Berat Statik Apa Perlu Buat ?

Berat Statik Apa Perlu Buat ?

FAT LOSS

So anda cuba buat 16:8 selama satu bulan, kemudian upgrade pelan2 ke 18, 20 jam, kemudian mencuba OMAD, dan seterusnya bermula nak buat 24 jam ke atas. Bagus. Anda sentiasa ingin mencabar diri dan sudah mendapat fat adaptive state di mana badan anda telah belajar menggunakan lemak sebagai sumber tenaga yang lebih efisyen.

Ada masanya dalam satu tempoh, anda akan statik dalam penurunan berat badan. Ini perkara biasa. Berat badan tidak pernah turun dengan konstan. Ia akan menghadapi peringkat statik, dan banyak kali jugak naik dan turun. INGAT. Ini NORMAL. JANGAN STRESS.

Apa yang perlu anda lakukan, ialah lakukan puasa anda seperti biasa. Saya banyak kali pertekankan, puasa ini perlu dijadikan ‘lifestyle’. Berpuasa sepanjang hayat anda secara konsisten. Berat di timbangan anda bukanlah bayangan kesihatan anda. Baju, seluar dan kasut anda tidak akan tipu anda, anda akan terpaksa menukarnya selepas beberapa bulan, dan tahun. Ya, TAHUN. Anda nak jadi gemuk pun makan bertahun lamanya. Takkan nak jadi kurus dalam masa tiga bulan?

Pengalaman saya: saya masih memakai seluar saiz 42 semasa bulan April 2018 dengan berat 83. Berat saya masih 83 pada bulan ini (Oktober 2018), tetapi saya sekarang pakai seluar saiz 37. Wife saya ‘ter’beli seluar ‘fit’ saiz 40 untuk pakai jalan jalan, dah macam pakai baju badut McDonald’s. Saya hanya melakukan puasa 16:8 secara konsisten, dan jarang melakukan puasa 24 jam ke atas. (Tambahan: pada Januari 2018 semasa baru melakukan IF, saiz seluar saya ialah 44. That shows you how fat I really was).

Apabila anda melakukan puasa sebagai lifestyle anda, tunggu saja lemak itu turun.

Harap rakan2 pahlawan IF dapat membantu saya untuk klik sponsor saya di bawah dan baca artikel percuma yang disediakan. Terima kasih…

BERAT TAK TURUN ?

Berat badan tak turun walaupun dah diet. Kena risau ke?

Hari ni saya akan cuba ulas serba sikit tentang masalah plateau -berat statik (Lepas ni akan tulis PL) yang berlaku pada badan.

1. PL berlaku bila berat badan tidak tunjukkan angka penurunan yang drastik macam awal-awal diet dulu.

2. Kita kena ingat berat badan dipengaruhi oleh air, lemak, otot dan tulang.

3. Awal awal diet kebiasaan kita akan kehilangan banyak berat air dalam badan. Dalam masa yang sama lemak juga akan berkurang.

4. Setiap orang tak sama. Lagi besar tubuh orang tu lagi potensi untuk lost lebih banyak berat masa awal-awal diet. Terutama bila minimumkan ambil sumber karbo.

5. PL berlaku boleh jadi sebab badan pun dah boleh kesan cara diet kita. Dan dah tak nak turunkan lagi.

6 PL juga boleh jadi bila tuan badan sendiri tak disiplin dah nak jaga makan macam awal-awal dulu. Pastu tak turun salahkan penimbang. 😌

7. Kalau nak hindari PL, ubahlah gaya senaman. Dari buat banyak sangat kardio, fokus pula pada senaman yang melibatkan bebanan.

8. Senaman guna bebanan sendiri pun dah baik sangay dah. Macam sambil tengok tv buat squat, plank dan sebagainya.

10. Mudahnya dapt hasil yang baru senaman dan cabaran baru mesti dibuat keluarlah dari zon selesa.

11. Nak tahu kesan berat kau dah statik adalah dengan tengok bila 4 minggu dan ke atas berat dah turun-turun. Kalau baru 2 minggu berat tak turun walaupun dah bersenam jangan ngade nak cakap PL.

12. Berbalik pada hal diet. Kadangan jangan taksub pada penimbang sahaja. Lihat juga pada inchloss pada bahagian badan yang lain. Perut, dada, paha.

13. Selagi inchloss ada. Maka PL jangan risau lagi. Teruskan diet. Ingat. Berat orang tak pandang tau. Tak pernah kita jalan ke pasaraya orang tengok dan ada label di baju kita yang berat kita sekian sekian.

14. Orang mudah nampak kita kecil bila ada inchloss di perut, dada dan paha. Ia merangkumi saiz baju yang kita pakai.

Begitulah. Moga membantu kalian yang tengah statik sahaja beratnya.

Cuma, jangan sedih sangat musim PKP ni kalau berat tak turun.

Semaklah. Mungkin kerap sangat kau ziarah dapur tu. Itu susahlah, sebab polis dan tentera tak buat sekatan di sana.

PUNCA BERAT BADAN STATIK

Ada yang tanya Coach tentang berat badan turun beberapa kilo dan kemudian tak turun-turun. Kenapa?

Dalam peringkat awal berdiet, kebiasaan ada sesetengah individu akan turun berat badannya secara mendadak dari hasil pembuangan toksin, berat air yang berlebihan serta lemak. Jika ini berlaku (turun laju berat) dalam minggu-minggu itu normal.

Apabila anda kurang makan (kurangkan kalori pemakanan), tubuh akan memerlukan tenaga dan ia akan mengambilnya dari glikogen, sejenis karbo yang disimpan dalam otot dan juga hati. Jadi glikogen apabila dibakar ia akan menghasilkan air dan air inilah yang akan dikeluarkan dari tubuh. Lama-kelamaan anda akan hilang sebahagian dari jisim otot dan lemak apabila proses ini berlaku. Metabolisma juga turut menurun. Memangnya sebegini pun cumanya, apabila anda kurangkan kalori permakanan pastikan pemgambilan sumber protein lebih sedikit ye. Ikuti diet sihat yang betul. Jika metabolisma menurun, kuranglah tenaga untuk dibakar dan jadinya kuranglah selera makan anda untuk makan. So berat akan statik.

Dibawah jawapan pada persoalan anda. Jom lihat apa punca-puncanya. BACA YE

KELETIHAN
– Keletihan yang melampau akan membuatkan anda stress. Ianya berkait. Jadi elakkan keletihan.

KELAPARAN
– Sering berlaku ni. Apabila dah dapat turunkan berat badan, mulalah teringin nak makan macam-macam. Lepas tu tahan lapar. Kuncinya adalah apabila perut anda memberontak kelaparan pastikan anda hanya makan makanan yang dibolehkan dalam diet sihat sahaja. Nak makan COKLAT? Dark coklat boleh. Tapi jangan banyak sangat ye!

DIET KELAUT
– Elok dah diet sihat dan berat turun, pergi melantak nasi kandar sebagai lepaskan geram. Tak ke rugi. Berat turun naik. Berat YoYo. Tak bagus begini kerana ianya akan melemahkan tubuh dalam jangka masa panjang.

SENAMAN YANG KURANG TEPAT
– Senaman itu tidak salah, yang silapnya jenis dan rutin senaman yang dipilih.
Komponen utama senaman iaitu KARDIO dan STRENGTH TRAINING perlu sekali bersama. Jika tidak, akan berlaku ketidakseimbangan atau senang cakap tak cantik resultnya. Jadi perlu pastikan apabila setiap kali senaman ada keduanya ye. Jika buat kardio je, jisim otot akan kurang = kadar metabolisma juga berkurangan. Tak nak macam tu.

WORKOUT SATU MASA SAHAJA
– Workout diluar bersungguh-sunggu, tapi apabila di tempat kerja, di rumah anda tak aktif. Campur waktu tidur, banyak lebihan jam dalam sehari anda rehat berbanding workout dan bergerak aktif.

KESIMPULANNYA anda boleh lihat sendiri dimana kesilapan yang telah anda lakukan. Jika ada, kemungkinan itulah punca berat badan anda statik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: