Bento Iwan Fals

bento iwan fals

Bento Iwan Fals ? Sebut tiga kali nama ku “BENTO BENTO BENTO”. Itulah nyanyian oleh iwan fals, yang di jamming semula oleh meor, nikbinjidan dan saya, semasa di Pekan frinjan sabtu lepas. Tahniah juga kepada Negeri sembilan sebab menang piala malaysia tahun ni.

Sebenarnya, tak semua benda boleh di tulis dalam blog. Kalau saya sendiri, ada banyak benda mahu cerita. Tapi banyaknya di depan isteri saya sendiri. Masalah dari kerja, phd, kesihatan, keluarga dan sebagainya.

Mahu tak mahu, sudah penghujung tahun 2009. Apa yang aku bikin, semuanya masih samar-samar, tiada satu pun yang produktif. Tahun ni cumannya seperti tersedar, sebelum ini saya selalu di beri tekanan untuk terus produktif. Tapi sampai sekarang, masih belum biasa. Dengan keadaan sekarang, dekat dengan rumah, nampaknya sudah melanggar teori graviti yang menjadi ikutan saya selama ini

” Daya makin berkurangan jika dua objek makin jauh”

Haha, di UTM , memang selalu pakai istilah ini. Tapi sekarang ini, nampaknya perlu berubah, sebab sudah byk beban dibelakang beg kehidupan. Waduh Waduh Waduh. Malam sahaja sudah malas membaca. Harapkan siang, belum tentu cerah. Jadi tak leh tunggu tunggu lagi.

Sama ada mahu terus, atau menukar jalan, atau mencari jalan, atau memberi jalan, atau jalan jalan cari makan. Semuanya “lu pklah sendiri”.

Kembali

Salam sejahtera, nampaknya saya akan kembali ke persada blogger, dengan menulis kembali blog seperti biasa. Dan juga ada gambar gambar yang berkaitan. Cumanya gua baru saje kena sound dengan Dr Belinda, gua kuat facebook. Ok takpa, tapi yang gua tahu, facebook byk juga buat gua dpt perform. Masa ngan jayzuan pun, saya contact dia kat facebook. (thanks abg pop ni). Sekarang kena usaha ke depan..

Siapkan PHD

Rumah
Ada time lapang, kita jamming, Yeah !!!!!1

Sabar

Sabar jelah, anda perlukan sifat ni, utk menjadi cool, takpun anda akan mula menaikkan muka bengis anda, tetiba menjadi keretapi yang terkeluar landasan lalu menjadi kapal selam. Ini mungkin tak kena mengena dengan diri anda, atau pun boss anda di pejabat, tak pun juru radio tempatan. Saya menyeru supaya anda sabar dengan segala dugaan yang anda rasakan dan hadapi sekarang.

bento iwan fals
Photo by Kelly on Pexels.com

Macam macam

Macam macam duk berlaku masa p kelantan dan terengganu, pastu p kedah lak, waduh, memang penat. Dalam perjalanan menyebabkan tangan terbakar, menyebabkan tahap kehenseman menurun 5.56%, tapi telah meningkatkan motivasi sivaji sebyk 2.3 %.

Oklah, ni pun sesaja nak update, lagipun bg byk skt entri yang ada untuk bulan 2. Korang tahu apa yang spesel pasal 27/2, hahaha apa lagi cuba tanya isteri saya .

ok bye

Happy Birthday

Salam semua, happy birthday kepada wife saya yang dah panjang umur murah rezeki….
Kami nak tunggu rumah kasi masuk dalam, leh le kami masuk kemas rumah, design rumah sendiri, ada bilik study sendiri, peti ais, tv dan sebagainya. waduh… masih tunggu isyarat panggilan bank.

biasele, ni pening fikir pasal nak buat lowpass filter, korang tahu mcm mana nak design ? kat matlab tu ada byk function, tapi kalu boleh, aku nak tulis sendiri, supaya sendiri paham. Nak kena gua Discrete Fourier Transform, sebab ni real-time signal.

kesempatan yang ada ni, nak ajak korang semua masuk blog harmonikawan.blogspot.com, cerita cerita pasal harmonika ada di sini, hehehehe. Ok bye

TF3 nak p JB

Semalam balik lambat, lepak ngan TF3, diorang nak p JB, saya tak dapat nak ikut, sebab show diorang 7/3/2010, saya pulak ada audit 8/3/2010. Wife pun dah pregnant 7 minggu. Dalam banyak banyak perkara, saya dah dapat surat konvo action saya. hahaha, dulu masa degree lain, master mungkin lain kot. takpalah, janji selamat. Marilah menyiapkan dengan seminima mungkin (kata dr azuan). Orait, jumpa lagi, bye bye.

ps:Dila raden nak berpuisi durian kat frinjan esok. Moh datang

Konvo Maskara Buku panduan

Salam sejahtera, Salam satu dunia

ni ada dapat surat dari UTM, dia kata anda salah seorang …….. Ohhh, nampaknya kena datanglah raptai, tak pernah lagi . Ni first time, hehehe.

ok kali ni mehlah datang maskara 20 ni 3/4/2010, kat rumah PENA jam 8.30 malam. Depa ajak aku perform lak kali,geng sendiket soljah. Mai mai. Bukan selalu nama aku ada kat flyers. hahaha. Mai mai jom. Kalau hangpa nak dengar lagu ada harmonika, mehle datang. Ok terima kasih. Selamat Senja

Buku Panduan

Salam semua, saya akan buat buku panduan. Pastu nak p konvo, dan sebagainya.
Buku panduan itu memang banyak. Saya akan bertanya kepada sesiapa yang sudi menolong.
Di harap berjaya menyiapkan buku panduan sebelum mencecah bulan april. Jawabnya tak tidolah saya. Hahaha. bento iwan fals

Konvo 44 UTM

Penatlah, balik konvo semua. Thanks semua rockers rockers UTM, yang sempat jamming pada khamis malam. Pastu kena p raptai lak esok, dengar sikit taklimat, petanglak p majlis lain. Hoooo, 6.30 ptg baru dpt masuk rumah sewa. Waduh, takpalah janji dapat konvo esok. Sekali gua naik, tony fernandez ada sekali atas tu. hahaha.

Oklah terima kasih semua sekali, mama, abah, wife, supervisor, rakan rakan, rockers-rockers, pemandu bas, pemandu teksi, dan sebagainya…

Kerja kerja kerja. bento iwan fals

Masalah

Orang sibuk kata kenapa kenapa kenapa, aku pun ada masalah, orang tu ada, orang ni ada. Bak kata oranglah, semua ada masalah dalam dunia fana ni. Tulah pasal. Kesian isteri aku, kekadang selera makan tak menentu. Cuma harini memang teruk skt, muntah muntah. Selera makan pun hilang. Hidung pun asyik tersumbat, pedih tekak. Sabarjelah. Nak masuk 8 minggu ni wife gua pregnant. Semoga Allah mudahkan segalanya untuk kami.

Banyak lagi masalah, yang memang bodoh kalau gua cerita. Tulis ni pun dah macam nak meluahkan perasaan. Takpalah, marilah kita fikir bagaimana dari fikir mengapa .

Bagaimana nak dapat PHD dalam masa 3 tahun sambil kerja ?
Bagaimana nak dapat duit extra untuk perbelanjaan rumah ?
Baggaimana nak dapat tempat buat persembahan ?
Bagaimana nak kurus ?
Bagaimana………… (korang sambung sendiri)

Sekian terima kasih. Ditujukan untuk pembaca blog ini.

Penat Sangat

penat tul, okle, buat keje, pastu buat phd, keje, jamming, oindah rumah, jamming balik, konvo, dan sebagainya. Okle, nanti sume jemput datang rumah saya. baby nak datang bulan 10 ni, insyaallah. Oklah, bye bye

Belajar Sejarah Bersama Abah

Hari ni, 1 Syawal 1413, 10 September 2010, jalan jalan ke klang rumah sedara. Semuanya berborak borak, sebab lama tak borak, pasal arab, yahudi, wish, business, dan mcm mcm lagi

Petang pergi ampang, jalan jalan , abah ada sekali, semuanya cerita sejarah tanah melayu, singapura dan sebagainya.

Hari Raya kalini, penuh dengan cerita dan pengisian, dan motivasi.

Baju Baby Fiffy

Kawan ofis akan ke US ikut suami dia, dia bagi baju baby, tima kasih, saya buat keje biomed2011, poster kawan saya print, kawan saya lagi tu amek gambar, pastu saya tak tahan gelak, saya rasa lab ni dah jadi tempat komedi !!!!

Jalan-Jalan Melaka

Jalan jalan jalan jalan melaka, sebab dah lama tak jumpa mau, fan, mat fariz, syafiq, kancil, dan kengkawan, meh jalan jalan melaka, waduh, sampai tersalah jalan, minum kat klebang yang dah ditambak untuk menyahut seruan kerajaan, dan sebagainya, pastu malam balik terus tido, sebab dah tak larat. Itulah jalan jalan melaka, nak tulis pun dah tak larat. ok bye. bento iwan fals


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply