Cara Kiraan Sepertiga Malam

Cara Kiraan Sepertiga Malam

Cara Kiraan Sepertiga Malam ? Malam bermaksud apabila masuknya waktu maghrib, maka itulah malam.. Bermulanya malam apabila masuknya waktu Maghrib…Penghujung malam pula apabila masuknya waktu subuh, itulah penghujung malam..

Kiraan 1/3 malam ni penting kerana, untuk mengetahui bilakah waktu yang tepat masuknya 1/3 malam terakhir..

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:

Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya

Ini kerana ia adalah diantara waktu yang mustajab untuk berdoa dan beribadah..

Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.

Firman Allah dalam Surah Azzariyat ayat 18 bermaksud:

“Sesungguhnya mereka(iaitu mereka yang di dalam syurga)sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan.

Dan banyak lagi keterangan tentang ibadah di penghujung malam ini sama ada di dalam Al-Qur’an mahupun Hadis..Semoga Allah perkenankan doa di sepertiga malam, luahkan lah segalanya

Sumber Siti Aminah Salleh

ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA

Rasulullah SAW Bersabda :
@Petuadankesihatan

ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ
ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ،
ﺳَﻬْﻞٍ

“Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka ? “
Para sahabat berkata, “Mahu, wahai Rasulullah!”
Baginda menjawab : “( yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl “.
( H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban )

1. HAYYIN
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin.Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..

2. LAYYIN
Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk
sesama manusia

3. QARIB
Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.

4. SAHL
Orang yang tidak mempersulit sesuatu.
Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.

Mudah ~ mudahan Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang ~ Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi ALLAH S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang. Aamiin…? cara kiraan sepertiga malam

Cara Kiraan Sepertiga Malam

4 JENIS HAMBA ALLAH

Kita Berada Di Dalam Golongan Yang Mana Satu ?

Rasulullah ﷺ bersabda:

Ertinya:

“Dunia ini dihuni oleh empat jenis golongan hamba manusia:

#PERTAMA : hamba yang Allah ta’ala anugerahi harta dan ilmu sehingga keduanya menjadi perantara dia untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, menyambung tali silaturahim, dan dia mengetahui hak-hak Allah ta’ala. Inilah sebaik-baik golongan.

#KEDUA : hamba yang Allah ta’ala anugerahi ilmu namun tidak dianugerahi harta, maka dia berangan-angan: “andai saja aku punya harta tentu aku akan beramal seperti amalannya si fulan (yakni golongan yang pertama)”. Golongan ini pahalanya sama dengan yang pertama.

#KETIGA : hamba yang Allah ta’ala anugerahi harta namun tidak dianugerahi ilmu, maka dia belanjakan hartanya itu seenaknya tanpa ilmu, dia TIDAK menggunakannya untuk bertaqwa kepada Allah ta’ala, tidak juga untuk menyambung tali silaturahim, dan bahkan dia sama sekali tidak tahu hak-hak Allah ta’ala. Inilah seburuk-buruk golongan.

#KEEMPAT : hamba yang tidak dianugerahi harta dan tidak pula dianugerahi ilmu, maka dia berangan-angan: “andai saja aku punya harta tentu aku akan berfoya-foya seperti si fulan (yakni golongan yang ketiga)”. Golongan ini dosanya sama dengan yang ketiga”.

(HR. Ahmad dan Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani)

Kelebihan Lailatulqadar

Antara kelebihan Lailatulqadar yang disebutkan salaf ia adalah malam yang diturunkan Al-Quran dan ditetapkan takdir tahunan seseorang dalam Luh Mahfuz (dan disingkapkan kepada para malaikat yang bertugas) antaranya: ketetapan kematian dan kehidupan seseorang, rezeki dan penurunan hujan sehinggakan ketetapan hambaNya yang akan mengerjakan haji.

Dalam sebahagian riwayat juga antaranya daripada Ulama Tabiin Al-Minhal bin ‘Amr al-Asadi disebutkan ia malam yang tiada sebarang keburukan daripada syaitan, pembatalan sihir dan tidak akan berjaya seluruh ahli sihir dengan sihirnya pada Lailatulqadar

[ Rujuk Tafsir Ibnul Qayyim, Hilyah al-Awliya’ 4/352 ]

Jika ada ahli keluarga atau sahabat kita yang diuji dengan penyakit misteri atau sihir galakkan mereka turut sama untuk bangkit menghidupkan malam-malam terakhir yang diharapkan adanya Lailatulqadar dengan munajat dan ibadah dan seumpamanya yang mereka mampu.

Wallahu’alam. cara kiraan sepertiga malam

Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-

Fasa Kena Cubit

Setiap anak lelaki yang saya bawa ke surau, pastinya akan melalui fasa kena hukum (cubit) sebab tidak behave ketika solat. Malam ini giliran si Isa pula merasai kenikmatan cubitan ayahnya sebab berjalan ketika orang lain sedang solat.

Biasanya saya pakaikan beg yang bertali untuk ditambat supaya tidak berjalan kesana kemari, tapi kebetulan malamni adiknya pula yang pakai. Jadi waktu solat isyak tadi, dia mengambil kesempatan untuk menggunakan kebebasan yang ada

Mohon maaf pada jemaah2 yang mungkin kurang senang dengan kehadiran anak2 kecil di surau. Itulah dia proses, nak melahirkan anak2 yang boleh hadir solat berjemaah dari usia muda, supaya menjadi kebiasaan hingga ke hari tua. Jika nak tunggu baligh baru nak dibawa ke surau, mungkin dah sedikit liat. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Semoga kita termasuk dalam orang yang mendapat petunjuk.

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلٓئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ ١٨

❬18❭ Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

(At Taubah 9:18)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply