Cedok Cedok Berunsur Judi

Cedok Cedok Berunsur Judi

CEDOK CEDOK BERUNSUR JUDI ❤️

Nampak seronok.
Nampak enjoy.
Nampak kecil di mata.

Tapi bila pembeliannya ada unsur Gharar dan Maisir.
✅ gharar ( keraguan)
✅ maisir (perjudian)
Ia adalah JUDI 😔

MasyaAllah pentingnya belajar Ilmu Fiqh dan tahu bab muamalat ni. Pembelian bukan jadi sah hanya bila ada RELA DAN REDHA antara dua pihak saja. 🤲🏻

HATI HATI DENGAN PERMAINAN SYAITAN ❤️

Ramai membenarkan dengan macam2 alasan.
Baginya tak salah.
Baginya saja suka suka saja.

Judi pun bermula dengan suka suka.
Tapi dalamnya ada “Untung” dan “Rugi”
Ada kaedah Untung Nasib.
Ada unsur penipuan.
Ada banyak kezaliman.
Samada berlaku di pihak pembeli / penjual. 🤲🏻

Sama juga macam “CLAW MACHINE”.
Enjoy ja main sebab seperti main cuba nasib.
Tapi beliannya penuh dengan penipuan dan perjudian. Elakkan ya main dan bagi anak anak main 😔🤲🏻

GHARAR NI APA? ❤️

Unsur Akad yang dilarang dalam Islam.
Ada ketidakpastian dari segi
✅ kuantiti
✅ kualiti
✅ harga
✅ waktu penyerahan

Bila salah satu atau lebih faktor-faktor di atas diubah dari pasti jadi tidak pasti,
MAKA terjadilah gharar.

Walaupun…
Mulanya dedua pembeli penjual sepakat.
Mulanya dedua beli dengan sukarela.
Tapi pembelian tu akan ada keadaan yang tak jelas dan membuatkan salah satu pihak (Pembeli atau Penjual) rasa dizalimi.

Bab hukum jual beli cedok ini telah pun dijelaskan oleh guru kami Dr Sufyan -moga Allah sentiasa menjaga beliau- di pautan berikut:

MasyaAllah Tabarakallah 🤲🏻

Syukur ramai cakna tentang hukum dan kaedah beliannya yang buatkan ramai antara kita sebagai “SELLER” dapat belajar dan amik tahu ilmu muamalat ni 🤲🏻

Maha Baik Allah…
Yang sentiasa sedarkan kita
Dengan peringatan dan teguran. 🥰

Moga kita sentiasa berlapang dada dalam belajar dan jauhkan diri kita dari perkara yang ada syubhah 🤲🏻

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah buat kita semua. Dan kurniakan kita kefahaman agama yang benar dan sempurna serta selamatkan kita dari kejahilan dalam AGAMA ❤️🤲🏻 aminnn

Wallahu’alam

Kak Alia Athila
#IngatanPadaDiri

LIVE Cedok2

Bagi yg tk pernah tgk mende ni. Sedang giat di Tiktok.

Live ni ada macam2 jenis. Ada yg timbang, ada yg pilih2. Byr satu harga, barang dpt lain2.

Baru2 ni ditegur para asatizah, ianya haram dan merupakan perkara gharar. Nabi saw tidak suka pada perkara ini dan ia dilarang. Jual beli yg tidak jelas dan menyamai perjudian.

Macam2 nasihat yg diberi. Ada yg mula ubah cara utk jelaskan jual beli. Ada yg masih tknak berubah, dan nak teruskan cedok2.

Ambil teguran dgn cara yg baik wahai saudara2ku. Mualamat mestilah jelas. Akad jua mesti sgt jelas. Barang yg ditawarkan mestilah jelas.

Sama2 ambil pengajaran dan berubahlah.

# Yg last tu paling rare. Tp tk ramai yg nak buat cedok2.

Tengah trend sekarang jual beli cedok-cedok secara live. Terutamanya kat Tik Tok. Ada yang jual gula-gula, brooch, kosmetik dan emas pun ada tau.

Untuk hukum, page Muamalat ada kupas pasal ni. Link:

Macam biasa, bagi pakcik makcik fb yang belum tahu pasal cedok-cedok ni, dia kira macam ni. Contoh gula-gula, 1 cedok RM5. Dia cedok la time buat live tu. Masuk banyak atau sikit sekali cedok tu, kira nasib la. Ramai la seller duk buat macam ni.

Jadi, sekarang dah viral pasal isu ni. Barang-barang dah borong banyak. Nak jual cedok-cedok, macam dah tak kena. Sebab was-was kan. Jadi, bertabahlah.

Atau boleh ikut cara macam akak ni, buat ikut timbang pula. Kalau ikut timbang, macamana pula ya?

CEDOK-CEDOK DI TIK-TOK

Elak tercedok sekali dosa makan harta bathil…

Sekarang tengah viral dan trending jual-beli barang guna kaedah cedok-cedok, disiarkan secara live dekat tiktok/ig story.

Ada yang jual kosmetik secara cedok, barang bersadur emas, gula-gula dan lain-lain.

Jika pembeli nak beli 1 cedok. penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti adalah secara rawak (random) sahaja berdasarkan apa yang dicedokkan oleh penjual tu.

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy (gharar besar) yang jelas.

Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah.

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a., katanya; “Rasulullah saw. melarang kami jual beli dengan dua macam cara. Iaitu jual beli mulamasah dan munabadzah. Mulamasah ialah si pembeli hanya menyentuh kain dagangan si penjual, malam atau siang, tanpa membalik-baliknya dengan teliti. Munabadzah ialah si penjual melemparkan kain dagangannya kepada si pembeli, maka dengan begitu terjadilah jual beli tanpa diberi kesempatan kepada pembeli untuk meneliti dan tanpa disetujuinya.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1455.)

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah. Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.

Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar:

Daripada Abi Hurayrah berkata, Rasulullah s.‘a.w telah melarang daripada jual beli al hasah dan jual beli gharar. (Hadis Sahih Muslim 3808)

Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.

Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Cedok-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Ia mempunyai sedikit persamaan dengan permainan The Claw di kawasan permainan kanak-kanak. Permainan The Claw ini juga dihukum sebagai haram dan judi. Elemen maysir atau judi, kerana terdapat elemen zero sum game iaitu satu pihak untung dan satu pihak akan rugi, yang untung atas kerugian orang lain.

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat viral.

Mungkin ada orang kata setakat jual 5 ringgit gula2 saja. Oleh kerana struktur ia adalah gharar dan judi maka ia tetap haram.

Malah jika sekiranya pembeli menyatakan redhanya pun dengan kaedah pembelian ceduk itu, ia tetap tidak diharuskan oleh syara’ sebagaimana keredahaan pemain judi akan memang atau kalahnya, TIDAK akan boleh menjadikan aktiviti perjudiannya harus.

Semoga bermanafaat.

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Elak tercedok sekali dosa makan harta bathil ya…

Jauhi gharar dan maisir (judi) dalam jual-beli.

Insya @ Allah…😁

Kredit : Muamalat.My dan UZAR.

Ada terbaca hukum beli barang cedok di tiktok tu haram. Ada unsur gharar yg mana kita dapat belian tu secara random.

Cuma saya nak tanya, macam mana pula situasi di bawah ni:

1. Beli mee/nasi goreng pasar malam yang di cedok dalam kuali besar. Masih ada unsur random. Ada yang akan dapat lauk lebih, mee sedikit. Ada yang akan dapat mee lebih lauk sedikit. Maksudnya tak sama untuk setiap cedokkan.

2. Macam mana dengan belian bale/guni bundle. Sebab barang dalam guni bundle juga bersifat random. Guni bundle hanya diklasifikasi secara am. Contoh: guni baju wanita, guni baju lelaki.

3. Minuman berisi seperti air kelapa dan nata de coco. Sebab setiap cedukkan, saya yakin kuantiti isi didalam air tak sama. Agak susah nak tetapkan supaya isi kelapa sentiasa sama dalam setiap cawan air.

Jadi adakah ke tiga-tiga urus niaga di atas ini juga haram?

Harap ada agamawan yang mampu terangkan.

Huhu(bukan zikir)

Leave a Reply

%d bloggers like this: