Cara Pengiraan Kebarangkalian

Cara Pengiraan Kebarangkalian

Cara Pengiraan Kebarangkalian ? Salam jumaat semua. Hari ini, masuk lagi ke bengkel makmal nuffnang, yang mana aku suka dengan keyword yang betul betul masuk dalam projek blog aku ini. Aku dapat rasakan, nuffnang memang bagi kaw kaw yang terbaik untuk kita hayati dan amati apa yang orang nak baca dalam blog kita.

Oklah, buat hari ini, aku saja nak buka cerita pasal cara pengiraan kebarangkalian. Oklah, aku  pun pening kepala jugak sebenarnya nak kira kebarangkalian. Hoo tapi secara dasarnya, subjek ni penting dan aku pernah ceritakan sebelum ini , korang tentu boleh baca entry penuh  sejarah tuh. Oklah jom kita tengok subjek ni pulak !!!

cara pengiraan kebarangkalian

Konsep Pengiraan

Oklah, cara mudah nak kira pengiraan kebarangkalian ialah dengan mengikut formula atas tuh. yang tu paling basic sekali. Kiranya, katalah kita ambil contoh duit syiling, kepala dan ekor, maknanya, event kepala akan keluar ialah sekali, dan semua benda yang terjadi, kalau baling duit syiling mesti dapat ekor dan kepala , maknanya ada 2 keluaran semuanya. Jawapan nye mudah, 1/2, itulah nilai kebarangkalian paling simple. Kalau dadu pulak, 1/6, sebab ada enam nombor, lepas tu yang keluar cuma 1 nombor je, takda punya 2 nombor. Hooo itu paling basic. Kira berapa banyak benda boleh terjadi, pastu bagi dengan semua keluaran yang boleh terjadi. Hmmm amacam ok tak ? Boleh faham ?

Nilai Kebarangkalian

Paling penting sekali di sini ialah nilai kebarangakalian adalah dari 0 hingga 1. Tak boleh lebih dari satu, tu dah silap namanya, bak kata dalam buku matematik dan sejarah matematik itu sendiri. Inilah teori nya, kalau nak tahu kebarangkalian itu makin kuat, maknanya kalau ianya makin dekat dengan 1, maka benda tu memang akan terjadi, tapi kalau makin dekat dengan 0, sukar nak dipastikan ianya akan terjadi atau tidak.

Gambarajah Pokok

Hahaha, pernah tengok tak gambarajah pokok, yang macam ular berangkai, atau mat jawa panggil tree diagram. hoo, kalau tree diagram ke bawah itu dipanggil skim pyramid. Kalau ke tepi, yang nilah di panggil keluaran, semua keluaran. hoo, Kenapa kena ada gambarajah ni. Senang je, oklah, katalah kita nak kira sesuatu benda tuh banyak kali. Ok, contohnya, dalam 2 kali balingan dadu, kebarangkalian untuk dapat nombor 1 berapa ? So boleh cuba tengok kat bawah ni gambar rajah untuk dua kali balingan dadu, hehehe.

Taburan Kebarangkalian

Biasanya, masuk je statistik, ada juga golongan cerdik pandai, boleh mencipta taburan kebarangkalian, dia mana taburan ni penting dan banyak membantu dari segi pengiraan kebarangkalian statistik dan sebagainya. Kiranya kalau nak di kira semua output dalam dunia ni memang tak logik, tapi dengan mengambil sampel dari semua populasi, senanglah nak agak berapa kebarangkalian untuk di kira. Guna taburan ni memang banyak membantu, terutamanya orang yang nak buat kajian tentang sesuatu masalah. Tapi orang kejuruteraan pun sekarang ni pun banyak gunakan taburan kebarangkalian untuk mengira atau nak estimate sesuatu keluaran. Hoo, memang pening, sampai aku pun pening dengan phd yang aku buat hahah.

Semua Allah Tentukan

Kalau nak diikutkan, memang betul semuanya Allah tentukan, kalau Allah kata YA, benda tu akan terjadi, dan tak boleh dielak. Tapi kita sebagai umat Islam yang maju ini, topik kebarangkalian banyak membantu kita, supaya kita boleh merancang dengan teliti, dan kita yakin dan usaha, barulah kita betrtawakal , sebab kita dah usaha sedaya upaya kita untuk meramal sesuatu keluaran atau output. Bukannya pun suruh main judi, tapi sekurang kurangnya, setiap perkara yang kita lakukan, kita dan buat analisis yang jitu dan kukuh, yang lain tu, kita berdoa dan berserah kepada Allah. Jangan salah faham pulak ok ?

Apakah mitos di sebalik nisbah untung dan rugi?

Trader hendaklah sentiasa mengambil kira nisbah untung/rugi kerana ia adalah perkadaran keuntungan kepada kerugian bagi trade yang dilakukan. Kami memanggilnya sebagai tanda kejayaan dan keuntungan .

Kebiasaannya trader mencari nisbah untung/rugi melebihi 2-kepada-1, tetapi metrik mudah ini boleh mengelirukan kerana sebilangan trade sememangnya lebih berisiko daripada yang lain.

Kebanyakan trader begitu fokus untuk mengimbangkan nisbah untung/rugi atau ketepatan pendekatan trading mereka sehingga mereka tidak menyedari bahawa wujudnya gambaran yang lebih besar ­čľ╝´ŞĆ .

Oleh itu, kami merasakan Purata keuntungan setiap dagangan (APPT) ialah ukuran kemahiran trading yang lebih baik, kerana ia mengambil kira kebarangkalian statistik keuntungan sesuatu trading, dan kebanyakan prestasi trading bergantung kepada APPT.

Mari kita buat satu pengiraan APPT: sebagai contoh, anda memperoleh keuntungan tiga daripada 10 trading yang anda buat, kebarangkalian keuntungan anda adalah 30% atau 0.3, dan kebarangkalian kerugian adalah 70% atau 0.7. Jadi anggaran keuntungan trading anda ialah $600 dan anggaran kerugian ialah $300.

Dalam senario ini, APPT adalah: (0.3 X $600) – (0.7 X $300) = ($180) ÔÇô ($210) =Ôłĺ$30

Jadi APPT ialah nombor negatif, yang bermaksud bahawa untuk setiap trade yang anda lakukan, anda berkemungkinan akan kehilangan $30. Itu adalah kedudukan yang merugikan!

Walaupun nisbah untung/rugi ialah 2:1, pendekatan trading ini menunjukkan hanya 30% daripada trade yang dilakukan berkemungkinan mendapat keuntungan, yang menafikan nisbah untung/rugi 2:1.

Seperti yang kita sudah ketahui, apabila berdagang di pasaran forex, tidak ada pengurusan wang atau pendekatan trading yang sesuai untuk semua, tetapi sekurang-kurangnya yang penting ialah APPT anda positif dan keuntungan keseluruhan anda melebihi kerugian keseluruhan anda.

Kebarangkalian kejadian darah beku

Kebarangkalian kejadian darah beku disebabkan AstraZeneca sangat rendah dan jarang berlaku. Malah, masih tiada kaitan yang jelas antara kejadian darah beku yang berlaku dengan vaksin ini dan ianya berlaku di kalangan mereka yang berumur kurang dari 60 tahun. Sebagai perbandingan, risiko darah beku dalam pesakit yang dijangkiti #COVID19 adalah lebih tinggi.

Risiko Pembekuan Darah:
AstraZeneca – 4 kes dalam 1,000,000 penerima vaksin
Pil perancang keluarga – 500 – 1,200 kes dalam 1,000,000 wanita
Merokok – 1,763 kes dalam 1,000,000 perokok
Pesakit COVID-19 – 165,000 kes dalam 1,000,000 kes

Leave a Reply