ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

Bodoh Piang Double Meaning Anak Muda Melatah

Bodoh Piang Double Meaning Anak Muda Melatah

Perkataan bodoh piang mempunyai maksud “Double Meaning” cepat sahaja fikiran kita gapai. Tapi bahasa kiasan tetiba sukar difahami. Jadi kena fahamlah bahasa orang tua ini.

Masa Kecik Pembaris

Itulah kita . Masa kecil dulu jarang sgt guna ‘pembaris’. Sudah dewasa serta ‘renta’ mesti lagi jarang gunakan pembaris. Cikgu2 dulu je banyak guna pembaris, selain depa hempok pembaris atas meja, depa pon tibai tangan kita dgn pembaris. Hai kesianlah pembaris berbanding pensel. Pembaris tu bahasa omputehnya ruler.

Bodoh-bodoh alang vs bodoh sombong yang mana lebih baik? Bodoh tahap gaban vs bodoh piang pula macam mana? Mana orang utara cerita sikit pasai bodoh piang, Lisa Elissa Hassan Sabariah Abu Bakar Home Based Station Nurbani Md Hassan, hangpa jangan buat bodo pulak! Kami tanya ni.

*Pembaris (tata bahasa moden aka facebook) = orang yang pemahaman apa yg dia baca sahaja, tidak diluar kotak pemikiran, tidak kreatif serta tidak berkeupayaan membaca atau memahami sesuatu secara simbolik.

Maksud Bodoh Piang

kalau ikut :-

1)Cikgu Bahasa melayu

Bodoh – Bermaksud kurang bijak , Tak cerdik dan serba serbi tak tahu
Bodoh bodoh – Buat buat selenga , berpura tak tahu , Rendah diri tak suka menunjuk

2)Cikgu Matematik

Bodoh – Satu kali bodoh
Bodoh bodoh – Dua kali bodoh .
Lebih dari 3 kali bodoh – Bodoh piang Tak boleh bawak bincang

3) Cikgu Sains

Bodoh – Kurang penggunaan Anterior- Pareital part of the brain . Neuron kurang aktif
Bodoh bodoh – Sama macam di atas , Cuma limbic system of the brain juga terjejas . Kadar pemindahan neuron lebih kurang berhubung .

4) Cikgu Sukan

Bodoh – Sepak bola pun tak kena . Tak pandai pilih jenis Bola . Bola basketball kau buat main futsal nak buat apa ?
Bodoh bodoh – Boleh sepak bola , Tapi tendanh bola masuk gol gawang sendiri .

5) Cikgu sejarah

Bodoh – Zaman paleolitik , Mesolitik dan sebagainya
Bodoh bodoh – Revolusi Monyet jadi manusia . Siapa pandai2 cipta sejarah ni ?

Ingatan- Kesemua di atas bukan fakta . Sekadar jenaka. Ala gurau je sekadar hiburan . Jangan lah series- series sangat

Takrif Bodoh

1. Bodoh – bangang, bahalol, tongong ( kasar / kemarahan / maki )
2. Bodoh – tak mengerti dan memahami. “ Bodohnya aku… melepaskanmu”
3. Kita masak bodoh-bodoh je ni. – Simple, biasa-biasa, common, tak ada yang istimewa.
4. Bodoh – menjadi mangsa/ diperbudakkan. ( Eh, kau jangan jadi bodohlah. Dia tu nak perangkap kau je!”
5. Bodoh. Berkaitan loghat. “ kita bodo serta darat” / merendah diri atau kias tidak sehebat orang yang disebutkan itu. “ Yelah, kau sorang jelah yang hebat. Kami bodoh..”
6. Bodoh / bodoh-bodoh – saja buat tak tahu. Saja nak mengelak. Dengan tujuan nak bermanja, meleser dengan orang yang rapat supaya dapat cipta suasana ceria, gelak ketawa, manja-manja.

Bodoh bukan terjemahan ‘stupid’. Luas maknanya. Selamat berlapang dada dan kembali mengkaji kiasan dalam berbahasa.

Bodoh Satu Metafora

Tahikah Anda , BodohBodoh depan suami tu yang Prof cakap Metafora je….bukan bermaksud kau kena jadi Bodo Bangang Bebal depan suami….

Maksud dia kau kena la rendah diri sikit…contoh kau nak bukak botol malas nak beriya, ko acah2 la suruh laki kau bukak, masa muda ko bawak kete mcm Letty Toretto, dah kawin nanti buat2 la bawak kete mcm baru ambik lesen depan laki kau….Sebelum kawin skill helikopter pun ko pernah try, depan suami buat la acah gadis sunti terakhir…

Contoh mcm movie Mr&Mrs Smith yg Angelina Jolie dengan Brad Pitt tu….walopun watak Bini dia lagi power dan advance dari laki dia…tapi kat rumah dia acah2 lemah je…sebab respect suami…..Nampak, Hollywood pun paham benda ni….kau yang London celup boleh bebal tak paham…

Yang Prof ni pun satu hal….pegi sebut “Bodoh2 depan suami”…puak2 kayangan liberal ni mana paham bahasa kampung….lain kali sebut “Wife should Pretend Innocent infront Husband” baru la paham….Aku yg bukan Doktor & Prof ni pulak nak bagi penerangan…..Taik

Bodoh Prof Muhaya

Apa yang di ‘Urged’ oleh Prof Muhaya bukannya menyuruh kalian wanita jadi orang yang bodoh dalam dunia. Ternyata ramai yg tengok video Prof Muhaya tersebut sebenarnya yang tak boleh berfikir panjang sedikit, mungkin kerana tenggelam dalam kebodohan bersangka buruk shj yg ada di dalam hati. Saya pun boleh faham sebagai lelaki dan suami.

Perempuan kalau tiada kebodohan dalam erti kata ‘Kerendahan diri utk suami’ , sebenarnya tak layak jadi seorang isteri. Perempuan tak boleh lebih tinggi egonya dari suami. Sbb bila lebih egonya, itu yang kata-kata suami tak sudi nak dengar. Nasihat suami di pandang rendah. Sedangkan Isteri ‘Wajib taat’ perintah suami selagi perintah tersebut tidak melanggar syariat Islam. Perempuan kena ada kesedaran utk ‘Be humble’ di depan suami. Itu yg dimaksudkan Prof. Membiarkan suami merasa diri dia seorang pemimpin keluarga yg disenangi.

Menjadi tunjang keluarga dgn baik. Seperti mana Perempuan minta utk dimengerti seperti itu Lelaki minta utk dihargai. Ada kelebihan ‘Bodoh2 sikit di depan suami ni’ , terkadang utk mengambil hati dia, bermanja dgn dia, atau ambil kesempatan beli barang2 di Shoppee/ Cj Wow Shop utk dia belanja. Bukankah ia utk kebaikan diri kalian dan hubungan suami isteri tu sendiri juga? Terkadang kita ni bukan main hendak menghentam salah org yg seolah kita seorg shj paling pandai boleh berikan pendapat dan pendapat kita seolah-olah akan senantiasa sempurna. Sampai terlupa utk bersangka baik kepada pendapat org lain dlm isu yg berbeza.

Jadilah perempuan yg paling hebat kedudukan dan bijak IQ sekali pun dlm dunia ini, tapi sekali kau bergelar seorg isteri tetaplah dikau menjadi ‘Pembantu yg merendah diri’ kepada suami (Nakhoda keluarga) yang dirimu sendiri pilih utk mencintainya, setulus hatimu dlm kehidupan yang sekali ini. Yang benar, Da’i Wan.

Komen Netizen Bodoh Piang

Tp part she said bab perempuan semua benda nak achieve tu sampai lambat dapat jodoh mcm tak boleh terima. Everyone has their own target dalam hidup. Takkan sbb tu jadi lambat jodoh sampai?? Kalau nak husnuzon maksud rendah diri pun mcm tak kena. Ikut laa mana2 yg penting kita nikah dah, agaknya memang bodobodosikit kot tu yang jodoh awaii

Tanda seorg wanita itu bukan buat2 bodoh Tapi mmg sebenarnya bodoh bila dia pd awalnya bertudung kemudian membuka tudungnya ketika dia faham agamanya menyuruh wanita dewasa menutup kepalanya dan berpakaian sempurna menjaga auratnya.

Maksd prof bukan bodo2 mcm tgedik2.. Tp bodo2 maksd beliau ialah merendah diri.. Jgn terlalu semua benda pandai nk buat sdiri… Kene jgk buat buat tak pandai utk mengharapkan pasangan membantu..(walau hakikatye kita pandai) Barulah tolenransi dlm fmily tu ada kan? Barulah saling melengkapi.. Cewahh..Aku pulakkkk yg lelebih.

Setiap nasihat yg diberi oleh penasihat akan ada pelbagai perspektif yg diterima Dr yg dinasihati.terpulang pd individu.sekiranya mmndang Dr sudut positif tidak ada yg salahnya.kalau dh tertanam sifat negatifnya apapun akan nmpk buruk dimatanya.prof muhayya hanya guna bahasa kiasan sprti ibu nasihatkan anak ttp terlebih bijak pandai menafsirkn yg lain.
Sel sel otak Xberhubung agaknya.

Betul ckp prof.. dulu kan sy buat pandai dlm semua hal… Tukar lampu, tukar paip bocor.. repair kreta… Tetiba sy Rasa mcm kosong je dunia ni walau dah kawen… Pastu kan..Sy start buat bodo2 ni.. suami sy pun ambik alih semua keja yg selama ni sy buat sendiri. Sy faham apa yg prof ckp.

Mcm mana pandainya, berdikarinya perempuan itu harus letak pada tahapnya jgn terlalu ego, keras mcmmn pun ada suami utk kita hormat dan bermanja .Allah ciptakan perempuan sesesuai pd lumrahnya berhati lembut dan manja.isteri kn bijak pandai dlm mnguruskn rumahtangga anak Dan suami tp bukan bijak melawan, derhaka dan ego harus menang pd semuanya. Wanita bijak sahaja yang fhm maksud Prof.

Amalina ni melayu yg dah lama “gone case’ dah sejak dia ‘culture shock’ bila sampai ke negeri mat salleh. Dah lupa asal usul belacan dia sejak jumpa keju. Melayu jenis ni mana nak faham sebab identiti diri sendiri pun gagal nak faham. Contoh terbaik kacang lupakan kulit. Kawin ngan mat salleh membuat dia lebih mat salleh dari mat salleh walaupun hakikatnya bontot dia tetap kaler cokelat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: