Blues Untuk Rakyat

blues untuk rakyat

Blues Untuk Rakyat ? Tah macam mana nak melayan lagu blues semalam. Tapi korang akan tahu , kalau korang boleh feel, hehhe, benda yang takda dalam diri ni, ialah blues , muzik blues. Hati mahu blues. Hehhe, beza betul dengan rock, blues memang kacau jiwa, kacau hati. Hehhe, orang yang main muzik blues, memang gile. Oklah, jom kita baca ulasan yang di tulis oleh Pn Mardhiah kita, pemenang peraduan muzik blues berunsur nasihat !!!

Ok ni lirik lagu blues untuk rakyat.

Sebenanye tak bape reti nak buat ulasan ni. Almaklum la da lame abis blaja..heheh..Tapi saya cube ye babah

Ok kalau kita lihat rangkap pertama lagu ini kelambu usang yang di maksudkan dlm lirik ini adalah suatu ikatan atau satu perhubungan. Sebagai contoh bangsa kita sendiri. Di mana kelambu merupakan pertahanan kita dari di serang nyamuk. Namun jika kelambu itu sendiri usang, koyak sana sini, bagaimana kita nak berlindung dari gigitan nyamuk. Di sini penulis cuba mengenengahkan jika rapuhnya suatu bangsa itu, maka musuh atau ancaman senang sekali berlaku di mana di dalam lirik ini jika kita perhatikan nyamuk adalah merupakan satu ancaman jika kelambu tmpt kita berlindung itu koyak sana sini.

Kealpaan dan kelekaan juga boleh mengundang kepada rapuhnya sesuatu perhubungan dan hancurnya bangsa itu sendiri di mana jika kita lihat penulis mengaitkan bangsanya masih mengantuk, masih sangap. Sangap dalam erti kata lain adalah suatu perbuatan menguap sekaligus ini membuatkan kita paham bahawa bila menguap akan mengantuk dan kemudian tidur. Jika kita terus lalai, terus menguap, terus tidur , adakah bangsa kita akan maju?

Kayuh basikal laju2 , hendak potong motokar depan.

Cuba kita cuba, selaju mana pun kita kayuh basikal itu, dapat ke kita potong kereta kat depan? Apa yg cuba di kaitkan dalam rangkap ini? Cuba kita bandingkan, apa beza basikal dengan kereta? Sudah pasti kita tau kalau kedue2 kenderaan ini betanding dlm pelumbaan, kenderaan mana yg akan menang kan. Apa yg cuba di sampaikan sebenarnya? Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang perbezaan antara bangsa yg maju dgn yg mundur.. bangsa yg lalai, yang leka, yg tidak mahu berubah, yg masih selesa di zon nya, dapatkah menandingi bangsa yg telah maju jika terus menerus berada di takuk lama.

Lagu nasihat ini ditujukan kepada 4 golongan iaitu buat yg di tepi jalan. Ok apa yg sering di lakukan org yg di tepi jalan? Seringkali org di tepi jln di kaitkan dengan mereka yg kaki lepak.

Buat yg di kelab malam. Orang yg pergi kelab malam ni selalunya membuang masa ke arah sesuatu yg tidak berfaedah.

Buat yg masih di sekolah. Budak sekolah masih belajar, masih dlm tempoh menuntut ilmu. Dalam usia muda sebegini la tenaga dan pemikiran mereka diperlukan utk memajukan suatu bangsa itu.

Ok dan last sekali, Buat yang nak ke pasar.

Org ke pasar ada tujuan. Dia tahu apa dia mahukan. Apa yg nak di beli. Jadi org sebegini perlu dlm memajukan suatu bangsa. Dlm mbantu golongan pertama dan kedua di atas.

Rangkap terakhir adalah istana pasir di kaitkan dengan dunia khayalan yg di bina oleh suatu bangsa itu sendiri. Kita sebok bina istana pasir yang rapuh, yg akan roboh bila di landa badai, dengan erti kata lain penulis cuba menunjukkan betapa alpanya satu bangsa itu yg sebok mengejar sesuatu yg hanya nampak indah di luaran, di sogok dgn janji palsu pihak luar tapi tanpa sedar negara atau bangsa sendiri ketinggalan…

Kesimpulannya , kelalaian, kealpaan tanpa usaha untuk memajukan diri sendiri, sampai bila tidak akan ada hasilnya jika tiada tekad dan usaha untuk berjaya di samping memperkuatkan benteng dan pertahanan sedia ada. Terima Kasih Mar Mardhiah: Jom kalau rasa ada problem, meh lawat page ni :

https://www.facebook.com/qaisyzafleavitashoppe

MACAM MANA NAK HIDUPKAN BLUES MALAYSIA ?

Saya dulu mengenali blues dengan lagu lagu berunsur satira, komedi. Haru biru blues oleh Mr Os, Blues terengganu kita oleh Iklim, Jalil Hamid pun ada lagu blues pasal tempat dalam Malaysia. Lagu begitu saya dengar sebab Abah rajin beli kaset masa itu. Termasuk juga band rock macam Wings, Search, Lefthanded, Deep Purple. Dari sini saya dah mula suka muzik blues, dan time ni ada majalah rottw , kenallah pemuzik blues macam Kenny Wayne Shepherd.

Paling saya tersentuh dengan BLUES bila saya mengenali alat muzik HARMONIKA dari abah sendiri. Abah main tremolo, tapi saya tertarik dengan sound bluesharp . Masa ini Blues Gang adalah contoh terbaik yang boleh saya ikut untuk belajar bluesharp. blues untuk rakyat

Terima kasih pada blues gang yang membuka pintu kepada dunia blues.

Macam macam lah saya cari, dari gary moore, srv, eric clapton . LEpas tuh macam macam bluesharp player saya kenal, terutama James Cotton, Junior wells, dan macam macam lagi. Masa iini saya baru tahu banyak kelab blues dekat malaysia. Masa ni saya mula tertarik dengan scene blues di Malaysia. Cuma masa tuh sibuk habiskan master lagi.

Kalau ikutkan progressive, blues gang berjaya membuatkan rakyat malaysia boleh terima blues. Mereka boleh mempelbagaikan gaya muzik blues, masukan loghat dalam APO NAK DIKATO, menaikkan semangat nusantara dalam KHATULISTIWA, dan macam macam lagi. Bluesgang dah gabungkan tradisional dan blues menjadi satu masterpiece TUDUNG PERIUK dan banyak lagi.

Macam mana saya kenalkan blues pada umum ? melalui #harmonikawan . Sejak saya belajar main bluesharp, saya pengaruh kengkawan rock utm dengar blues. Saya pernah iringi mama saya , Dato Dr Zurinah Hassan, sasterawan negara dengan 12 bar blues dan harmonika dalam membaca puisi. Saya meniup harmonika blues di gig gig indie. Pernah memasukkan bluesharp dalam lagu raya akustik. Macam macam lagilah kerja gile saya buat dengan bluesharp.

Ada masa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya berjumpa penggiat buku saudara Izzat Amir. Saya nyatakan hasrat untuk melakukan satu show harmonikawan, dan saya teringin bersama pak Ito Mohd meniup bluesharp bersama. Alhamdulillah saudara izzat sudi menghubungkan saya dengan legend blues dalam satu sesi harmonikawan di Pesta Buku Melaka .

Saya nyatakan hasrat saya untuk membuat satu sesi ilmiah pasal bluesharp di pesta buku melaka .

Kami bermain sedikit lagu, dan sesi diskusi. Harmonika, bluesharp, tak boleh berdiri sendiri tanpa menceritakan asal usul muzik blues. Tapi masa saya memainkan lagu Rasa Sayang blues, saya mendapat feedback positif dari wakil Kementerian Pendidikan. Selain itu ada juga dapat feedback yang anak kawan saya nak cuba belajar main harmonika. Saya tahu kalau dah mula pandai main harmonika, ianya sangat mudah untuk mereka mengenali blues.

Selepas itu , saya membawa mama untuk sesi diskusi bersejarah, Sasterawan Negara dengan legenda blues malaysia. Banyak elemen sastera dalam lirik lirik lagu bluesgang. Dari situ saya tahu, saya boleh hubungkan orang sastera pada muzik blues. Paling penting saya bawa anak saya kenal legend blues . Walaupun depa gila kpop, saya memang basuh mereka dengan bluesharp, kenal muzik blues malaysia.

Apa saya buat sekarang ialah membuat PINTU yang menghubungkan dunia luar dengan dunia blues. Dengan cara nih, blues malaysia boleh hidup dengan segar. HARMONIKAWAN adalah cara saya untuk menghidupkan blues. Bluesgang dengan cara mereka. Banyak band lain pun ada cara tersendiri untuk menghidupkan blues malaysia.

Semua orang ada peranan.

  • Kalau ada cafe, boleh offer band blues mainkan lagu blues.
  • Kalau kenal orang politik, boleh minta dana untuk blues festival.
  • Kalau ada page viral, boleh viralkan event blues. blues untuk rakyat.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
Itulah dia amalan hidup kita”

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply