Bengkel Kuih Raya Planta

Bengkel Kuih Raya Planta ? Salam sejahtera semua, sejak dua menjak ni, nampaknya, saya asyik buat cerita pasal VLOG je, hooo, dah macam-macam cara yang saya belajar pasal VLOG ni. Hhehee, apapun, nampakanya part 1 dan part 2 dah siap, sekarang ni tinggal nak buat video khas aksi para blogger blogger hebat pulak. Oklah jom kita tengok aksi Mama Arreessa yang ceria sokmo ni.
Part 1
Video part 1 ialah cerita tentang perasmian, rasa jamm gila nak pergi sana, hahaha, tak sangka pulak, ramai gila nak singgah Mydin USJ tu, Apappun en Victor Liew sungguh sempoi merasmikan program ini. Cool, dengan ramai bloggers yang hadir, khas tau ni, hahaha.
Part 2 – Cara membuat Kuih Semprit
Macam biasa, untuk part 2 ni, saya dah edit untuk proses untuk membuat kuih semprit tu, dari mula uli tepung sampai siap, hahaha. Kuih ni kitorang buat dua, satu untuk anak yatim dan satu lagi untuk diri sendiri, sempoi sempoi, tapi sebelum nak tunggu masak tu, ada peraduan melukis pulak, masa tuh saya ambil alih tugas dan melukis kuih bintang idaman yang tertumpah air oren tu huhuhu.
Tips VLOG – Cari Lagu Free Royalty
Masa nak buat VLOG perkara paling sukar ialah mencari lagu free royalty. Apa benda ni, benda ni penting supaya kita tak kena blog dengan Youtube, biasalah, lagu sekarang ni, kalau popular, memang kena bayar royalty dan sebagainya. Tapi jangan risau, korang boleh cari lagu lagu yang memang ada insan yang buat free untuk anda semua. Ada yang bagi camtu, ada yang minta derma, ada yang kena beli dan sebagainya. So suka hati korang ye, kalau pakai lagu lain tu, cubalah elak kena copyright control oleh youtube, silap-silap kena banned akaun korang !!!
Blogger Membuat Kuih Raya Planta
Salam pagi semua, tadi saya sempat mengikuti wife saya puan Ainul Mustafa yang dijemput khas untuk menghadiri satu program amal khas bersama Planta di Mydin Whole Sale Market di Subang Jaya. Hoo, memang teruja sangat nak pergi, sebab kali ini, sesi khas membuat kuih raya bersama-sama blogger-blogger lain, dan juga pihak media, diadakan khas untuk kami (perasan aku pun hot blogger). So dalam memeriahkan suasana Hari Raya dan beramal, Planta telah menjemput kami untuk membuat bersama-sama kuih semprit raya. Hoo, memang best !!!
Lambat Sampai
Kisahnya nak diceritakan, kami nak singgah Pos Laju Shah Alam sebab nak ambil barang. Adui, bolehlah pulak barang lambat jumpa, biasalah ramai orang, so nak tak nak kenalah tunggu jap, itupun jumpa satu barang je. Yang lagi satu saya cakap kat abang tu, nanti kitorang ambil kemudian. Pergh nak ke USJ pulak, ingatkan ikut KESAS senang, sekali boleh pulak jalan nak ke USJ tu dia tutup, so kenalah buat U-turn, jamm lagi. Hoo, jamm memang tak jamm, rupanya tempat Mydin Whole Sale Market tu, pergh, ramai gile pergi, hoo, mestilah, barang murahnya. Aku nak cari parking, punyalah lama, last-last, aku terpaksa parking sebelah giant, dan jalan kaki ke Mydin. Nak tak nak, mahu kitorang redah jugak, program Planta ni. Kecik-kecik dulu mak buat nasi goreng planta, sedap !!!!
Buat Kuih Semprit
Oklah, nampaknya masa aku datang tu, sempat lah juga , program baru nak bermula. Nampaknya abang pengacara botak telah memulakan program, dan macam biasa, orang kuat Planta Victor Liew telah merasmikan program ini. Oklah kali ini, Planta telah menjemput rumah anak yatim Nasuha.Kuih raya yang kami buat tu setiap satu ada penerimanya. So nanti bila dah siap , akan di masukkan dalam balang khas, untuk penerima tersebut. Oklah macam biasa, ada assistant chef akan tolong. Arreessa pula, adui, time tu pulak nak Mama, nak mama. Oklah saya sempat ambil gambar dan video, nanti tunggu VLOG kami, yahoo.
Kuih Bintang Idaman
Sesi kedua pula ialah kena lukis kuih raya yang anda suka. Ok, sebab Arreessa tetiba merajuk lagi, jadi nampaknya, kenalah bikin sorang sorang, nasib baik awek planta tu tolong amek video. Hoo, nampaknya aku main belasah je lukis, hahaa, tak tahu, aku buat je kuih aku tu KUIH BINTANG IDAMAN. Bolehlah pulak belasah lukis siap dengan air oren. Oklah, nanti korang tengok video macam mana aku buat lukisan yang paling lawa dalam Subang Jaya, boleh kalahkah gayour nampaknya, hahaha.
Puas Hati
Apapun, kami tetap puas hati, dapatlah juga jemputan khas ni dari Planta. Wife amat teruja sekali, sebab dia pulak tetiba di temu ramah oleh wartawan Metro katanya. Macam biasa awek aku ni, cakaplah pengalaman dia buat kuih masa kecil dulu, adik beradik ramai, semua orang buat kuih raya, Ayah Cikgu Mustafa siap puji lagi kesungguhan mereka membuat kuih yang aku tak dapat rasa. Hahha, Apapun, aku juga sempat bertegur sapa dengan blogger hot Cik Lily Putih, dan sempat minta dia share pengalaman dia buat Kuih dengan Planta ni. Thank Kak lily. kat bawah ni ada sedikit video yang sempat edit. Apapun tunggu VLOG penuh dari kami. Thanks PLANTA !!! bengkel kuih raya planta
Tutorial Lukisan Kuih Bintang Idaman Bersama Planta
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para ibu ibu dan bapa bapa yang berada di luar sana. Tentunya korang semua dah tahu, hari tu kami pergi ke program Bengkel Amal Planta sabtu lepas. Hoo, memang meriah lah, saya tak sempat nak siapkan VLOG penuh untuk bengkel ini. Takpa, tunggu-tunggu, tapi buat yang berminat dengan VLOG saya, nasib baik akak cun Planta sudah ambil job saya pegang kamera. Hoo sungguh baik hati, jadilah terimalah hadiah cun daripada saya. VLOG penuh cara membuat Lukisan Kuih Bintang Idaman yang tertumpah Air Oren di bawah ni.
OKlah beberapa fakta tentang video ni,
yang aku nak share kat korang. Kalau nak tahu cerita buat kuih, boleh refer kat entry lepas di sini.
- Kuih ini adalah rekaan semata-mat. Sebab aku ingat nak buat kuih cornflake tu, last last aku terlukis bintang, jadilah nama dia bintang idaman
- Pada minit ke 1.40, awek Planta tu tetiba kagum dengan aku, nak beramah mesra pulak dengan aku, huhuu
- Sebenarnya time ni, Arreessa dah menangis, merajuk, ajak pergi tempat lain.
- Video ni di rekod dengan camera Nikon D3100 tanpa microphone dan alat alat canggih lain . So tak boleh lawan lagi video en MKB kita.
- Edit guna Sony Vegas PRO 12, tapi tak edit tak letak effect apa pun, baru nak belajar lagi.
- Tak sangka, ada blogger lain. Mama Liza sempat singgah blog ni, hoo, dia ingat lagi lukisan biskut air oren tumpah, hahah, sungguh unik.
OKlah, selamat mencuba membuat lukisan, tak susah pun, ok, masa untuk siapkan VLOG planta ni, huhuhu bengkel kuih raya planta.