Cara Kira Kolesterol Dekat Hospital Dah Tak Relevan ?

Cara Kira Kolesterol Dekat Hospital Dah Tak Relevan ?

Cara pengiraan kolestrol di hospital sudah tidak relevan. Kerana sebenarnya High Level LDL ada fungsi yang baik untuk badan kita iaitu membawa keluar Trigliserida dari badan.

Berikut ialah cara pengiraan tahap kolestrol yang lebih baik untuk kita kirakan sekiranya melakukan ujian darah Fasting Lipid Profile. Data HDL, LDL dan Trigliserida ini kita akan perolehi setiap kali menjalankan ujian darah.

Pengiraan yang lebih baik untuk kita ambil perhatian:

  1. Remnant Cholestrol Count: Pengiraan ini ialah untuk mengetahui jumlah baki kolestrol paling kecil dalam badan kita yang berpotensi untuk menjadi masalah (penyumbatan) sekiranya berlaku inflamasi. Cara pengiraannya = Total Cholestrol tolak LDL tolak HDL. Anda akan dapat jumlahnya. Sekiranya jumlah Remnant Cholestrol di bawah 0.6, anda di julat kurang risiko, dan jika di bawah 0.4, anda di julat Tiada Risiko. Atas 0.6, anda perlu berjaga jaga.
  2. TG÷HDL: Pengiraan ini ialah untuk mengetahui risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Ia juga sama relevan seperti pengiraan di atas. Caranya = Trigliserida dibahagi dengan HDL. Sekiranya jumlahnya di bawah 0.4, anda tiada risiko.
    Korang jugak boleh saja tengok sekali imbas keputusan tu, dan tengok pada Triglyceride/Trigeliserida (TG). Kita nakkan jumlah TG tu bawah dari 0.8 atau 0.6. Itu menandakan paras lemak dalam darah berada dalam julat yang sihat. Bacaan Trigliserida akan tinggi jika kita makan karbohidrat. Berkenaan HDL, nombor di atas 1.2 menandakan julat HDL yang sangat baik.

CONTOH:

Untuk dua orang seperti dalam keputusan ujian darah (gambar) iaitu orang A dan orang B.

Jangan tengok LDL dan Total Cholesterol tapi kira semula mengikut cara kira yang diberi tadi untuk mengetahui tahap Kesihatan orang A dan orang B.

Jika ikut cara kira kolesterol yang diamalkan di hospital, keterangan ialah seperti berikut:

Orang A:

LDL – 7.81
Total Cholesterol: 10.13

Status: Tidak Sihat, Kolesterol Tinggi

Orang B:

LDL: 4.20
Total Cholesterol: 6.9

Status: Lebih Sihat dari A, Kolesterol lebih rendah

Tapi jika ikut pengiraan yang diberi di awal tadi:

Orang A:

Remnant Cholesterol:

10.13- 7.81-2.02= 0.3

TG÷HDL:

0.67÷2.02 = 0.33

Status: Sangat Sihat, Tiada Risiko Cardiovascular.

Orang B:

Remnant Cholesterol:

6.9-4.20-1.75=0.95

TG÷HDL:

2.1÷1.75= 1.2

Status: Sangat Tidak Sihat, Berisiko untuk Penyakit Cardiovascular (jantung,strok)

Kesimpulan:

Buat Ujian Darah, dapatkan Bacaan Remnant Cholesterol dan TG÷HDL anda untuk mengetahui tahap sebenar Kesihatan anda.

PS: Jika anda memang tak faham baca tulisan dan pengiraan di atas, tak perlu baca dan tak perlu fahamkan, cuma ambil tindakannya sahaja iaitu ‘AMALKAN PMLS DENGAN SEGERA’‼️

Rujukan: Buku Kolesterol Pokcik
Nak dapatkan buku ni, kat sini:
https://viral.penmerah.co/Panduan-Lengkap-PMLS

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply