Berita Iklan Facebook

photo of laptop near plant

Berita Iklan Facebook. Sebagai peniaga online, saya perlu mengiklan di Facebook atau pun Instagram?

Sebelum kita nak tahu kita patut lebih aktif di platform mana satu, kita patut kenal dahulu siapa target market kita. Perlu tahu, target market dan cara mengiklan di Instagram dan Facebook sangat berbeza. Jika target market kita umurnya lingkungan belasan tahun hingga 30an, Instagram ialah platform yang terbaik untuk kita aktif dan mengiklan. Cara pendekatan dan mengiklan berbeza dengan crowd yang ada di Facebook.

Nanti dalam kelas kami akan terangkan satu persatu

Jika target market kita berumur lingkungan 40an ke atas, Facebook ialah tempatnya. Ini kerana golongan ini lebih banyak lepak di Facebook berbanding Instagram. Dan golongan ini juga ramai yang sudah berkahwin, punya anak, dan sudah mempunyai stabiliti dalam hidup. Jika kita menjual produk yang harganya sedikit mahal, lebih elok menjual di Facebook. Jelas?

Semenjak tahun 2011 lagi kami sudah meninggalkan pengiklanan secara tradisional mainstream media seperti TV, dan surat khabar. 4,5 tahun kebelakangan ini kita dapat lihat semakin kurang orang menonton tv dan semakin banyak yang go online, syarikat penerbitan akhbar gulung tikar kerana ramai antara kita juga baca berita di Facebook dan di portal online. Pada waktu sifu-sifu iklan Facebook ads wujud, kami sudah pun menggunakan Facebook ads dengan kos pengiklanan yang sangat rendah namun mendapat pulangan yang tinggi. Dalam kelas minggu ini, segala teknik, taktik dan algorithm Facebook terkini akan kami kongsikan. Untuk makluman sekarang ni Facebook kerap mengubah policy nya disebabkan US election baru-baru ini dan banyak small businesses affected dengan AI yang digunakan oleh Facebook; ada yang tiba-tiba account ads kena block, iklan tak approve sedangkan kita pasti kita tidak melanggar sebarang policy. Dalam kelas kami akan explain lebih mendalam mengenai ini dan bagaimana kita boleh mengiklan semula

Jika nak belajar lebih lanjut mengenai cara pengiklanan di Facebook dan Instagram, kami ada buat kelas pada Sabtu dan Ahad ni dari pagi Sampai petang. Ask us everything, kami akan jawab sebaik mungkin mana yang kami tahu. Kami nak beri potongan harga RM20 bagi yang berminat nak join kedua-dua kelas, cuma perlu masukkan promo code FBAIGA10SNAP sebelum check out. Promo code SAH SEHINGGA HARI INI SAHAJA !

Boleh rujuk di sini untuk lebih lanjut:

SINDIKET TIPU BELIAN BARANG DARI TAIWAN, TUMPAS

Bukit Mertajam, 27 Jun 2022 – Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket yang menjalankan aktiviti tipu belian barangan dalam talian berikutan penahanan 23 individu warga Taiwan dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Batu Feringghi, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 6.30 petang itu, polis yang menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam banglo itu terpaksa memecahkan pintu kediaman berkenaan dengan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum menjumpai semua suspek yang juga pekerja sindiket terbabit.

Ketua Polis negeri, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua suspek yang terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita itu berusia antara 19 hingga 48 tahun.
Katanya, mereka tiba di negara ini selepas tertarik dengan tawaran kerja yang diiklankan sebuah akhbar Taiwan apabila menawarkan gaji lumayan sehingga RM7,000 sebulan.
Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati mereka hanya memperoleh gaji kira-kira RM5,000 sebulan tetapi ia masih dianggap lumayan.

“Kegiatan ini baru beroperasi bulan lalu yang mana sindiket ini akan mengiklankan pelbagai barangan berjenama terdiri daripada beg tangan, minyak wangi dan barangan mewah lain yang dijual secara dalam talian kepada warga Taiwan.

“Mangsa yang terpedaya dengan iklan itu akan diarahkan membuat pembayaran melalui platform daripada pautan yang diberikan oleh sindiket,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini.

Iklan internet

(iklan online) yang banyak dijalankan orang pada umumnya adalah iklan di jaringan google, misalnya iklan adwords, iklan di youtube, atau iklan di facebook, di twitter, di Youtube, di Instagram dan media sosial lain sebagainya.

Selain iklan online internet di sosial media, iklan di portal online news juga memiliki banyak kelebihan, karena dasarnya ada portal berita, sehingga iklan di portal berita online news (terutama iklan berupa artikel yang berupa jasa press release) cenderung mendapatkan kepercayaan lebih dari pengguna internet, karena tentunya pihak online news media tidak sembarang menerima iklan (alias pihak media ternama akan melakukan penyaringan ketat).

Berita Iklan Facebook

Jadi kaya sebab duit derma

pemuda ini dedah taktik ‘penipuan’ guna NGO. Jika anda perasan, ketika ini semakin ramai orang perseorangan yang mula tubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) mereka sendiri atas inisiatif untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Namun ada yang menimbulkan persoalan bagaimana kebanyakan mereka yang menggerakkan badan tersebut tidak mempunyai kerja tetap, tetapi masih mampu ‘survive’ dengan NGO yang ditubuhkannya? Dari mana mereka mendapatkan sumber kewangan mereka?

Seorang pemuda yang menggunakan akaun Facebook sebagai Aliff Ahmad, mendedahkan beberapa modus operandi individu yang ‘menyorok’ di sebalik sebuah pertubuhan NGO untuk mengaut duit dari derma-derma yang diberikan rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membenarkan mana-mana NGO untuk mengambil 30 peratus dari derma yang mereka kutip sebagai ‘charge’ pengurusan.
Ini bermakna Aliff berkata, jika sesebuah NGO berjaya mengumpul RM100,000, mereka boleh menggunakan sekitar RM30,000 sebagai ‘charge’ pengurusan.

“Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan pengiklanan, billboard, buat content dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerja, kerja terus sepenuh masa dengan NGO dia!

“Lagi satu perkara yang penting, ROS tidak mewajibkan audit tetapi hanya laporan kewangan. Alah, macam kelab ping pong sekolah. Ada bendahari bagi laporan, pengerusi tandatangan je dan hantar. Jadi, memang ramailah orang manipulasi kelemahan regulasi ini.

“Bila NGO tu kau yang kawal, kaulah CEO, kaulah pengasas, kaulah pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang percaya dia. Jadi, dia berhak buat apa sahaja,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Berikut kami kongsikan pendedahan penuh pemuda berkenaan yang menyenaraikan bagaimana sesetengah individu ‘buat duit’ dengan NGO.

1. Gaji
Kutip derma atau infaq. Tetapkan gaji atau elaun sendiri, masuk dalam ‘charge’ pengurusan. Dengan charge pengurusan inilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji kru dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya kutip derma letak gaji RM20,000 tau dekat pengerusi dia!

2. Supplier
Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier. Kau buat pengumuman yang kau nak sedekah face mask dekat B40 dari PPR. Jadi kau cari orang nak infaq atau derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.

3. Kroni
Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cash out tepi. Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!

4. Buat program bisnes
Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes. Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi pulangan 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau gagal, dia akan pulangkan 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam perjanjian.

5. 100% keuntungan untuk infaq
Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau. Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah tetapkan gaji dia berpuluh ribu. Cover semua kos dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.

6. Pelaburan untuk asnaf
Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO. Dia invest dekat company dia sendiri, atau kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.

7. Beli harta (aset) untuk NGO
Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cash out. Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. Jadi, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!

8. Lantik syarikat sendiri
Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin. Jadi supplier NGO kau. Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tu lah bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak ada orang datang membeli, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh-puluh juta! Semua sales itu daripada NGO yang beli dari kedai dia dengan duit derma atau infaq korang.

Setakat ini, hanya lapan yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup buat pasukan publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.
Ia sah dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai orang buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik.
Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?

Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.

Kau jangan terkejut orang yang run NGO macam ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Berapa banyaklah dia cash out. Kita tak boleh lepas ke situ.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply