Beras Basmati Untuk Diet
Beras Basmati Untuk Diet ? Beras Basmati Pusa 1121 Sella Cream Super (Import)Kami suka beras ni sebab takde bau tengik macam sesetengah basmati. Makan plak rasa ringan kat perut . (Kalau beras biasa makan sesenduk.
Beras ni makan 3 senduk pun rasa mcm rilek jaa) sesuai untuk yang diet. Tekstur lembut dan fluffy seketui seketui. Berderai gitu. Tak melekat sesama depa.
Varian 1121 ni antara jenis yang nasi panjang elok. So antara jenis ‘king basmati’. Basmati pun macam beras biasa juga. Ada yang jenis mahal. Murah. Ikut gred gred dia. Rasa pun berbeza. Tekstur juga tak sama.
Boleh walkin ke pusat jualan beras berkat padi sg haji dorani selangor atau dapatkan melalui shopee
BERAS REBUS ATAU PARBOILED RICE JADI PILIHAN UNTUK YANG BERSUNGGUH NAK DIET. JOM TRY!
Sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal beras, yang selalu beli pun beras putih, basmathi dan beras merah. Rupanya beras parboiled atau beras rebus ni lagi bagus sebab khasiatnya lebih dan glisemik indeks rendah. Glisemik indeks rendah ni la yang penting kalau nak kurus.
APAKAH KELEBIHAN BERAS PARBOILED?
Beras parboil adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap!
Rupa beras parboil agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Khasiatnya mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza.
Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dan salah satunya Beras Basmati Pusa 1121 cream sella. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa tapi kata nak lebih sihat kan?
Warna beras ni agak kuning sedikit tetapi jangan ingat beras tak elok pulak. Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH.
BERAS PUTIH BERAS PERANG
Ia subjek kontroversi yang tidak berkesudahan.
Yang mana lebih baik untuk upgrade kesihatan kita?
Seperti mana yang selalu diperjuangkan, bila ada dispute dalam sesuatu bab hendaklah kita merujuk pada sejarah dan sirah.
Rasul saw lebih memilih tepung yang kasar kerana tidak mahu terlalu mengikut gaya makanan orang kaya di waktu itu yang makan tepung halus.
Tepung halus adalah luxury ketika itu dan Baginda saw banyak mengingati ummatnya apabila beliau makan.
Baginda lambang kesederhanaan.
Di waktu kini, malah tepung organik dan beras perang lebih mahal berbanding beras putih.
Mari kita lihat bandingan nutrisinya.
Secara kasarnya kandungan carbs tiada banyak beza seperti rajah di bawah.
Di dalam 100gram beras perang kandungan carbsnya sebanding dengan 5 tsp gula manakala beras putih adalah 7tsp gula.
Makan dalam bentuk sejuk eg nasi dingin atau sushi menjadikan ia resistant starch dan membolehkan sebahagian sampai jauh hingga ke usus besar untuk menjadi makanan bagi microbiome kita.
Bermakna tidak semua di serap menjadi gula .
GI glycemic index basmati, beras perang adalah antara 50-70 manakala GI beras putih ialah 70-90.
Glycemic load (GL) beras perang ialah 18 manakala beras putih ialah 23 dan lebih rendah dari sweet potatoes yang mempunyai GL 27.
Kandungan Fibre beras perang lebih tinggi namun tidak significant jika dilihat dalam bentuk lebih luas yakni bila kita memakan satu hidangan, tentu ada sayuran yang kandungan fibrenya boleh menampung kekurangan dalam beras putih.
Kandungan protein beras putih pula lebih rendah dan sebenarnya lebih sesuai untuk pesakit buah pinggang yang memerlukan low protein diet.
Beras perang belum dibuang sepenuhnya lapisan bran dan menjadikan ia lebih mengenyangkan daripada beras putih.
Namun salah satu ciri penting makanan ialah ia hendaklah dimakan dengan jiwa yang gembira dan tiada unsur stress dan terpaksa.
Eat with your heart.
Untuk majority manusia sekarang beras putih lebih memberi keseronokan dan anda masih mendapat segala kebaikan protein dan fibre jika hidangan keseluruhan anda lengkap dengan protein binatang yang berkualiti serta sayuran2 yang penuh dengan fibre dan probiotics.
Beras putih bukan portion utama hidangan kita.
Carbs patut menjadi 25-30% dari RDA kalori anda (andaikan RDA anda 2000kcal ) iaitu 600kcal keperluan tenaga datang dari carbs.
Jika ia nasi sahaja tanpa carbs yang lain, sukatan sekitar 3 cawan.
Mereka yang enthusiasts boleh cuba buat sendiri GBR germinated brown rice.
Kandungan nutrients lebih terserlah selepas berjam2 proses germination.
Beras dan masakan nasi yang bagaimana kegemaran anda ?
Lembut sangat beras ni. Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.
So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan sila la try beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa.. Janji nak sihat!
NAK DIET
Nak masak nasi nak makan dalam 4-5 sudu atau 3/4 cawan je? Renyah. Dak aihh meh mak long nak ajaq. Maybe ramai dah tau, tapi saja nak share juga.
Saya akan sukat pengambilan nasi nasi. Saya cuba makan anggaran tidak lebih 100gram nasi sahaja. Atau lebih kurang 4 sudulah.
Untuk dapatkan lebih kurang 100g nasi, saya perlu tanak tidak lebih 35g beras. Biasanya saya siap pack dalam plastik kecik 30g beras, so tidaklah setiap kali nak masak kita timbang. So bila dah pack, nak masak ambil je 1 pack. Ni beras basmati, saya biasa gilir-gilir masak basmati dan brown rice. 30g beras=lebih kurang 1 1/2 sudu besar beras.
So 1 1/2 sudu besar beras? Macam mana nak tanak? Untuk sekali makan? Kita guna teknik kukus. Dalam rice cooker boleh, dalam food steamer pun boleh. Kalau kat rumah pakai rice cooker, kt office saya letak satu food steamer, so sebelum lunch, kukus dulu nasi kita dalam 30 minit. (Kalau brown rice, pagi-pagi rendam dulu, nanti kukus 40minit, beras perang dia lambat kembang) .
Kejadian nasi pun lawa, berasnya sebutir-sebutir. So 30gram beras, atau 1 1/2 sudu beras tu boleh dapat dalam 3/4 cawan nasi, atau lebih kurang 4-5 sudu. So anggaran kalori dalam 200+ je.
Food steamer saya beli, kat lazada, harga RM30+. So boleh kukus nasi, sayur, jagung, keledek.. berbaloi sangat.
Semoga bermanfaat and happy diet..
LUNCH AYAM BERAS BASMATI
Nak tau berapa kalori lunch i hari ni? Tapi lunch jam 2.30pm sebab masih kenyang makan breakfast tadi dengan Cravex + Jamu Intan Payung.
Nasi rumah i guna Beras Basmati sebab sangat bagus untuk yang amalkan diet dan kawalan gula & kolestrol. Beras Basmati kurang kandungan glikemik (kenaikan gula dalam darah) dan karbohidrat. Ia juga mampu memberikan korang rasa kenyang lebih lama!
Kalori Nasi Ayam:
Nasi Basmati 1 senduk: 85
Ayam goreng perap kicap halia: 200
Salad: 30
Sos cili + kicap: 45
Sup Ayam: 36
Air kosong: 0
Total: 396 calories intake for lunch.
Breakfast tadi 371 calories.
Sehingga jam 3.30pm ni jumlah kalori yang i ambil ialah 767 kalori.
Untuk maintain berat i 55kg i kena ambil 1200 kalori je sehari. So ada balance lagi 433 kalori lagi for hi-tea and dinner.
Apa nak makan dengan balance 433 kalori ni lagi eh? Normally i minum petang je tu pun dalam 150-200 kalori je… dinner memang dah tak makan sebab dah full perut asbab Cravex. Hmmm sebab tu berat i makin turun sebab tak cukup 1200 kalori
Pastu cravex pulak dia bakar lemak and naikkan metabolisma…. Tu kadang-kadang pulun makan pisang goreng nak suruh banyak masuk kalori nak bagi maintain berat Jamu Intan Payung pun boleh naikkan metabolisma dan burn kalori. Haa memang berganda lah metabolisma i naik macam zaman remaja dulu. beras basmati untuk diet
KHASIAT BERAS BASMATI
Beras basmati sangat sesuai untuk korang yang nak diet kerana ia kurang kandungan glikemik dan karbohidrat. Selain itu, beras basmati juga mampu memberikan korang rasa kenyang lebih lama. Let’s check it out khasiat beras basmati ni..
1. Melancarkan Sistem Pencernaan
– Hal ini berlaku kerana beras basmati mempunyai serat larut yang membantu pembersih
an usus pelancaran bahan pencernaan. Secara tidak langsung ia membantu mengatasi masalah sembelit.
2. Menjaga Kesihatan Jantung
– Beras basmati mempunyai kadar kandungan lemak tepunya lebih rendah berbanding beras lainnya. Kandungan serat yang tinggi juga baik untuk kelancaran sistem kariovaskular.
3. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi.
– Ia juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi, terutamanya jika anda mengambil beras basmati jenis perang kerana kandungan potasium dan magnesium terkandung dalam beras jenis ini.
Jadi kalau korang jenis yang mengamalkan beras basmati dalam rutin dari SS Family Kitchen korang, tak perlu risau la makan Nasi Biryani kami. Sebab kami menggunakan Beras Basmati untuk masakan kami .