Beza Kelab Johor Perak Kelantan

Beza Kelab Johor Perak Kelantan

JDT kepunyaan TMJ 70% + royal football fund (dubai) 30%

Kelantan FC kepunyaan 100% Zamsaham.

Perak FC kepunyaan XOX Berhad, co founder nya Ng Kok Heng (juga CEO).

3 kelab bola sepak yang di “bail out” oleh tiga entiti berlainan utk di ubah suai semula menjadi lebih baik daripada sebelumnya, sekurang2nya itu niat yang kita nampak.

Pengurusan dan pemilik baru :
JDT 2013/14
Kelantan FC 2020
Perak FC 2022

Jom kita buat sinopsis!

Antara perkara terawal yg dibuat pemilik baru ketiga² kelab ialah : tukar logo kelab.

PERAK FC

Antara fakta menarik yg saya sempat baca pagi ni, XOX Berhad ni syarikat MVNO pertama di Malaysia yg disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. MVNO ni syarikat telekomunikasi yg takda spektrum dia sendiri, dia “tumpang” line syarikat lain , celcom rasanya.

Mungkin selepas melihat momentum JDT, pengurusan XOX Berhad nak cuba menggunakan kelab bola sepak Malaysia sebagai tools marketing mereka. Kita juga tak menolak kemungkinan sekiranya jika XOX Mobile (nama lama syarikat) berjaya masuk pasaran saham Malaysia, kenapa tidak Perak FC?

Xox Berhad beli Perak FC pada harga RM 1 sahaja. Seringgit. Ya seringgit. Tapi kat belakang ada hutang menanti.

KELANTAN FC

Ramai jika tidak semua, tahu Zamsaham mempunyai perniagaan Burger, kilang makanan, buka kelas saham, dan dia sendiri terlibat berbelas tahun dalam dunia saham.

Sewaktu pandemik, Zamsaham menjadi bualan apabila dia “beli” hotel sana sini….ketika bisnes hotel merudum dan hampir lingkup, ketika PKP dilaksanakan, ketika covid melanda. Bukan semua orang boleh buat begini. Kini rangkaian hotelnya sudah lebih 70 biji di Malaysia dan negara luar.

Pembelian Kelantan FC oleh Zamsaham merupakan 1 nikmat kepada pemain, pengurusan dan penyokong Kelantan FC, apabila gaji² tertunggak dari pengurusan terdahulu semuanya telah dilunaskan oleh Zamsaham, prestasi pasukan menjadi lebih baik, penyokong juga gembira dan kekal supportive.

Zamsaham menggunakan Kelantan FC utk branding diri dia juga, dia mempositionkan diri dia pada satu position yg unik. Kelantan FC tunggang brand Zamsaham, Zamsaham tunggang brand Kelantan FC. Cross branding, leverage each other.

Dan dia sudah nyatakan utk bawa Kelantan FC ke papan bursa Malaysia.

Siapa akan pergi Bursa dahulu? Kelantan FC atau Perak FC? Saya fikir Kelantan FC akan pergi dahulu.

JOHOR DARUL TAKZIM FC

Legend masakini, juara 8 kali berturut². Fakta menarik tentang Jdt ni, coach kedua JDT (bawah TMJ) bernama Mario Gomez ni dahulunya ialah coach kelab China SCAA yang pernah menang 41 kejuaraan liga di China. Kira level² juara asia la mcm Selangor FC. Ok ni fakta paling menarik :

Mario Gomez coach SCAA pada tahun 2014. Tahun 2015 dia masuk JDT. Tahun 2015 JDT berjumpa SCAA di semi final AFC Cup. JDT menang AFC Cup tahun 2015 tu.

Tahun seterusnya 2016,JDT pergi lagi semifinal AFC Cup, jumpa lagi SCAA.

Pemilik JDT tidak kelihatan seperti mahu meletak JDT di papan Bursa Malaysia. Dia ada kelasnya yg tersendiri. Passionnya ialah bola sepak, bukan berniaga. Tetapi dia menguruskan bola sepak seperti perniagaan sebenar. Tidak mungkin Zamsaham dan Xox Berhad mempunyai persamaan prinsip dan passion seperti TMJ.

Tapi tidak juga kita menolak kemungkinan jika sekiranya JDT masuk papan saham, bukan di negara Malaysia, mungkin di luar negara seperti negara Johor atau negara² Eropah contohnya.

Lagipun, pasaran saham Malaysia pasarannya terlalu kecil utk anak raja bermain² di dalam tu. Not his class kalau kita lihat gayanya. JDT ialah TMJ, TMJ ialah JDT. Itu apa yg bapanya (Sultan Johor) kata kepada dia.

Maka, kemungkinan utk ke bursa mungkin ada, tapi 0.1% lah. Lagipun, Kesultanan Johor banyak duit, orang lain nak masuk bursa ni sebab nak collect duit utk expand perniagaan masing². Sultan Johor duit dah banyak, takkan utk kelab kecil mcm JDT ni pun dia kena collect duit kt bursa kan? Lagipun JDT ni sangat dekat dgn hati rakyat Johor , menjadi kebanggaan dan projek mercu tanda negeri Johor yang bertaraf antarabangsa. Walaupun bertaraf antarabangsa, takda pun sibuk² nak ke bursa, tetap fokusnya utk mencipta sejarah bola sepak negeri dan negara serta membantu menaikkan martabat bola sepak Malaysia di mata dunia. Clear rasanya matlamat TMJ ni semua org boleh nampak dan faham.

Kecuali selangor. Selangor takkan faham 😆

Oh, belum tentu owner Kelantan FC dan Perak FC dapat berhubung dgn figura bola sepak antarabangsa seperti yg TMJ lakukan. Kena ada “kelas yg tersendiri” baru lah boleh berurusan atau berjumpa berborak dgn Cristiano Ronaldo, Jose Maurinho, David Beckham, pengurusan Valencia, Juventus, dan kelab² eropah yang lain.

Kredit: Hani bunga

Leave a Reply

%d bloggers like this: