Chalet Kampung Mr OS

chalet kampung mr os

Chalet kampung mr os ? Semalam, gua baru je balik dari Kuala Kangsar selepas menghadiri perkahwinan saudara Fahrizal Asmy dan pasangannya Atiqah Rahim. Kiranya, gua gerak ke kuale hari jumaat, nak cari tempat tidur, ingatkan nak bawak mak ayah duduk rest house, tapi nak senang feel baik punya, abah nak tengok sendiri chalet mr os yang tak jauh dari masjid dan kampung. Hehe, elok elok je, Mr Os ada kat situ dengan anak sedaranya, Becky. Apapun nasib abah memang baik dengan Os, jadinya Os bawa tengok semua bilik yang ada kat situ. Feel jugak ni !!!

Lokasi

Kiranya kalau korang dari bandar di raja Kuala Kangsar, korang kena seberang pergi ke sayong dengan jambatan baru tu, memang dah dekat sangatlah dengan tempat chalet ni. Sama ada nak ikut jalan besar, tak pun gua ikut jalan kampung je masuk. Tak jauh pun hehehe, tanya orang kampung, sampaile, tak pun tengok sign board, tak berapa besor, tapi oklah.

Nama Keluarga

Nama setiap bilik tuh, semuanya ikut nama family mr Os. Bilik yang korang tengok kat atas tuh Atan. Bilik yang kitorang duduk pulak YahDon, yah tu nama kakak mr os, Don nama abang iparnya. Hahha, hebat tul. Kiranya bapak aku kata, memang semua nama tempat tu nama family. Satu family Mr Os pakat dari tanah terbiar tuh, buat chalet. Memang bestlah, siapa nak suasana kampung yang betul punya, pakat pakat duduk chalet ni.

Harga

Harga dia ok je, akunye bilik tu dalam RM 115, ada yang RM 120, oklah, biasa je, kemudahan semua ok. Kalau pakat pakat nak jalan Kuala Kangsar nak tengok labu sayong, moh le datang chalet ni. Apapun memang best. Kalau nak makan, takdalah , tapi kalaulah kata ada musim buah, buah tu free je, time musim dughian, memang best. Dan ada kolam jugak kat situ, boleh mandi mandi, malam pun boleh mandi, ahah.

BESARKAN NETWORK

Kata kata pakar orang kaya, orang biasa cari WORKS, orang kaya pulak cari dan besarkan NETWORKS. Hahahha, nampak tak penting network nih ? Lagi lagi kau buat business MLM, lagilah penting. TApi nak diceritakan, network ni nama glamer, ramai kenalan, jawabnya besarlah peluang dan cerita pasal kau dan produk kau orang akan tahu , ada peluang sales naik dan terus naik bila networks besar.

buka mulut barulah boleh besarkan networks

BUKA MULUT

Sebenarnya ada banyak cara nak besarkan network, hahhaa, cara paling best ialah BUKA MULUT, hahaha, itu je, kalau kau rajin buka mulut, rajin sembang, jawabnya kau boleh dapat prospek, tinggal nak follow up, dan lepas tuh dapatlah sales, samada member tuh beli shaklee, takpun kau dapat downline baru dalam MLM. Cerita best ni masa zaman haji roslan dapat downline haji hussin, hanya kerana haji roslan buka mulut dan cerita pasal business shaklee.

TEKNOLOGI

Zaman berubah ada je macam-macam teknologi. Itu pun masih ada yang malu lagi. Kalau nak ramaikan kenalan lagi, buka fb add ramai ramai orang dan share setiap kebaikan pasal produk dan business. Itu yang best, dan pantang larang adab, jangan pulak nak burukkan pesaing kau dalam business yang sama, hahaha.

REZEKI ALLAH 

Rezeki Allah luas, cuma kita berhijrah, berubah, ada harapan network nak besar, hahaha. Ada satu point lagi, pasal silaturahim, ini memang power, cara nak jaga network jangan sampai rosak. Sehingga ada satu hadith tentang rezeki dan silaturahim. Teruskan bergerak dan terus bergerak, teruskan berjumpa dan berjumpa, teruskan buka mulut. Insyaallah network kau BESAR !!!

PDRM Tangkap Bekas TPM ?

Salam seajhtera semua. Apa khabar ? dah lama tak bersiaran dalam blog nih, hahaha. Oklah sudah tiba masanya untuk gua melaporkan beberapa berita sensasi, tapi bukan berita pasal kebakaran menara PDRM, dan juga bukan pasal bekas TPM, tapi cerita pasal sekumpulan manusia yang belajar tentang hubungan itik dengan helang

Bebudak ireach tak beraya ke ?

Dalam kesibukan beraya, macam-macam hari raya, rumah terbuka, ofis terbuka, jalan terbuka, baju terbuka, kes terbuka, bebudak ireach yang diketuai oleh kak lyna noh dan abam zainul anuar telah bikin satu kelas best di Sri Rampai Shaklee. Hhahaa, inilah kelas yang selepas habis je closing maut pada bulan july, mereka terus bersemangat nak datang kelas, sebab orang kedua shaklee Mr Kelmen Ooi akan menurunkan ilmu turun menurun beliau. Memang segak dan kacak, pada pagi itu, semuanya bersemangat waja. Aku macam biasa jadi driver, bawak isteri, ketua kumpulan rama-rama dan ketua kumpulan shaklee masjid tanah.

Budak-budak pun suka pegang camera ?

Dalam masa yang sama, budak-budak anak anak leader shaklee telah membuat onar di depan kaunter shaklee, diorang ingat macam playground sahaja, habis satu shaklee kena selongkar, dengan suara bising, hahaha, tapi dalam masa yang sama, ada juga yang berbakat, suka pulak diorang ambil gambar , habis rosak camera, hahaha, ok rilek sudah, camera ok je, takda yang rosak pun.

Fahmy Shuhaimi ini hensem ke ?

Nampaknya lelaki kacak abam pengerusi ASB, encik Fahmy, nak cuba lawan, siapa yang paling hensem, hahaha dalam gambar tu kelihatan nampaknya ada banyak beza pendapat di situ, tapi semuanya cerita pasal nak berbusiness. Fahmy telah menjadi ayah mithali sekejap, sebab isterinya dah berpantang anak ketiga mereka, tahniah bro, tapi macam biasa, teruskan berpuasa selama 100 hari.

Pendedahan Rahsia Blogging Group Bonda Manis

Hahhaha, inilah kumpulan bonda manis, hahhaa, mereka telah berjaya mendapat banyak gile trafik masuk ke blog mereka. Hahha, memang dasyat, itulah strategi blogging alaf baru, jadi rahsia dia ialah kena senyum bila ambil gambar. Sebelum nak masuk sesi kedua bersama Mr Kelmen, jadinya, ambil gambar sangat penting untuk menyedari yang kita pergi kelas. Memang meriah sungguh shaklee Sri Rampai. Yang belakang tuh, berjambang dan berwajah bulat tu bukan team bonda manis, tapi dia abam munz, tauker harum manis, hahahaha, If hired, we’ll evaluate your needs. We’ll prioritise space footage, location, bedrooms, and amenities when home searching. We offer various models to help you pick a home. Visit https://www.mobile-home-buyers.com/virginia/sell-my-mobile-home-richmond-va/.

Itik Jumpa Helang ?

Gambar di atas bukan cerita pasal itik dengan helang, itu gambar selepas cerita itik dan helang dah di habiskan cerita, hahaha, oklah, amacam semua, ambil gambar peace yooo. Hahahha, itulah, kalau lepas kelas jangan jadi macam itik. Itik jalan melenggang, nak belajar terbang macam helang, dah penat-penat jumpa helang, dah pandai terbang, lepas tu balik still jalan melenggang, tapi tak terbang. Samalah macam kita, pergi belajar kelas, dah pandai, last-last tak guna pun ilmu yang kita belajar tuh, ish ish, janganlah jadi macam itik. Oklah sekian sahaja laporan saya tentang aktiviti hari sabtu. Aktiviti hari ahad lebih kepada sesi makan-makan di ofis baru supermom. chalet kampung mr os.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply