Dajal Masuk MRSM ?

Dajal Masuk MRSM ?

Anak Dajal Masuk Asrama

Seram melihat buli di asrama, rupanya masih berlanjutan sampai sekarang. Makin halus. Ia lebih kepada rasionalisasi tindakan mangsa yang dibuli itu sendiri untuk mengambil tindakan luar jangka contohnya mencederakan diri atau bunuh diri, bukan pembuli yang pegi hempuk mangsa buli depan-depan.

Zaman berubah, cabaran ibu ayah berubah. Siapa yang pernah berada di asrama mesti ada yang pernah rasa dan berserah diri kepada Allah sahaja ketika tidur sehingga bangkit semula. Perbuatan pembuli asrama adalah sangat tidak terjangka dan paling teruk perlu hidup dalam tekanan sehingga banyak masa dihabiskan memikirkan trauma pasca buli sampaikan tumpuan dalam kelas pun terganggu.

Paling teruk bila mangsa buli merasakan ibu ayah dan guru-guru lebih sayangkan pembuli dari mereka yang dibuli. Saat ini, malapetaka paling buruk akan berlaku dan meninggalkan kesan jangka panjang kepada sistem tersebut.

Apa ibu ayah perlu buat?

1. Selalu tanya khabar sesi 1 to 1 dengan anak. Bila ada benda sensitif jangan terus gelabah ke sekolah, bincang secara senyap.

2. Guru-guru pentadbir asrama mohon lebih sensitif menjaga kerahsiaan pelapor/mangsa buli. Jangan ambil mudah, tuan-puan tidur di rumah warden tapi pelajar bebas merayap.

3. Pentadbir sekolah perlu keras dalam mengambil tindakan, tindakan menangguh hukuman atau peluang demi peluang diberikan kepada pembuli akan merosakkan psikologi mangsa-mangsa buli.

4. Pentadbir JANGAN AMBIL MUDAH kepada setiap laporan pelajar yang teraniaya. Tidak semua pelajar bersedia meluahkan 100% cerita sebenar sehingga mereka mempunyai 100% kepercayaan kepada pihak tuan-puan.

5. Ibu bapa perlu akur asrama sekolah atau tahfiz bukan tempat melepaskan masalah anak yang di luar kawalan anda di rumah. Jangan jadikan masalah keluarga anda sebagai masalah sekolah atau masyarakat. Budak yang tak ready akan berhalusinasi atau play victim kelak akan menyusahkan orang lain.

6. Semua pihak perlu akur, tindakan paling baik untuk pembuli asrama ialah buang dari asrama serta merta. Lebih mudah menjaga lembu sekandang dari menjaga seekor lembu gila di celah-celah lembu lain. Silap haribulan yang lain sekandang kurus kering hilang selera makan, luka dirodok sana sini tetapi lembu pembuli gila yang naik gemuk hidup bahagia membina sistem gangsterism atau radicalism hierarchy seawal di sekolah. AWAS!

Leave a Reply

%d bloggers like this: