Bina Website Sendiri

bina website sendiri

Susahnya Nak Bina Website Sendiri! Nak Upah Orang Pula Mahal. Sekarang nak bina web kena upah web designer dari harga RM500 – RM4000 untuk satu web. Mana tak pening kepala nak mulakan bisnes sendiri pun perlukan modal banyak tu hanya nak bina web je.

Bina Website Sendiri

Jadi, nak tak kalau saya tunjukkan CARA pada anda macam mana nak bina web sendiri dan anda boleh jimat sangat banyak!
Apa yang anda dapat dalam panduan LENGKAP Bina Web Sendiri ini?

✅ Panduan Paling Lengkap Bina Web Sendiri Dari A-Z
✅ Panduan Beli Domain & Hosting Cara Betul & Jimat
✅ Premium Theme/Template Web RM1100
✅ Bonus bernilai RM2000
✅ Panduan Setting SEO & lajukan Website
✅ Support Personal Whatsapp Selama 30 Hari

Apa pula kelebihan panduan ini?
✅ Boleh Buat Servis Web Jika Dah Mahir
✅ Jimat Duit Beribu Ringgit
✅ Dapat Update Secara PERCUMA
❌ Tidak Perlu Kemahiran Coding
❌ Tidak Perlu Upah Web Designer
❌ Tidak Perlu Cari Tutorial Satu-Satu

Apa jenis web anda boleh bina selepas ikut panduan ini?
?Web Kedai Online/Ecommerce
?Blog Untuk Adsense
?Website Syarikat
?Sales Pages/Landing Page
?Web Ejen Insurans
?Web Jualan Kereta
?Web Jualan Penapis Air/Coway/Cuckoo/SK Magic
?Web Sekolah
?Web Masjid
?Web Kedai Makan/Restoran
?Web Real Estate/Hartanah
?Dan bermacam-macam jenis web!

Dengan adanya website, anda boleh
✅ Cari prospek ataupun bakal client dengan mudah
✅ Senang untuk buat iklan di Google atau Facebook
✅ Orang ramai lebih percaya apa yang kita jual/servis
✅ Mudah untuk kutip dana/derma
✅ Senang dijumpai di Google
✅ Boleh hasilkan jualan automatik walaupun jam 3 pagi
Klik link website dibawah untuk dapatkan sekarang

bina website sendiri

SATU ORANG, BUAT 10 KERJA

Kalau boleh, kita nak sangat dapat orang macam ni. Gaji dah la bayar sikit. Lepastu kita kalau boleh nak harap orang ni buat semua kerja. Best kan? Itu lah perbualan saya bersama sahabat saya tengahari tadi.

Tak berapa lama yang lalu, sahabat saya ni diberi tanggungjawab baru dalam syarikat yang dia kerja. Boleh kata sebenarnya tanggungjawab itu tak lah baru mana. Sebab selama ini pun walaupun posisi dia adalah produk specialist, banyak kali dah berlaku yang dia kena multi tasking benda yang Tiada kaitan pun dengan JD nya. Tapi bukan itu isunya.

Isunya, bos kawan ni nak cari satu marketing people. Untuk tujuan marketing company la. Takkan untuk bancuh air pulak kan. Jadi, dia pun beritahu saya apa job scope marketing people ni. Dia pun list down:

1. Content creator
2. Videographer and editor
3. Social media handler
4. Poster design
5. Web design
6. Dll.

Pendek kata, kalau ada sipi sipi bab berkaitan marketing ni, dia nak semua budak baru ni boleh buat lah. Gaji diberi RM3,500. Sila cari.

Berbulan cari, tak dapat dapat. Bos dia tak puas hati sebab takda candidate yang memenuhi kriteria yang bos dia nak. Semua di reject nya. Jika ada pun, ada yang menolak disebabkan gaji yang tidak setimpal.

Jadi sesi tadi, kawan saya luahkan perasaan, minta saya carikan.

Saya kenal ramai freelancers yang hebat hebat. Tapi mereka semua ada niche masing masing. Dan tiada satu orang pun yang expert in semua job description yang dimintanya tu.

Jika ada pun, bayarannya LIMA figura. Bukan Tiga Ribu Lima Ratus.

Jadi saya cakap pada kawan saya ni, isunya bukan candidate. Isunya bos dia punya expectation tak selari dengan realiti. Carilah bertahun pun, takkan jumpa punya. Kalau jumpa sekalipun, samada dia adalah kiriman tuhan dari syurga, atau bos kau takkan puas hati dengan hasil kerja dia. Kah kah.

Saya ada sahabat yang dalam bidang digital marketing, setiap job description di atas di agihkan pada setiap manusia berbeza. Pada gaji yang berbeza dan setimpal mengikut skop dan load kerja.

Jadi saya pun cadangkan pada kawan saya;
“Look, I’m no marketing expert, tapi tahu la sikit sikit since aku pun banyak belajar dari kawan aku. Macam ni, kau clearkan sekarang target market kau siapa? Kau serve corporate client. Dah apa ke jadah kau nak hire orang untuk content, social media semua ni. Kau bgtahu bos kau, ko fokus cari orang yg mahir dalam web designing saja. Cantikkan web kau, make sure company profile semua lengkap. Dan kalau boleh buat satu handbook company profile. Sebab benda ni corporate client kau nak tgk. Dorang takda nya nak cari kau kat tiktok, Instagram bagai. Video pun not likely. Maybe a little. So kau hire je sorang ni dulu, bayar RM3,500 kau tu, dan fokus on building your website Dan perkenalkan corporate profile kau. Sebab risalah ni yang corporate client kau akan rujuk selain website kau.”

Dia pun angguk tanda setuju.

Saya taklah kata 100% akan win, tapi dari common sense dan experience saya lalui, syarikat dia tak perlukan pun budak marketing tu buat segala benda ni (kalau gaji/duit yang di kirakan). Fokus hanya 1. Yang tepat mengena sasaran pelanggan kita.

Itu yang penting bila kita faham customer kita, platform apa yang customer segmen kita ni akan most likely jumpa/cari kita.

Well, saya harap dia boleh beritahu boss dia. Dan dapatkan candidate yang paling sesuai dan terbaik.
Done bercerita. Babai.

Marketing Untuk Gen Z

Saya rasa macam kena panah petir, bila tengok video ni di YouTube! Ya la, sebab rasa teruja sangat sebab dapat satu pendedahan & ilmu baru tentang iklan.Rupa-rupanya, setiap generasi, cara prospek menghadam mesej iklan adalah berbeza.

Dalam bahasa yang mudah, cara kita buat bahan kreatif iklan tu kena tengok audience kita punya umur.Dalam case study ni, speaker ni pecahkan pattern iklan ikut umur (gen Z, Millenials, Boomers):

✅ Gen Z: 17 – 25 tahun
?? visual iklan kena cantik
?? tak boleh fokus lama
?? ads video 15saat-30saat
?? transisi laju (setiap 1.5-3 saat perlu ada transisi)

✅Millenials: 26 – 44 tahun
?? iklan kena fokus info & function produk
?? boleh fokus lebih lama
?? ads video 30 – 90 saat

✅ Boomers: 45 – 65+ tahun
?? Iklan kena cerita secara detail pasal produk
?? Mesej fokus bab masalah/kesulitan
?? Video kena lebih perlahan

Bila saya tengok pembentangan speaker ni, baru saya faham kenapa ramai TikTokers cakap laju macam peluru! …dan baru faham kenapa iklan yang lebih 30 saat, susah convert kalau run TikTok Ads.
Rupa-rupanya Gen Z ni tak pentingkan sangat info yang terperinci pada iklan… asal video cantik, produk nampak cool, boleh tarik mereka untuk beli.

Saya sendiri pun tak berapa suka konten TikTok, sebab banyak info surface je, tak dihuraikan secara terperinci.Saya lagi suka konten YouTube, sebab satu-satu ilmu tu dapat difahami sampai ke peringkat akar… bukan sekadar ranting.

Apa pendapat anda?Nota Kaki:Siapa nak tengok pembentangan case study ni, taip je tajuk video yang dalam screenshot ni…. cari di YouTube.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply