Cut Sugar Boleh Kurus ?

Cut Sugar Boleh Kurus ?

Cut sugar boleh kurus ? banyak tips yang bagi supaya kita kena buang semua gula kalau nak kurus. jom kita baca pakar pakar dan testimonial yang berjaya cut sugar. Ada tak problem besar bila cut sugar nih ? Jom kita baca lagi.

KENAPA KENA CUT SUGAR KARBO ? PENGALAMAN SEORANG DOKTOR

Tak enjoy life lah kalau macam ni? Selalu saya dapat soalan ni. Dah hampir sebulan saya cut sugar and carbo. Dah hampir sebulan juga saya tak makan nasi. Diet ke? Saya banyak mengambil kursus di Harvard Universiti berkaitan lifestyle. Macam- macam kursus saya daftar dan bayar. Antaranya:

  1. Cognitive Fitness
  2. Improving sleep
  3. Improving your memory
  4. Sensitive guts
  5. Stress Management
  6. Positive Psyvhology

Semua kajian yang ada di atas related dengan lifestyle hidup kita. Makanan, otak, pemikiran, mood dan emosi etc sangat terkait rapat. Contohnya bila tak jaga tidur akan menyebabkan banyak isu berkaitan mental illness, naik darah tinggi, berat badan baik, diabetes, sakit berkaitan jantung, dementia dan sebagainya.

Tidur tak jaga akan effect emosi dan tekanan. Ianya akan mengganggu productiviti dan pengurusan masa kita. Dan antara root cause semua isu- isu terjadi adalah disebabkan perut. Pemakanan kita amat mempengaruhi tubuh badan untuk produce hormon Serotonin.

Apa tu hormon Serotonin?

Ianya adalah hormon yang Allah cipta untuk manusia supaya kita boleh gembira dan bahagia. Melalui penjagaan mood dan tidur. Sebab tu dikatakan manusia ada 3 otak.

  • Otak 1: Otak di kepala
  • Otak 2: Letak di hati
  • Otak 3: Perut

Otak dan perut ni saling berkait rapat. Selain produce Serotonin, disinilah sebenarnya mood kita dicipta.

  • Asyik takde mood.
  • Asyik lemau.
  • Asyik sedih.
  • Asyik stress?

Mungkin kena cek. Kita makan banyak apa?

Karbohidrat adalah antara punca stress naik.

Sebab tu ada pepatah kata ‘The Gut – Brain Connection’. Perut sihat – minda sihat – mood sihat. Ramai cerita mengenai menyayangi diri sendiri. Self love. Contoh pergi healing, reward diri sendiri, lagi apa.. banyak cara untuk self love.

Tapi lupa nak sayang diri dengan jaga apa yang kita makan. Macam saya sebelum ni memang sangat suka dessert. Padahal dessert tu penuh gula. Dan gula adalah racun. Selama ni saya makan racun. Macamana saya boleh cakap yang saya sayangi diri saya?

Kenapa pula kena sayangi diri kita sendiri?

Sebab Allah dah ciptakan kita dengan penuh kesempurnaan. Sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah At Tin (ayat 4).”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” Jadi antara tanda bersyukur adalah ambil tanggungjawab jaga tubuh badan yang Allah dah pinjamkan.

  • Jaga pemikiran
  • Jaga perasaan
  • Jaga tingkahlaku
  • Termasuk jaga pemakanan.

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma’dikarib RA, ia berkata bahawa Baginda SAW bersabda:

“Tidak ada tempat yang lebih buruk daripada memenuhi perut keturunan Adam. Cukup keturunan Adam mengambil apa yang dapat menguatkan tulangnya. Jika ia adalah sesuatu yang perlu untuk diisi, maka satu pertiga makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Saya suka cara mudah iaitu :

  • kurangkan karbohidrat termasuk mee, nasi dan roti
  • kurangkan minum manis
  • lebihkan Protien + Fat
  • banyakkan perpuasa.

Dan untuk menjawab soalan ramai. Saya masih enjoy dengan apa yang saya makan. Nampak tak? Makan sampai tertutup mata. Happy sebab dapat makan itik salai power, ikan bakar, pais ikan patin, bendi dan terung. Minum air kosong 2 gelas.

Alhamdullilah. Bila makan kat luar, saya makan lauk- pauk yang berbentuk protien. Ini akan meningkatkan ‘satiesty’ iaitu rasa kenyang. Inilah rahsianya. In Shaa Allah. Cubalah. Siapa nak jadi geng? Lokasi: Salai Power, Jalan Kebun. Wallahualam.

TESTIMONIAL CUT SUGAR BOLEH KURUS

Jangan Makan Kuih Kalau Nak Kurus

Kadang kadang ada yang bertanya..kiter jogging atau briskwalk Hari Hari..tp tk kurus pun.. sebab tk jaga pemakanan.. lepas jogging gi melantak mcm mcm..

My way of maintaing my weight.. and Masa nak kurus tu..CUT SUGAR  JANGAN makan kuih muih tuu..banyak gula tuu.. JANGAN makan Pisang goreng la.. yang bertepung tuu…minum air semua tanpa gula.. contoh teh o ais kosong.. JANGAN minum air yang ada susu pekat .it’s NO!! Dan lastly.. malam I buat intermittent fasting.. I puasa makan dari pukul 8 malam sampai besok pagi dlm pukul 9 pagi atau sampai pukul 11pagi.. cmtu laaa…  Nak kurus kannn… Kena la disiplin.. good luck

Nak buat sesuatu tu jgn bagi banyak alasan..tkde Masa.. ada je boleh je Cari Masa..sebab MALAS jeee… Kannn.. nanti dh banyak penyakit baru tahu kalau tak buat sesuatu..

10 Bulan Turun Hampir 50kg ?

Saya tahu hari ni ada viral berkenaan ic saya tu.. Mmg jauh beza kan gmbr ic sebelum dan selepas.. Mana taknya.. Sebelum ni berat drpd 50kg naik ke 100kg..mesti la ada perubahan ketara pada wajah kita.. Selama lebih kurang 12 tahun saya gain weight.. So ape yg berlaku..

Lemak2 di muka, leher dan seluruh badan pun mula menukarkan bentuk fizikal dan rupa asal kita..Berat badan naik punca tak jaga makan..lifestyle mula tak betul… Kerap Makan fast food.. Makan berat lewat malam.. Tidur lambat… Lama kelamaan kesihatan dan mula terjejas..

Buat medical check up tiap2 Tahun.. Medical report pun Semakin merosot.. Semua border line je…Lepas tu ambil keputusan muktamad.. Ape nak jadi.. Jadi lah.. Mula start cut sugar, cut carbohydrates..amalkan IF.. 1bulan pertama hanya ambil sayur2 dan protein shj..

Time tu badan shaking xberenti2.. Sbb kurang sugar kan.. Ape nak buat.. Layan kan je lah.. Bila badan dah boleh accept lifestyle baru selepas beberapa bulan.. Baru la ok skit..Lepas beberapa bulan tu dah mula lose weight.. Muka pun nmpk cerah.. Muka mula mengecil…

Saya ambil masa total 10 bulan untuk lose weight from 100kg to 58kg..dgn amalkan IF, cut sugar, cut carbohydrates.. Dan sampai ke hari ni masih lg jaga pemakanan.. Cuma dah mula makan nasi sikit..Hari ni umur saya dah capai 34 tahun.. Alhamdulillah berat hari ni 58kg..wajah saya sekarang hampir kembali kepada yg asal..

Kpd netizen2 yg cakap saya buat pembedahan plastik.. Boleh cuba scroll atau cari sumber dlu.. Kawan2 yg dah lama kenal saya since saya sekolah lg.. Inilah wajah asal saya.. Xde yg berubah atau yg pelik pada wajah yg sekarang pun..

Saya tak ubah ape2 pada wajah yg Skarang…. Saya xde buat ape2 surgery pada wajah saya sekarang..Semoga bermanfaat..

Sape kata gemuk x boleh kurus

aku dah bukti kan dah yg berat aku dulu 100 kg skrg 65kg.. 35kg weyhhh aku boleh turun.. cut sugar.. jgn mkn nasi jgn makan makanan manis.. dan rajin buat senaman kat rumah pun boleh x yah g gym.dulu aku selalu dihina kerana gemuk.. diorg cabar aku suruh kurus tp skrg aku dah bukti kan yg aku boleh turun kan berat bdn ,inilah Alia pantang dicabar

Leave a Reply