ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

Besi C Channel Boleh Buat Duit

Besi C Channel Boleh Buat Duit

Idea investment Besi C Channel
————————————————-

Besi c channel ni tahun 2017 dulu RM 21 sebatang (6 meter) 2019 harga dlm RM 25 sebatang
Tahun 2020 dalam RM 28-31 sebatang
Tahun 2021 sekarang sekitar RM 33-40 sebatang.

Purata Peningkatan RM 5 setahun sebatang utk jenis dan gred yg sama. Mungkin x tepat tapi lebih kurang la…
.
So kalo Korang beli hari ni paling murah boleh dapat RM 33 sebatang…(kira satu lot lah tu)..
invest 100 lot (RM 3300) –

.
Menariknya ini bukan paper aset tau!!ini tangible asset sebab besi tu simpan kat store belakang rumah je… jarang la pencuri nak ambik… mat pit pun lebih minat curi benda lain lagi..
.

Kalo ikut trend… saya jangka tahun depan paling busukpun boleh jual RM 38 sebatang = 3800 (100 lot)

Untung RM 500 untuk pelaburan RM 3300 = 15% keuntungan.

Kalo nak jual boleh… nak simpan lagi pun boleh … sebab besi c channel ni x karat!!

Simpan pun untung jual pun untung.
.
Bagusnya, ianya boleh di beli affordable oleh rakyat marhain…
RM 33 je sebatang… simpan la sebulan 3-4 batang pun ok…
.

Ini cerita kalo beli di kedai hardware… kalo beli direct kilang pada kuantiti banyak… maka lagi banyak la untung dia!! So easily 15-20% setahun!!

Nak sedap cerita lagi…

Risiko dia? Katalah tetiba ada lambakan (dalam keadaan sekarang ni unlikely lah) tapi katalah harga jatuh atau x laku laku dan sebagainya… besi c channel tu korang boleh gunakan untuk jadi sumber pendapatan lain mcm buat rak bunga, rumah kucing, buat pergola dan sebagainya… yg mana sangat mudah nak buat…. nahh nilai tambah dan boleh dapat keuntungan berganda2 disitu!! Silap2 boleh jadi kerjaya sepenuh masa pulak!
.

Ha satu lagi… Bagi yg xde rumah, kalo ada tapak rumah dah boleh jimat kos buat rumah landed pakai balik je semua besi c channel tu!! Tak payah buat loan ratus ribu 30 tahun duk rumah kecik tingkat 19!!
.

Kalo 1000 lot (RM 33k) dapat 5000 setahun!! Haha… x payah letih tgk kaji chart … nak kena bayor sifu bertauliah je dah beribu… ini dah tentu straight… tanya lah tukang mana2… mana pernah besi c channel tu turun harga.

Dgn cara ni dah la hensem… untung pulak tu!

P/s: kredit gambo diambil dari group2 fb dan whassap c channel

Leave a Reply

%d bloggers like this: