Cikgu Dina Pakai Prada

Cikgu Dina Pakai Prada

Cikgu Dina Pakai Prada. Semalam sempena hari guru tv9 siarkan balik cerita telefilem Cikgu Dina Pakai Prada. Tengok dengan wife dan anak anak, feel gile cerita dia. Mula mula ada elemen menyampah mengada, tapi didalam kepentingan tuh, cikgu bandar lebih ikhlas mengajar anak anak kampung. Cikgu Hakim pulak terego ego dengan seniority, gaji, dan lumrah cikgu kampung. Dina duduk kampung akhirnya pandai berdikari, disayangi murid murid dan Cikgu Hakim.

Nak mengajar bukanlah semata-mata gaji. Periksa bukan semata A, tapi ilmu, hahaha tagline cikgu Dina nih, budak budak semua suka belajar bahasa inggeris. Hahha, telefilem yang terbaik, khas untuk cikgu cikgu di luar sana.

SIAPA PILIHAN CIKGU PAUZI ?

Dalam kelas 5M di sebuah sekolah di kampung pisang, Cikgu Pauzi ingin melantik seorang ketua projek bagi mewakili kelas dalam Pertandingan Kereta Solar. Cikgu Pauzi sekarang ada masalah dalam melakukan pemilihan.

Dalam kelas cikgu pauzi, ada 22 murid. Seorang murid bernama Izat memilih Nazri sebagai penyokong. Seorang murid lagi bernama Yahya memilih Harun sebagai penyokong. Memang dasyat sebenarnya pemilihan Izat dan Yahya nih.

Izat adalah seorang budak yang popular dikalangan bukan islam dalam kelas 5M. Izat jenis yang selalu hadir ke sekolah, dan Izat juga menghantar kertas cadangan bagi pertandingan kereta solar nanti.

Bagi Yahya pula, beliau adalah budak genius dalam kelas 5M. Beliau dan Harun selalu tak datang sekolah, tapi beliau sentiasa disenangi oleh kawan kawan melayu dalam kelas 5M. Disebabkan beliau terlampau bijak, Yahya kata tak perlulah menghantar kertas cadangan untuk pertandingan kereta solar.

Cikgu Pauzi mula pening kepala bila memikirkan samada nak pilih Izat atau Yahya. Izat ada 9 sokongan manakalah Yahya ada 10 orang yang menyokong beliau. Lagi masalah bila ada 3 budak berkecuali yang taknak sokong sesiapa.

Agak agak koranglah, siapa pilihan cikgu Pauzi dalam memilih wakil kelas bagi pertandingan kereta solar ? Cuba komen jawapan korang.

KESABARAN CIKGU DARJAH SATU YANG VIRAL

Assalamualaikum Cikgu Asmadi Samad, saya Faiz Saaid, ayah kepada Arreessa Zulaikha, kelas 1 Neptune. Baru- baru nih saya membaca kisah cikgu di facebook kisah budak darjah satu dari sekolah. Semuanya diberitahu oleh isteri saya, oh ni cikgu sekolah Arreessa. Lepas dari kes tuh, saya terus singgah ke facebook cikgu. Isteri saya pun ada beritahu, cikgu pernah cakap status cikgu pernah masuk siakap keli, masa tuh saya baru hantar anak saya masa orientasi.

KAWAN BARU

Bila melihat semua status cikgu pasal anak anak darjah satu nih, saya memang terhibur bila ada anak murid suka dipanggil Abishek bachan, ada yang nak tocang frozen. Tapi masa saya hantar anak ke sekolah, kami perasan ada seorang pelajar yang pakai spek mata hitam dalam kelas cikgu. Tak kurang juga yang masih menangis sebab tak biasa lagi. Alhamdulillah, anak saya gembira dan mula kenal dengan kawan kawan baru di SKBA.

BERANI 

Saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu sebab BERANI bersuara dan sudi berkongsi di Media Sosial. Saya yakin, bila seorang cikgu mengeluarkan pendapat di media sosial, saya gembira ada cikgu yang sudi berkongsi pendapat dan cerita yang berlaku di sekolah. Memang sukar untuk kita berkongsi pendapat, kerana pendapat kita bukan semuanya suka. Adakalanya, ucapan kita di facebook boleh dilaporkan ke balai polis kerana menghina seseorang, walaupun hanya menggunakan bahasa kiasan.

DISIPLIN SEKOLAH

Minggu depan, bermulalah pembelajaran anak anak tahun 1 ini. Ibu bapa perlu lepaskan anak mereka. Masa ini mereka akan dibentuk disiplin di sekolah dan mula mendengar kata kata cikgu. Saya ucapkan terima kasih kepada cikgu, dan teruskan berkongsi di facebook tentang pendidikan. Terima kasih cikgu-cikgu SKBA kerana bersabar dengan perangai anak-anak kami. Semoga cikgu-cikgu diberikan kekuatan, dimurahkan rezeki, pahala akhirat dan dunia. Amin

Borang Sekolah Feeder Mengarut ?

Sebenarnya memang sukar nak tukar sekolah sesuka hati. Kalau kau dah hantar sekolah kat satu area, nanti masuk sekolah menengah boleh pilih sekolah feeder je dulu. Antara sekolah feeder anak aku ialah SMKS9, SMKS7, dan SSAASS. Sekolah ni memang molek sebab dekat dengan SKBA .

Tapi kitorg pun baru pindah SETIA ALAM. Bajet nak gantar SMK Setia Alam. Tapi tadi anak kata cikgu suruh pilih dulu sekolah feeder. Apa punya keje nak senang. Baik takyah letak sekolah tambahan dekat borang tuh. Nak buat cmana nih ?

Jawabnya aku kena gunakan teknik PPD untuk apply balik pertukaran sekolah. Hadoi, hahahah, nasib badan !!!!

Walaupun Baru Darjah 2, Budak-budak Perlu Tahu Erti Profesional

Semalam ialah hari  sukan sekolah Arreessa. hhahaha, kitorang seronoklah nak pergi. Arreessa dia ada sukar sikit perasaan tuh, sebab dia  cari kawan dia ramai tak datang. Tulah tengok, ada  yang datang dan ada  juga yang tak datang, mungkin sebab tak sertai. Jadi kuranglah sikit kuasa sokongan tuh. Semalam kami sokong Hadif dan Hana anak master lydzar dan kamarudin. Tapi disebalik cerita Hadif ini, ada satu plot yang tidak menyenangkan Master Din.

Kalau tengok video tuh, Master Din sah sah Hadif dapat nombor 1, budak baju hijau tuh ketinggalan. Tapi masa keputusan awal tuh, tetiba budak baju hijau tuh dapat nombor 1, hadif dapat nombor 2. Pelik sungguh, hahha apa lagi, Master Din kasi komplen beserta bukti video yang menunjukkan, Hadif dah cecah tali penamat dulu. Pergi tanya cikgu nih cikgu, akhirnya Cikgu Asmadi yang telah buat rombakan semula, dan akhirnya Hadif diberikan pingat Emas. Hhahaah tahniah.

Pengajaran cerita ini, kita perlu bersikap profesional.  Kalau kita rasa kita layak menang, buat rayuan cepat cepat. Tapi bukan buat rayuan mulut camtu je, atau komplen, tapi biarlah dengan bukti kukuh. LEpas tuh cool down dan jangan marah marah. Insyaaallah ada rezeki, kita boleh menang.

Mutu pengadilan pun kurang memuaskan, diharap cikgu sekolah dapat meningkatkan lagi kualiti pengadilan dalam acara sukan. Kita tunjukkan kualiti dan anak anak dapat menghargai sikap profesional cikgu dalam mengatasi kes sebegini. Tahniah Hadif, Hana, dan cikgu SKBA yang profesional kerana menerima rayuan master Din , hahaha. cikgu dina pakai prada.

Leave a Reply

%d bloggers like this: