Cara Trading Yang Simple Tapi Untung

Cara Trading Yang Simple Tapi Untung

Cara Trading Yang Simple Tapi Untung ?Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni macam trading saham. Selalunya kalau nak untung ikut trend pasaran. Masalahnya aku selalu memilih pada menentang arus.

Entahlah. Memanglah kalau telahan dan analisa aku betul, aku akan untung besar. Tapi kalau tidak tentu pelaburan dan usaha yang aku buat tu kelaut.

Orang yang tak trading saham

tau tak pernah trading forex mungkin tak faham aku tulis apa.

Diringkaskan hidup aku selalunya aku akan mengambil risiko yang besar dalam sesuatu keputusan. Hidup aku macam game. Kalau menang aku menang besar dan kalau kalah aku akan kalah besar.

Aku bukan tamak. Tapi aku memang selalu ikut cara aku sendiri. Aku diam tapi aku hanya percaya dengan diri aku sendiri. aku bukan melawan. Aku tak kacau orang. Aku hormat dengan cara dan keputusan orang lain.

Hidup ada hitam dan putihnya
Hidup ada turun dan naiknya.

Paling penting semakin hari kita belajar dengan apa sahaja yang berlaku.
1. “Tuan sebenarnya macam mana buat duit trade saham ni. Hari-hari saya dengar iklan kat radio kata trade saham boleh buat duit” tanya seorang sahabat.

2. Ada beberapa cara buat duit trade saham ni.

3. Ramai kawan buat duit dengan cara jual beli saham harian. Beli harga murah jual harga mahal. Setiap hari diaorang buat analisa saham mana yg berpotensi naik dan turun.

4. Ada group kawan fokus beli saham syarikat yang beri dividen tinggi. Dah beli saham tak jual tunggu dividen. Syarikat akan beri dividen 15 – 30% setahun. Ada syarikat yang beri dividen beberapa kali setahun.

5. Ada group kawan yang lain fokus beli saham baru (IPO) sahaja. Setiap bulan ada sahaja saham baru yang disenaraikan di KLCI.
Majoriti IPO akan naik harga bila disenaraikan.

6. “Tuan, cara mana yang tak ada risiko”

7. Semua urusan pelaburan ada risikonya cuma daripada tiga cara ini cara ke tiga iaitu beli IPO yang paling rendah risikonya.

8. Macam mana pulak kawan-kawan yang trade crypto currency?

9. Ini cabang trading yang lain. Sama seperti saham ada berbagai cara.

10. Ada kawan saya trading bitcoin teknik simple. Bulan lepas bila Bitcoin naik USD9800 dia swap kepada USDT. Dua minggu lepas masa Bitcoin turun USD9100 dia beli balik Btc guna usdt. Dia dapat untung USD700. Itu cara dia buat.

11. Lain orang lain cara buat duit. Yang penting jiwa kena kental bersedia untuk untung dan bersedia juga untuk rugi.

12. Sebelum mula trade cari ilmu dan buat sampai jadi. Setakat cari ilmu bertimbun tapi tak turun padang tak bolehlah digelar pahlawan.

13. Bila rugi jangan marah-marah pada cikgu dan guru yang mengajar dan mereka yg mencadangkan saham utk dibeli. Adat melabur ni mesti ada rugi dan untung.

14. Buat keputusan bijak sebelum mula melabur. Duit kita kuasa kita dan tanggung risiko sendiri.

Ada pula yang kata Financial.org tak scam.

Cara paling selamat nak elak, apa-apa syarikat yang tersenarai dalam laman web SC ini janganlah memandai nak cuba invest.

Setakat pembacaan bodo-bodo aku semenjak petang semalam, modus operandi geng #financialorg ini adalah dengan rekrut orang.

Mereka janjikan dua benda.

Pertama, auto trading. Maksudnya company yang uruskan investment kau orang.

Kedua, manual trading. Kau boleh invest sendiri nak beli syarikat apa.

No 2 ini bagi aku sekadar penyedap rasa sahaja. Nak bagi nampak macam sah sebab kau boleh pilih sendiri saham syarikat mana kau nak beli.

Tapi akhirnya orang awam akan pilih yang auto.

“Pilih yang auto pun dah cukup bagus, sebulan dapat untung 16-%17%.”

Haaa gitu nampak.

Cuba tanya kawan kau yang ajak join financialorg ini ada dapat komisyen ke? Kalau ada, berapa persen?

Semalam aku dengar cerita dapat komisyen 2%-3%.

Dah macam unit trust consultant punya komisyen dah.

Baiklah kau invest dalam unit trust sahaja. Dah memang ‘auto trading’ yang sah dan legal.

Saya mula terjebak dengan saham ni waktu universiti tahun 2005. Tapi lebih kepada forex sebenarnya. Main main konon trade forex, tapi mula mula ingat game jer. Tak pakai duit betul pun.

Balik Malaysia 2007, mulalah cuba ‘main saham’. Modal kecil kecil jer. Ratus ratus. Haha. Seperti biasa tak tahu apa, main masuk jer top volume. Memang sebiji la main tikam tikam. Tapi masa tu takda langsung mindset melabur dan trading yang sebenar, memang ingat quick money jer.

Bila main macam tu tahun 2007, banyak gak untung kecik kecik. Maksudnya, asal masuk jer mesti untung. Sikit jer lah yang rugi. Masa ni, tema dia saya namakan, Mudahnya Untung Saham. Haha.

Dalam hati kata, haha senang jer buat duit dengan saham ni. Masuk jer konpem untung.

Yerlah tahun tu memang KLCI mencanak juga.

Namun ia tidak berakhir dengan baik apabila tahun 2008, market crash. Saya sebenarnya tak ingat sangat bulan berapa, tapi kalau tengok chart la, market top bulan Februari 2008. Saya tak ingat bulan sebab masa tu saya main hentam jer. Mana ada nak analisa bagai.

So bermulalah rekod losing streak yang mengecewakan. Konon dulu main hentam mesti untung, namun tidak lagi. Pelik pelik pelik, tak tahu apa yang berlaku.

Waktu ni tak terasa sangat sebab trade modal kecil jer.

Jadi saya decide untuk mula mengatur cara betul melabur saham. Banyak la juga buku saya baca, online video and so on.

Tapi yang paling berkesan sebenarnya ialah saya cari kawan saya yang memang betul dalam bidang ni. Dealer dan remisier. Jadi saya buka beberapa akaun CDS, dan belajar dengan dealer/remisier ini.

Mulalah dapat rentak sedikit apabila market mula pick up after sub prime crisis. Dekat 2 tahun juga market sangat teruk. 2008-2009. 2010 mula pickup…

Berbekalkan ilmu baca sendiri dan berguru dengan kawan kawan, dapat sedikit rentak. Namun masih agak blur dengan cara yang paling ampuh untuk konsisten. Lagipun modal tak banyak..

Market waktu tu memang cantik, adalah major correction juga tapi tak seteruk crash 2008-2009. So adatlah ada turun naik.

Jadi masa market cantik pun ada rugi juga. Pelik kan? Memanglah sebab tak cukup strategi, analisa dan disiplin. Mindset nak untung cepat, kejar kaunter sen sen, nak makan hari hari.

So senang kena game dengan jerung.

Keadaan berterusan apabila saya decide untuk resign dari kerja hakiki, restructure my investment portfolio, kebanyakannya dari hartanah yang making money. Sebab market hartanah memang bull all the way after subprime.

Jadi ada modal sedikit lah, so melabur saham pun sedap sikit..Selepas resign saya decide untuk go on CFP, untuk jadi financial planner, dan trade full time while training as part time.

Hence my DIY360 dan SmartSaham training series….

Bersambung kalau ada yang nak baca.

Cara Trading Yang Simple Tapi Untung

Kenapa ada orang boleh hidup sebagai full time dengan trading?

Sebelum ini, saya pun tak percaya.

Boleh ke hidup full time sebagai seorang trader saham?

Jawapannya boleh.

Apabila kita faham sesebuah model bisnes secara keseluruhan, maka kita akan nampak dengan lebih jelas.

Namun, tidak ada salah atau betul.

Ia adalah pilihan.

Saya tulis kembali poin yang saya ambil daripada webinar Justin Ho.

Trading adalah model bisnes yang simple.

Kita beli saham pada harga yang rendah, kita jual pada harga yang tinggi.

Tugas kita? Kenal pasti di mana kawasan harga yang murah.

Trading juga adalah infinite scalable business.

Kenapa?

Kita tak perlu cipta produk. Kita tak perlu cipta servis.

Semuanya sudah disediakan. Beribu senarai syarikat sudah disediakan.

Sekarang pula zaman Crypto, beratus jenis crypto telah disediakan.

Maksudnya, produk sudah ada di depan mata.

Sekali lagi, tugas kita adalah kenal pasti di mana kawasan harga yang berpotensi lakukan kenaikan.

(Sebab ada volume yang kuat)

Trading sesuai untuk orang yang tidak mahu ada bos atau majikan.

Bukan itu saja.

Siapa yang mahu ada bisnes tapi tak perlukan staf atau ofis, juga sesuai.

Sebab biasanya full time trader boleh bergerak sebagai one man show.

Trading tidak perlu skil melibatkan kreativiti.

Seperti skil marketing, sales atau branding.

Kerana trading melibatkan skil logik, analisis dan pengurusan duit.

Semuanya melibatkan nombor.

Trading juga adalah skil yang boleh dibangunkan.

Saya pernah ambil personal coaching dengan budak usia 21 tahun.

Walaupun beliau muda, tapi beliau dah bangunkan skil ini pada usia 18 tahun.

Beliau ambil masa 3 tahun untuk jadi full time trader.

Katanya, “Skil trading ini adalah skil yang semua orang boleh belajar. Tapi tak semua orang sanggup belajar.”

Akhir sekali?
Ini yang saya paling suka dan masih berusaha.

Usaha yang sama diperlukan untuk buat RM1,000.

Usaha yang sama juga diperlukan untuk buat RM100,000,000.

Kenapa?

Kerana cara kita analisis tetap sama. Cara kita uruskan modal pun tetap sama.

Yang berbeza?

Jumlah modal dan jumlah unit saham yang kita gunakan untuk trade.

Namun begitu, tidak boleh kita buat perbandingan trading dengan model bisnes yang lain.

Lain orang, lain seleranya.

Soalannya…

Bagaimana lifestyle (gaya hidup) yang kita mahu?

Adakah kita mahu bisnes berasaskan produk atau servis?

Adakah kita kurang berminat untuk belajar sales, marketing dan branding?

Adakah kita mahu skil buat duit berasaskan logik dan pengurusan?

Jawab soalan ini, dan berkemungkinan besar kita akan tahu samada trading ini sesuai untuk kita.

Atau sebaliknya.

Walaupun saya keluarkan video courses trading seperti BPE Method, saya tak akan expect semua orang patut berada dalam dunia trading ini.

Sebab ia bukan untuk semua.

Tapi ia penting untuk semua.

Kerana apabila kita faham 3 key point dalam trading (price, volume dan timeframe), kita boleh kenal pasti zone harga yang berisiko rendah.

Tak perlu indikator. Tak perlu benda pelik-pelik.

Tapi ia perlukan masa dan latihan sebelum kita betul-betul menguasai skil trading ini.

Nota tepi: Saya pun masih belajar.

PENGIRAAN UNTUNG RUGI BISNES ANDA DENGAN KAEDAH YANG PALING SIMPLE

Bila anda ingin berniaga, PERKARA ASAS yang anda perlu tahu dalam bisnes adalah bagaimana untuk buat kiraan untung rugi. Tak pandai yang ni ibarat anda berniaga sambil tutup mata. Apa yang perlu anda (newbie) lakukan langkah demi langkah adalah seperti berikut:

1. Tentukan bisnes yang nak dibuat

2. Buka syarikat. Daftar Sole prop / PLT / Sdn Bhd

3. Buat segera buku resit / invoice / voucher

4. Buka akaun bank syarikat (akaun semasa). Ambil buku cek. (Skg bank prefer bayaran secara online)

5. Register Online Banking dengan bank yang dibuka akaun tadi. Contoh : Maybank2U, CIMBClick dll

6. Selain dari belajar kemahiran membuat / menjual / memasarkan, pergi belajar sedikit asas perakaunan. Sekurang-kurangnya tahu macam mana nak rekod dan nak kira untung rugi. Simpan segala resit pembelian (maknanya setiap kali membeli wajib ada resit)

7. Masukkan sejumlah modal awal. Catat stok awal. Pendek kata catat segala modal yang kita gunakan sebagai modal untuk bisnes pada hari pertama dan juga seterusnya.

8. Catatkan semua jualan harian.

9. Catat semua belian bahan mentah dan perbelanjaan. Catat bayaran sewa / gaji / bil / utiliti semua dan simpan resitnya..

10. Dengan kata mudah, catat semua duit masuk dan catat semua duit yang keluar beserta dengan bukti yakni resit dan bilnya. Jangan miss!

(DIBAWAH INI SAYA AKAN KONGSIKAN KAEDAH YANG SANGAT SIMPLE UNTUK NEWBIE MEMBUAT PENGIRAAN UNTUNG ATAU RUGI PERNIAGAAN MEREKA). WALAUPUN SIMPLE TETAPI IA TEPAT..

11. Cukup sebulan (biasanya pada awal bulan),

a) Kira jumlah semua jualan
(Katakan jumlah jualan = RM10,000).

b) Kira jumlah semua pembelian
(Katakan jumlah semua pembelian bahan mentah = RM4,000).

c) Kira semua perbelanjaan
(Katakan perbelanjaan = RM1,500).

d) Dan juga catat angka stok awal & stok akhir
(Katakan stok awal bahan mentah (nilai bahan mentah dalam kiraan RM) = RM2,000). Dan kira stok akhir hujung bulan tu (Katakan stok akhir bahan mentah yang dikira hujung bulan tu = RM1,500).

**(Kiraan stok akhir bulan semasa = stok awal bulan berikutnya)

Dengan adanya semua data diatas, maka boleh la kita kira untung / rugi perniagaan kita dengan betul.

Kena catatkan maklumat belanja :

Katakanlah,

– Sewa = RM1,000
– Gaji = RM1,000
– Kos Iklan = RM1,000
– Bil Api dan Air = RM200

Pertamanya kita kena cari UNTUNG KASAR dahulu sebelum boleh dapatkan untung bersih.

Formula Asas:

Untung Kasar = Jualan – belian – stok akhir + stok awal

(Ambil angka di atas ☝️)

Untung Kasar = Jualan RM10,000 (-) Belian RM4,000(-) Stok akhir RM1,500 (+) Stok awal RM2,000

UNTUNG KASAR = RM6,500

(Juga dapat dirumuskan bahawa Untung Kasar = 65% dari jualan)
.

Sekarang kita nak dapatkan UNTUNG BERSIH pulak,

Formula Asas:

Untung Bersih = Untung kasar + pendapatan lain – belanja (kos operasi / kos pentadbiran)

Katakanlah :

– Ko.misyen = RM500
– Belanja Iklan = RM1,000
– Sewa = RM1,000
– Gaji = RM1,000
– Bil Api dan Air = RM200

Maka,

Untung Bersih = Untung Kasar RM6,500 + K.omisyen RM500.00 – Belanja Iklan RM1,000 – Sewa RM1,000 – Gaji RM1,000 – Bil Api dan Air RM200.00

UNTUNG BERSIH = RM2,800

(Juga dapat dirumuskan bahawa Untung bersih = 28% dari jumlah jualan)

**Katakankah modal yang dikeluarkan oleh usahawan untuk mulakan bisnes = RM30,000, maka, dengan keuntungan RM2,800 sebulan, dapat disimpulkan bahawa bisnes tersebut memerlukan 10 bulan (RM2,800 x 10 bulan) untuk balik modal dengan andaian semua keuntungan bersih tidak digunakan / dibelanjakan.

12. Barulah anda akan rasa anda betul-betul berniaga dengan cara betul walaupun dengan cara paling asas.

Acu cuba try test.. Saya cuba sampaikan kaedah dengan bahasa dan contoh paling ringkas dan mudah untuk difahami oleh newbie..

Benda simple tapi sangat penting.. InshaAllah mudah difahami..

BERBALOI KE BELAJAR TRADING METHOD YANG SIMPLE?

“Ishhh.. Jangan belajar dengan si fulan. Dia ajar basic je”

Hasutan macam ni memang biasa kita dengar. Benarlah kata para hukama’, orang yang mencari guru yang salah akan mendapat ilmu yang salah juga.

Orang yang bercakap macam ni, akan menanam dalam pemikiran kita bahawa method atau trading strategy adalah segala-galanya dalam trading.

Seolah-olah satu claim yang wujudnya teknik holy grail yang takkan rugi.

Sedangkan semua super trader seluruh dunia tekankan tentang psikologi & emosi. Teknik atau method hanya contribute sikit je terhadap kejayaan dalam trading.

Saya pernah jumpa orang yang guna setup yang sangat basic. Kau pun takkan percaya betul ke boleh untung guna teknik ni?

Tapi orang ni betul-betul percaya kepada teknik yang simple tu. Berpegang teguh kepada money management & mindset. Dia buat berpuluh kali ganda keuntungan hanya dengan teknik simple.

Sedang kita yang sembang kari sampai indicators penuh tutup chart. Belum tentu buat duit.

Kembalilah ke pangkal jalan. Method penting, namun masih tak mampu mendominasi faktor psikologi.

Keep it simple & sweet. KISS!

Setuju?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply