Bersalin Dekat Andorra

Bersalin Dekat Andorra

Jom beranak kat Andorra…
The Best Women & Children Hospital..
Milik Bumiputera sepenuhnya…
Doktor2 pakar kat sini adalah Doktor2 pakar Wanita Bumiputera..

Credit Yaya Suhaimi
2 Gambar terakhir Credit to Ashraf Amalina

BEST KE BERSALIN DEKAT ANDORRA ?
.
.
So yaya nak share pengalaman bersalin dekat andorra dan cost dia segalanya . Maybe yang rasa nak bersalin dekat sini , boleh start saving saving dah

Syarat untuk bersalin dekat andorra sekurangnya kena 2x checkup . Habis kalau tak checkup sana , tak boleh bersalin sana ke ? Bolehhhhh mommy !! Tapi kena extra charge rm500-800 la . So seeloknyaa ckupkan laa syarat tu . 2x checkup jurr .

Untuk 1st checkup yaya hari tu cost around rm347.30 . Sptutnya lagi murah tapi sebab yaya ambil extra vitamin . Sebab tu mahal sikit . So korang kalau nak checkup tu boleh bajet spend rm400 kebawah laa . Alaa 2x checkup sudah . Yg checkup lain2 tu dekat KK sudahhh . Jimat .

5/8 hari tu pagi yaya turun show , p emergency andorra pukul 2 mcm tu lebih kurang , doc terus check bukaan dah 4cm . Mr nurse p daftar and bayar deposit rm1000 . Yaya ambik single bed . Sebab nak suami anak anak stay bermalam situ , kalau 4 or 2 bedded , tak boleh angkut sekampung haha .

So Yaya depa tolak masuk bilik untuk rest dulu sementara tunggu labour room kosong . Memang hari tu labour room full . Dok layan contraction sempat laa yaya live dulu .

Tamat je live , dok layan contraction yg makin kerap , nurse kerap datang check . Tapi paling indah pengalaman salin private is suami ada disisi layan contraction sama2 . Kalau gov kan tak boleh tunggu . Boleh masuk di labour room saja .

Part contraction dah kuat tu , nurse panggil doc untuk check bukaan . Dah 8cm kauu . Makanan yang yaya order ( SIRLOIN STEAK ) baru jee sampai . Mr nurse cakap Nufael sebat makan sampai habis . Sedap lettew .

Yaya anytime nak push Tapi labour room masih tak kosong . So dowg decided untuk tolak yaya ke single bed yang lain , untuk deliver kat situ . Hahaha . Masuk je dalam bilik tu ya allah yaya rasa tenang . Sakit pun rasa tenang . Sebabnyaaaa mr nurse masih ada disisi , and nurse pasang alunan zikir . and ada sorang nurse tu datang bacakan doa sama2 untuk kita . Tak sedar yaya mengalir air mata . Part touching dia kiss dahi kita . Ya ampun ingat arwah ibu . Doc datang pecahkan ketuban.

Mr nurse masih disisi . Sambil pegang tangan . Indah masa tu sebab sakit ditemani . Dua org anak bfore ni sakit laa kau sorang2 dlm ward hahaha . Nufael stay dalam bilik dok layan netflix 🤣 .

Pukul 6 macam tu kot rasa darah turun banyak , terus panggil doc push 2x keluar laa kepala nadine aafiya. Ya allah bila kita happy dan betul2 ready senangnya bersalin . Alhamdulillah . Part best doc cakap tak de koyak and tak kena jahit . Lega .

So siap semua , dowg tolak balik ke bilik . Nurse pesan nak kencing nanti panggil jangan bangun sendiri ya . Kalau gov pandai laa kau jalan slow2 ke toilet . Masa tu mr nurse keluar ambik kakak maira . So panggil laa nurse nak kencing . Nurse datang bantu kita siap tolong tukarkan pad ( OMG bila tak sakit jadi malu , tebalkan muka ja ) . Dilayan sperti puteri kau haha . So malam tu smua berkampung kat dalam bilik . Mr nurse , and anak2 aktif iols .

Part makanan jangan tanya . Yaya order apa smua dah smpai ke lunch , tapi tak sempat ambik gambar . Dah kena sebat . Esoknya 6hb tu , pagi nurse tanya nak mandi pukul berapa ? Iols cakap laa ” nak mandi sekarang ni ” . Nurse suruh tunggu . Kita pun tunggu la . Dia bawak 1 bakul set mandian , dengan baju salinan . Siap pakai apron . Rupanya dia nak mandikan yaya . Ya ampunnnnnn !!

Terus yaya cakap ” eh takpe , sy mandi sendiri ” dia cakap ” tak boleh puan , puan tak kuat lagi ” . Malu punya pasal , yaya cakap suami boleh mandikan . Mr nurse pun angguk2 dia ckp biar dia mandikan . Ohhh heaven nyaaa . Dulu mana ada orang mandikan . Pandai laa kau mandi sendiri . So memang mr nurse mandikan , syampoo kan hahahaha .

Habis je mandi , nurse ada pesan kat adik ipar panggilkan dia . So panggil laa . Rupanya dia nak massage badan . Ohhh bestt wehh dia massage . Badan , perut , belakang , kaki . Kaki paling sedap sebab sakit 2x cramp masa nak push haha . Lepas dah massage , tak lama ada sorang lagi datang , ajarkan cara and tips untuk penyusuan yang betul .

So yaya breakfast and tido skjap . Datang lagi sorang nurse nak bawak bersiar2 kat hospital . Hehehe kita pun ikut je laa . Ohh ye baby ada kat nursery . Dowg jagakan . Bagi kat kita bila time nak menyusu . Lepas bersiar tu , dia ajarkan kita senaman untuk pulihkan otot dalaman . Senaman Kigel kot namanya hahaha .

So tgahri yaya dah boleh discharge . Then masa nak discharge , mr nurse buat bayaran . Baki bayaran RM3,769.45 lagi . So total bill RM4769.45 . Memang rasa ohh worth it sangat . Single bed + sunat baby + makanan yang sedap + layanan yang superb + gift dapat banyak gila . Dah laa hosp cantik macam dok hotel lg . Overall bagi yaya , sangat berbaloi . Dulu yaya fikir ” alaa sakit bersalin sama je kat mana2 ” . Tapi rupanya tak ! Memang sakit sama , tapi dengan suasana dan layanan yang dapat , contraction pun kita layan dengan tenang . Dan bersalin pun mudah .

So bagi sapa2 yang nak bersalin dekat andorra , sangat recommended !! Korang letak laa saving bajet around RM5500 . Incase kalau kata induce ke apa kan . Ni kalau tak ceaser yee . Kalau ceaser tak de bajet req laa nak ke gov 🤪 .

Bersalin gov or swasta dua dua ok bagi yaya. Bezanya dari segi layanan dan paling penting saat suami kita sentiasa disisi saja . Kau nak layanan AAAA , ko spend laa duit sikit .

Contoh nak kena spend RM5500 let say , setiap bulan saving laa around RM600+ . Tapi cost setiap orang tak smaa . Depends pada case laa . Macam yaya banyak tu je kena sebab yaya memang tak de complication or ambik any pain killer or ubat lain . Kalau nak murah lagi , boleh ambik 2-4 bedded . Layanan sama . Beza bilik jurr .

Next time nak bersalin mana ??

Nak salin andorra lagi !! Duit boleh dicari , tapi bila sakit nak bersalin dapat layanan istimewa macam tu rasa perghhh !! Puas hati hahaha . Bukan selalu pun bersalin . Tak rugi bagi isteri rasa nikmat tu hehe . Semuanya terpulang pada masing2 . Hehe

Dekat gambar yaya ada attached pakej andorra . Haa buat laa bajet2 yaa . Yaya doakan korang dimurahkan rezeki dapat bersalin dekat andorra . Hospital milik orang islam dan semuanya perempuan .

Terima kasih Andorra Women & Children Hospital untuk layanan yang sangat superbb !!

Edited :

Yaya dah attached dengan bill checkup , bill discharge mommy and baby . Hehe takut ada yang salah faham 🤭

Leave a Reply

%d bloggers like this: