Cantik Bermula Dari Sel
Cantik Bermula Dari Sel. Zaman dulu kalau kita tengok kecantikan artis, kita tahu diorang ni memang sangat marvelous, tak kisahlah, hollywood, bollywood, dan zaman dulu punya filem, aku memang cakap Sarimah paling lawa sekali. Tapi zaman sekarang ini semuanya nak cepat, sangat sangat kosmetik, semua benda boleh buat, pembedahan plastik, botox, muka biasa jadi macam anak patung, makeup tebal muka dah jadi lain. Zaman sekarang ni nasi lemak 20 sen, boleh jadi nasi lemak ayam, lepas tuh semua muka K-POP sama je, macam bolehh beli kat pasaraya je artis K-POP ini. Kalau pembedahan itu takda kat malaysia, boleh jadi buat kat Thailand. Itu pasal kekadang tengok keras tak natural, hahahha.
Masalah besar kebanyakkan kita, kita terlampau fokus pada yang luaran, kita buat itu dan ini untuk nampak cantik di luaran, tapi dalaman kita begitu lagi banyak masalah. Kita terlampau nak kosmetik sampai terlupa dalaman tuh sangat penting. Macam orang yang nak buat blog, suka tengok blog tuh cantik ada bunga-bunga sampai lupa nak update blog. Padahal yang google tengok nanti blog dia update ke tak, yang kosmetik tuh penting, tapi tak bawak banyak markah.
Inner POWER , kuasa DALAMAN ini sangat penting. lagi lagi kalau kita cerita jugak bab kecantikan, anti-aging. Sebelum ini saya pernah cerita pada anda, semuanya kita, luaran, ini hanyalah gabungan trillion sel. Jadi asas kepada luaran anda itu bergantung pada setiap sel yang ada dalam diri anda. Sebab itu sangat penting, FEED THE CELL.
Pernah tengok tak jeragat, bintik-bintik, muka jerawat, muka mula berkedut, kulit kusam. Kenapa jadi macam tuh ? Itu bukan masalah kulit semata-mata, tapi itulah masalah DALAMAN yang sebenarnya berlaku. Sel kita dah mula sakit. Ada banyak kolesterol banyak toksin, kita isi badan kita dengan makanan yang teruk, tak berkhasiat. Allah jadikan penanda ini sebagai peringatan kepada kita, kita tak perlu nak scan badan, pun tahu, bila keluar je jerawar kedutan ini, bermakna badan kita , SEL KITA BERMASALAH !!!!
Jadi apa perlu buat ? Kulit di luaran makin tak lawa, Kalau nak short term, boleh je pakai makeup tebal, kaw kaw, tapi jawabnya makeup tebal tuh akan merosakkan kulit anda perlahan-lahan tanpa anda jangka. TAk caya ? cuba tanya kawan anda yang suka pakai makeup setiap hari, hahah. 4 langkah terbaik nak dapatkan kulit yang CANTIK
1- DETOX – betul, badan kita dah lama sangat , teruk sangat, sebab dari kecil tak jaga, makan tah hapa hapa, lemak berkepul-kepul tak guna, jawabnya, memang teruk. Jadi nak tak nak, kena detox kaw kaw, buang yang kotor dulu, sebab tuh Allah suruh kita puasa sebulan dalam bulan ramadan, nak best lagi ada puasa sunat, puasa tengah bulan. Aku cakap ni pun aku bukan nye buat, ahhaha. Macam TMJ pulak, dia dapat majukan bolasepak JOHOR sebab dia mula-mula dia buang perosak pengotor dalam organisasi tuh dulu, lepas tuh baru boleh buat kerja. FAM, 30 tahun sama je orang tuh dalam organisasi, sebab tuh tak maju-maju. Cantik Bermula Dari Sel
2 – EAT CLEAN -sambil cuci badan, sambil tuh kena isi jugak dengan makananyang berkhasiat, nutrisi, dan kena jugaklah makan yang clean. Senang je, istilah CLEAN tuh ialah CLEAN dari sebarang proses yang boleh mengubah keadaan asal makanan tersebut. TAk caye ? Pergi tengok orang yang duduk , bangsa yang duduk di persisiran pantai. Orang jepun, memang cantik, dan hidup paling tua di dunia, sebab mereka ini makan mentah mentah, bukan macam kita, makan ikan goreng, berlauk semua. Minyak kena kaw kaw, hahaha. Sebab tuh depa cantik. Nak lagi best, kena makan suplemen natural. Ada orang makan itu nak bagi cantik luaran, tapi tak cantik lagi kenapa ? Sebab macam aku cakap tadilah, CANTIK bermula dari SEL, dia akan rawat dalaman kita dulu, nanti dalaman dah ok, barulah zat itu baru kosmetik luaran pulak. Sebab tulah, ada orang suggest nak makan suplemen kena makan extradose, megadose,overdose, firdose,berdose dose.
3 – DRINK WATER – Kita jangan lupa, badan kita , 70 % ialah air. ye. Dah DETOX dan EAT CLEAN, tapi sibuk minum air manis, teh tarik, sirap, sama je tak jadi cantik. Nak betul-betul cantik kena minum air masak banyak. Ye memang banyak. Ciptaan kita, manusia, dari tanah, bukannya berevolusi dari monyet. Tanah yang subur, perlukan air, tanah yang gersang kering confirm mati tumbuhan. Begitulah kita, kehidupan kita, perlukan air yang banyak. Aku pun mandi dengan basic-H lagi, minum PD, cinch tea, tapi AIR MASAK WAJIB. Cantik Bermula Dari Sel
4 – SOUL – Ye, selepas 3 perkara pokok kita dah buat, dah jaga semua jasmani, jasad kita, akhir sekali SOUL kita perlu juga nutrisi. Nutrisi ini datang dari sumber yang utama, dari Kalam Allah, tentu roh kita cantik. Nak dapatkan kecantikan ini, perlu diisi dengan amalan rohani, sedekah, solat, zakat. Itu belum lagi dengan banyak membaca ilmu ilmu, mencari ilmu, berkongsi ilmu. Nak tahu orang yang awet muda nih, kebanyakkan nya ada di universiti, orang yang suka membaca, suka penyelidikan, suka membaca ilmu, kau akan nampak muka dia bercahaya, cantiknya tak terkata, walaupun dia berpurdah, tapi jika jiwanya cantik, kau akan rasa tertawan dan sejuk melihatnya. Makanan SOUL ni ramai yang lupa nak isi, termasuklah aku sendiri.
Kesimpulannya, kau buatlah apa pun, semuanya bermula dari dalam, kalau kau nak jiwa kau cantik, nak ilmu kau cantik, dan paling penting NAK KULIT CANTIK , mesti bermula dari DALAM. Kau tahu ? orang sibuk nak baju cantik luaran, tapi akhirnya bila bersama, dalaman tuh lagi menyedapkan, hahaha. makanlah apa pun vitamin terbaik, lagi lagi VIVIX, cantikkan SEL kau dulu, insyaallah satu badan akan CANTIK. KALAU NAK CANTIK DI LUAR, CANTIKKAN DI DALAM DULU !!! Cantik Bermula Dari Sel