Beras Untuk Kurus

Beras Untuk Kurus

Beras Untuk Kurus ? “Kalau nak kurus kenalah ambil beras Perang je. Lauk pula mana boleh makan ayam macam ni. Ikan Salmon baru ok.”

Tegur si Muna pada Leha yang baru nak mula diet. “Oh. Aku sebenarnya tak berapa lalu sangat nak makan Ikan Salmon. Lepas tu harga pun macam tak mampu sangat.”

“Kau kalau nak diet kenalah korban sikit. Melabur makanan yang mahal, barulah berjaya.”

Kawan-kawan. Benarkah bila mula diet perlu kepada makanan yang tertentu sahaja?

Pertama yang kalian kena faham. Progres itu tidak berkait dengan sumber makanan secara keseluruhan. Tapi berkait juga dengan kawalan kuantiti yang diambil.

Bahasa mudah. Bukan Beras Perang buat anda kurus. Bukan juga hanya Ikan Salmon yang terbaik dalam diet.

Semua makanan baik dan harus untuk ambil. Selagi mana kawalan kauntiti masih lagi terjamin.

Beras Perang, dimasak. Kemudian makan dengan tanpa kawalan juga boleh gemukkan badan. Nasi lemak jika makan dalam kawalan, tetap boleh kuruskan badan.

Yang utama ikut pada selera dan bajet sendiri. Ciptakan diet versi anda sendiri

NAK MULA DIET

Jika kalian baru sangat nak mula diet. Ini perkara penting yang perlu kalian tahu sebelum mula,

1. Mulakan dengan diet seimbang. Makan ikut keperluan, berpandukan pada kalori sendirj dan tidak terburu-buru untuk kurus dengan cepat.

2. Diet dengan sabar. Tak tergopoh-gopoh untuk cepat kurus. Misalnya nak diet terus potong air manis, terus tak makan makanan bergoreng atau haramkan terus daripada makan nasi. Cara ini bukan diet yang sustainable. Jangan terlalu keras pada diri.

3. Tahu ekonomi semasa. Jangan buat target diet nak kena beli barang diet yang mahal-mahal. Atau langgan suplemen yang tidak mampu kalian biaya setiap bulan.

4. Buat diet holistik. Diet yang baik adalah mengikut keperluan dan citarasa kita sendiri. Misalnya sebelum ini diet dah biasa pun dengan makan nasi putih. Jadi bila mula diet tak semestinya kena tukar kepada beras perang.

Makan dan ambil juga beras putih seperti biasa.

Tak perlu tukar pun kepada beras perang. Selagi tahu keperluan kalori dan kawal kuantiti kau tak perlu berlanggan setiap hari dengan beras perang. Ingat diet sustainable.

5. Senaman ikut keperluan. Tak perlu nak pergi gym setiap waktu, berlanggan dengan kelas zumba setiap hari atau berjoging sepanjang hari. Jadualkan senaman kalian.

Ingat yang bertahan lama itu itu bersifat sederhana. Tidak ekstrim dan penting ada rehat yang cukup.

Ini saja dulu saya kongsikan kepada kalian. Pesanan saya diet setiap individu itu tidak pernah akan sama. Ada orang boleh makan oat, ada yang tak boleh. Ada orang tak suka dengan roti perang dan ada yang suka dengan roti perang.

Cipta dan buatlah plan diet kalian sendiri. Jangan ikut-ikut orang. Diet yang hanya buat teruk-teruk, hanya akan bertahan untuk jangka waktu pendek sahaja. Buat dua tiga hari, lepastu dah berhenti.

Fokus kepada diet yang lebih sustainable, Insya-Allah itu yang akan bertahan dengan lebih lama. Boleh SHARE untuk manfaat kawan-kawan yang lain.

Diet yang kalian buat sekarang macam mana? Moga tak stres dan bertahan lama saya doakan.

MACAM MANA NAK KURUS

“Macam mana plan makanan untuk kurus?”

Dah ramai yang pm saya tanya macam mana nak kurus.

Pertama sekali , memang saya jujur sebut “gula!”

Gula ni bukan just utk elak kencing manis , sebab gula ni sebenarnya boleh tukarkan makanan kita menjadi lemak.

Bila gula banyak, insulin akan keluar banyak dan fungsi hormon anabolik yang menyimpan gula yang berlebihan kepada glikogen dan seterusnya kepada lemak. Akhirnya jadilah lemak.

So , bukan kurus tu sebab kita tak makan lemak. Tapi kurus tu bila kita elak gula. Cari gula yg semulajadi mcm gula dari buah/dari kurma.

Yang kedua:, ubah beras. Saya suka makan beras basmathi. Sebab beras perang dan parboil tu saya boleh tgk saja je . Basmathi lebih kurang glisemik dia.

Yang ketiga: Makan sayur/buah

yang ke empat: Ambik protein esp shaklee, lecithin dan omega. utk bantu bakar lemak. Dan cinch tea utk tingkatkan metabolisme pembakaran lelemaks yg terkumpul tu uolsss.

yang kelima: Makan suku suku separuh. Dan makan ikut waktu lapar saja. biasanya 3x saja makan. No kuih2 senggang waktu tu. Kalau sela waktu rasa macam bosan, pergi minum air masak.

yang keenam: buat la exercise juge , malas cemana pun , benda x boleh dinafikan ni, mmg kena dijujurkan juge. Exercise lerr juge yeee! Buat plank 15 minit pun ok dah. Tak semestinya berlari di pelusuj kampung nun

MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH

Meningkatkan metabolisme tubuh dapat membantu kita menurunkan berat badan atau menjadi kurus dengan lebih mudah.

Metabolisme adalah kadar tenaga yang digunakan untuk mengekalkan keadaan hidup sel-sel tubuh.

Meningkatkan metabolisme bermakna kita meningkatkan tahap penghasilan tenaga berbanding dalam keadaan biasa.

Ia menyebabkan tahap gula dapat dikawal dengan lebih baik di kalangan pesakit diabetes.

Terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme.

#1. Makan makanan yang segar dan bernutrisi.
Ini akan meningkatkan penghasilan tenaga sama ada kita aktif atau berehat. Makan sayur dan buah.

#2. Terdedah dengan cahaya matahari
Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi akan menyebabkan kita mendapat sumber vitamin D yang terlibat dalam lebih 300 langkah metabolisme dalam tubuh.

#3. Tambah protein dalam pemakanan.
Banyakkan pengambilan protein sihat seperti daging tanpa lemak dan telur, untuk tingkatkan metabolisme.

#4. Minum air secukupnya
Penyelidik University of Utah mendapati bahawa sukarelawan yang minum lapan hingga 12 gelas auns air setiap hari mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi daripada mereka yang minum hanya empat gelas sehari.

#5. Berdiri sekejap semasa bekerja
Jika kita bekerja sambil duduk, berdiri atau berjalan untuk seketika dapat meningkatkan tahap metabolisme.

#6. Ketawa dapat tingkatkan metabolisme
Ketawa merupakan senaman ringan yang boleh membantu meningkatkan metabolisme sebanyak 10 hingga 20% kalori berbanding anda berwajah ketat setiap masa.

#7. Tidur yang berkualiti.
Penyelidik di Universiti Stanford mendapati bahawa orang yang mengalami kekurangan jam tidur akan mendapat peningkatan ketara berat badan mereka.Pastikan anda mendapat rehat antara enam hingga lapan jam sehari.

MAKANLAH NASI

Nikmati hasil bumi Msia seadanya Kita..
Tak perlu berkata tidak untuk nasi..
Kesian perut kalu tak makan nasi..
Tapi Kita makan makanan yg bertepung..

Harap beras tak naik harga sangat waupun kami tak makan banyak juga.
Saya memang syorkan sangat ganti makan roti dengan nasi.

1) Nasi memang lebih kenyang banding roti.

2) Lagi gemuk makan roti putih banding makan nasi putih.

3) Nasi sangat kurang alergi banding roti.

4) Nasi takde jadi masalah angin leaky gut macam roti. Roti ni berisiko rosakkan sistem pencernaan.

5) Nasi pun takde isu gangguan imun dan autoimun macam roti.

6) Ni mesti ramai tak tau. Makanan gandum ni dikaitkan risiko sebabkan hypothyroid.. Hypothyroid sebabkan gemuk juga. Mungkin ni juga alasan no 2.

7) Nak tenaga (gula) cepat? Nasi lebih cepat cerna berbanding roti. Jangan keliru sebab ada orang makan nasi jadi mengantuk..itu badan yang problem.

Makanan dari gandum memang lazat. Sekali sekala bolehlah sebat. Tapi kalau nak sihat, nasi jauh lagi selamat. Cegah sakit melarat dan elak mudarat.

Dalam program Hormone Diet pun gandum salah satu makanan yang perlu anda pantang. Semoga bermanfaat.

Tip masak nasi: Campurkan bersama beras perang & quinoa utk dptkan padat zat & kenyang lbh lama, jd takde lah nk snacking or craving. Beras Untuk Kurus

NAK KURUS SEKEJAP KE NAK KURUS LAMA?

Semalam hangat di whatsapp group dietitian Dietfit Malaysia dan Trainers saya berkenaan insulin dan penurunan berat badan. Katanya jangan ambil gula langsung! Nanti insulin spike tak tak dapat bakar lemak. Betul ke?

Kajian memang membuktikan bahawa insu
lin yang tinggi akan menyebabkan lebih craving kepada karbohidrat lain, selera makan meningkat, melambatkan penggunaan lemak sebagai tenaga dalam badan dan memperlahankan penurunan berat badan.

Jadi adakah benar peningkatan hormon insulin dalam badan akan menyebabkan berat badan tidak turun?

Jawapannya YA dan TIDAK.

Ya, jika anda makan karbohidrat secara berlebihan dan memilih karbohidrat yang tidak betul iaitu tinggi glisemik indeks.

Tidak, jika anda makan pada masa yang betul, jenis rendah glisemik indeks dan jumlah karbohidrat yang terkawal. Beras Untuk Kurus

Saya jelaskan kenapa..

Ramai orang menyalahkan insulin, sekaligus saya faham sebenarnya mereka marahkan karbohidrat kerana karbohidrat yang meningkatkan insulin dalam badan. Insulin dikatakan penyebab kegemukan kerana merencatkan penggunaan lemak sebagai tenaga.

Okey, sebelum saya pergi lebih lanjut saya akan explain berkenaan penggunaan tenaga dalam badan. Badan mengunakan karbohidrat sebagi sumber tenaga utama tetapi dalam masa yang sama turut menggunakan lemak tapi dalam keadaan minimum. Lemak lebih banyak digunakan bila senaman yng menggunakan 60-80% dari maximum heart rate kita ( ini topik senaman secara bijak pula).

Bila badan kita makan makanan jenis karbohidrat, samada kompleks atau ringkas maka gula dalam darah kita akan meningkat.

Jika ambil karbohidrat kompleks, maka perlahanlah gula naik dan jika karbohidrat ringkas, laju lah gula naik.

Semakin laju gula naik, insulin akan dirembeskan secara lebih banyak dan menyebabkan insulin ‘spike’ dalam darah.

Bila berlaku insulin spike, pembakaran lemak akan terhenti sekaligus badan hanya menggunakan gula dalam darah sahaja sebagai sumber tenaga. Beras Untuk Kurus

Kenapa karbohidrat masih boleh diambil walaupun ia merencatkan ‘ pembakaran ‘ lemak di dalam badan?

1) Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan,lebih-lebih lagi kepada otak manusia. Kurang karbohidrat, kita akan mood swing dan susah fokus. Ada juga kajian yang kaitkan dengan nyanyuk lebih awal jika dibuat dalam jangka masa lama.

2) Insulin akan lebih terkawal jika karbohidrat diambil dalam jarak masa yang sesuai iaitu jarak 2 ke 3 jam. Peningkatan insulin dengan banyak dan tidak teratur jika pengambilan karbohidrat terlalu kerap, kurang dari 2-3 jam.

3) Insulin juga lebih terkawal jika kuantiti karbohidrat yang diambil pada setiap masa makan lebih kecil. Cara pengambilan yang betul adalah sedikit tapi kerap.

4) Pemilihan karbohidrat yang rendah glisemik indeks (GI) juga membantu mengawal insulin dalam tubuh kita. Contohnya beras perang atau parboiled, roti wholegrain dan lain-lain.

Dan saya ingin terangkan berkenaan karbohidrat dan senaman bagi mereka yang mahu turunkan berat badan.

1) Elakkan makanan atau minuman manis ( gula ringkas, tinggi glisemik indeks), 2 jam sebelum senaman. Lagi baik 4 jam sebelum senaman.

2) Jika mahu ambil pisang atau yogurt, ia dibolehkan dalam jarak 15-30 minit sebelum bersenam kerana glisemik indeks yang lebih rendah, jadi insulin tak meningkat dengan mendadak.

3) Karbohidrat penting untuk pre workout kerana membekalkan tenaga tetapi perlu lebih menjaga masa, jenis karbohidrat dan jumlah yang diambil.

Ini sahaja dulu untuk kali ini, banyak lagi nak cerita tapi nanti pening pula. Beras Untuk Kurus

Secara kesimpulannya:

1) Ambil gula ringkas tidak merencatkan penurunan berat badan JIKA tidak berlebihan. Cukuplan 1-2 sudu teh sehari. Kalau nak elak gula putih pun boleh. Tiada masalah kerana masih mengambil karbohidrat kompleks. Tapi jika ada yang mahu membaca artikel saya berkenaan gula putih, boleh baca di sini:

2) Pilih masa yang betul, jumlah yang sedikit dan jenis yang rendah glisemik indeks jika anda betul-betul ingin menjaga insulin dalam badan. Ya, memang benar insulin meningkatkan selera makan dan merencatkan pembakaran lemak tapi tak bermaksud insulin ini jahat. Ia hormon yang bagus dalam badan jika tidak berlebihan.

3) Amalkan kesederhanaan dalam penjagaan pemakanan kita supaya lebih tahan lama dan bukan kurus kejap, gemuk balik. Kawalan kalori adalah sebab utama naik dan turun berat.

Insulin tidak salah. Yang salah adalah pengambilan karbohidrat berlebihan yang tidak kena pada masa dan jenisnya. Beras Untuk Kurus

Leave a Reply