2. Pengkisahan mengenai sejarah Pahang – disebutkan Pulau Tawar, Kuala Tembeling, Raub, Lipis, Jerantut.
3. Konflik, krisis, iri hati, belot, selfish, dilema antara anak/isteri dan perjuangan… akhirnya bersatu menentang kekejaman penjajah British.
4. Dialog disulami bahasa puisi, kata2 nasihat dan zikir/nas al-Quran.

PERSOALAN yg timbul..
1. Adakah tentera British semuanya bangsa Sikh/Benggali?
2. Adakah Mat Kilau seorang yg kidal?
3. Adakah Mat Kilau berbahasa biasa, tidak berloghat Pulau Tawar (Pahang)? – setidaknya dgn bapaknya Tok Gajah boleh diselitkan sedikit loghat Pahang.
4. Adakah pergerakan pegawai British termasuk pembunuh upahannya menggunakan kuda sebagai kenderaan?
5. Aksi persilatan – adakah ia silat atau kungfu or garapan aksi filem Tamil?
6. Lantunan dialog Mat Kilau – adakah rata-ratanya hanya mendatar seolah menyampaikan ceramah atau tazkirah pendek sahaja?

IKTIBAR untuk Melayu..
1. Tidak berebut kuasa
2. Tidak pentingkan diri
3. Hormati keputusan
4. Taat kpd ketua yg berwibawa
5. Tidak khianat dan belot
6. Tidak berpecah-belah
7. Tidak tergesa-gesa dan tergopoh-gapah (ikut akal, bukan emosi) merencana sesuatu
8. Pertahankan negara dan bangsa dari sebarang bentuk penjajahan
9. Berintegriti, tidak mudah disogok dan makan rasuah
10. Senjata terhebat adalah perpaduan dan perancangan/strategi yg ampuh, padu dan tepat.

Bagi WATAK-WATAK utama pula..
1. Adi Putra – 5/10
2. Beto Kusyairy – 7/10
3. Fattah Amin – 6/10
4. Johan As’ari – 3/10
5. Ali Karimie – 3/10

Bagaimanapun, TAHNIAH kepada Penerbit dan Pengarah serta semua yg terlibat atas keberanian dan komitmen tinggi menghasilkan filem ini. Suatu di luar jangka mendapat sambutan luar biasa sehingga mencapai lebih 30juta dalam masa 9 hari tayangan.

Paling tidak, menyedarkan kelemahan dan kealpaan umat Melayu.
Paling tidak, membangkitkan semangat bangsa Melayu.
Paling tidak, ramai anak2 muda mula meminati dan belajar silat.. malah yg dewasa sebelum ini malu memakai tanjak, dah berani dan bangga menghiasinya di kepala.

Last sekali, BABAK yg meruntun jiwa, menyentuh emosi dan menghadirkan sedikit sebak di dada..

1. Tatkala Mat Kilau menekup mulut Wahid (yg menyaksikan isterinya dibunuh kejam di depan mata) sambil membisikkan “Astaghfirullah..” dan “Lahaulawala quwwata illah..” untuk menenangkan Wahid.
2. Sewaktu Wahid ditikam dan dirodok mati ketika membantu Mat Kilau menamatkan riwayat Toga.
Mungkin ada Mat Kilau 2: Dendam Terlerai selepas ini sebab Kapten Syers melarikan diri tak dapat dihapuskan.
Keseluruhan cerita 4/10.
Terima kasih.

USAH UBAH SEJARAH DIJADIKAN FIKSYEN

Askar Sikh bukanlah rekaan dan termaktub di dalam sejarah. Tapi masalahnya, penerbit Mat Kilau awal2 lagi dah tepek “HANYA FIKSYEN” semata2. Sebab tu persatuan Sikh marah tau, sebab ganbarkan kaum mereka bunuh orang2 Melayu di bumi Pahang. Patutnya biarkan jerk tentera British yang bunuh (dalam filem tuu).

Sapa tak marah digambarkan kaum2 mereka ganas (walau pun ada dalam sejarah). Babak lain boleh diubah siap ada Toga lagi dr Indon, maka padan dah Benggali tak puas hati. Bila mereka marah, pandai pulak UP memang dlm sejarah ada Benggali.

Tapi bila komen kenapa tak buat filem Mat Kilau di Pulau Tawar iaitu kampung kelahirannya atau di Pahang, ramai pulak yang jawab filem SEKADAR lakonan semata2.
Tak kisah buat di mana2, kenapalah tak ikut jerk sejarah macam yang kaum2 Sikh marah2 tu. Sebab tu nak buat filem sejarah ni kena study betul2 dan buat betul. Mana boleh cerita sejarah dianggap FIKSYEN semata2 yer! Benggali Dalam Filem Mat Kilau

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply