Dapat Banyak Like Facebook ?

banyak like status facebook

Dapat Banyak Like Facebook ? Alhamdulillah, hari ni dapat makan roti  canai lembab sedap di seksyen 6 shah alam. Ye memang  lembab sebab ramai gile order jadi lembab badan nak menunggu bila nak siap, padahal bungkus biasa 5 je.

Tapi cerita aku hari ni bukan pasal roti canai, tapi cerita macam mana nak dapat banyak like. hahhaha, bila sebut  pasal like nih, ye facebook ni ada hal macam macam. Ada dua jenis like, satu  yang like post, satu likers fb, ok dua  dua kita bincang.

Satu Like Pun Aku Tak Dapat ?

Memang diikutkan dulu, memang senang nak dapat like, letak status je orang like, tapi tengok pada keaadaan. Banyak faktor sebenarnya kalau nak dapat like nih. Semuanya bergantung kepada kau sendiri. Hahhaa, sebab facebook sendiri ini, kena usahakan. Di sebabkan banyak perubahan yang berlaku dalam facebook sekarang, tentu  sekali ada beberapa pantang larang yang boleh buat dan yang tak bagus buat dekat facebook.

Like ni bergantung kepada kawan kawan kita.

Tengoklah kawan kawan kita suka apa,  kalau jenis yang layan je, boleh lah dapat like. Cara facebook menguji berapa banyak like boleh dapat ni adalah dia test  dulu post tuh ada orang like ke tak, kalau dah ada orang like, dia akan sikit  sikit timbul dekat newsfeed orang lain.

Logik paling best adalah dengan ramaikan followers dan likers,

makin tinggi harapan kau nak dapat like, tapi ingat, semuanya bergantung pada topik yang kau nak bincangkan.  Kalau topik itu memang kena dengan diorang, memang boleh dapat  banyak like. Ada satu masa, dapat like berapa kerat  je, sebab topik kau tuh memang membosankan, dan sekadar nak promosi barang semata-mata.

Lagi parah kalau kau ajak orang lain keluar  dari facebook,

lagi facebook tak suka. Facebook dengan mudahnya, dia nak engagement. Dia nak orang duduk diam dekat facebook, once kau ajak  dia keluar, memang  dia potong markah, kau. Tapi kekadang kalau facebook artikel kau tuh  bagus, tentu sekali boleh viral, itupun bergantung pada topik tuh kuat ke tidak, dan jugak berapa likers yang kau ada.

Jadi  the best thing kau boleh buat  ialah mantapkan penulisan status,

cuba kumpul followers atau likers, tak pun buat je benda viral,  yang mudah orang kongsikan. Tapi ianya memerlukan kesabaran, dan usaha berterusan.

Jadi paling penting ialah CONTENT MARKETING.

Content kau kena power, selepas power, kau kena promote, nanti kau akan terkejut,  kau akan dapat banyak like dan share. Masa tuh memang peluang Likers atau Followers facebook kau akan bertambah.

Oklah itu  saja tips mudah nak dapat like banyak.  

Kalau korang follow bebudak dubook, pakar copy  wiriting, orang yang popular, mereka ni memang dah orang nak follow. Tapi kalau kau betul betul popular nak like banyak,  kau kena start mantapkan content facebook kau. kalau bosan, meman ramai tak like, lagi satu kena selalu update facebook. Ok ? tips mudah hari ni sebelum raya haji. Tips nak buat content ni aku share kat bawah, shooting dekat cameron highlands.

https://youtu.be/PLGoLMuWvvQ

Teknik Dapat Like Banyak Facebook Page

Alhamdulillah, bulan puasa nih, sedap betul rasanya puasa dengan minuman bertenaga, kafein semula jadi, berat ada turun sikit, oklah, nak target  turun banyak. Tapi sedap badan boleh buat bertenaga, boleh bikin kerja kat komputer, jawabnya promote blog kaw kaw punya, sambil update facebook baik punya. ini ada sikit tips baik punya nak share. Boleh follow. Result terkini page Diet Diet Sihat, hahahha.

Teknik nak dapat like ni sebenarnya kena rajin update je, selalu letak content yang orang selalu suka, kata kata hikmah, kata kata lawak, lepas kena engage dengan likers. Hahha, ini aku buat baik punya, bolehlah naikkan like sebanyak 1000 plus dalam seminggu. Rekod terbaik dulu pernah generate like 4000 lebih. TApi masih tak leh lawan page gile gile macam page ikan siakap dan lain lain. Oklah, takpa, janji rock.

Tapi nak start nak generate banyak like,

kenalah cari cara nak upkan like banyak gile, nanti lama-lama naiklah. Nak power, buatlah page wanite ke. tak pun beli page yang dah ada, tak pun buat page artis lawak. Hahhaha, takpa, janji rajin nak buat.

Banyak likers ni ada kelebihan dan kekurangan. Kalau nak teror korang belajar lah teknik FB Ads macam sifu jamal, belajar retargeting dan macam-macam kebabom firdaus azizi, dan macam-macam lagi. Banyak sifu mifu kat luar, tinggal korang nak ke tak nak.

Lagi rahsia, aku suka handphone laju, atleast kalau dapat ram 1 gig lebih, lagi laju aku boleh buat kerja, nak update page bukan susah pun, sambil tunggu buka puasa pun boleh buat. Yang ni sangat penting, nak naikkan engagement, hahahaha. Oklah sekian sahaja dari bilik berita, assalamualaikum.

Cara Nak Dapat Gambar Banyak Like Facebook

Macam macam cara sekarang ni, semua nya nak gambar diorang nak like banyak di facebook, adui, ada yang tuh aku tengok ramai je like gambar dia. Ada yang tu, letak gambar tah hapa hapa pun, ada jugak yang like, ada yang tu aku tengok, takda orang like, yang like pun sebab tertekan like. hahahha. Oklah, aku nak share jugaklah orang trend sekarang nih nak like banyak

Awek Cun Banyak Like Tak ?

Antara yang menjadi topik perbualan hangat ialah, awek cun nih, ramai tak like ? Hhaha, yang ni aku tak jaminlah, tapi biasanya ramai je like muka cunz. Tudung, body mantap sikit, duckface , dan macam macam teknik seksi nampak lurah, ada je yang like. Hahhaah, ini teknik terbaik nak dapat like banyak di facebook.

Masuk Pertandingan

Ada pulak dalam facebook nih, orang guna buat contest, sapa dapat banyak like, akan terus menang piala pusingan. Ada yang dapat bercuti dan sebagainya. Ini kawan aku ada cakap dulu, wife dia dapat banyak like terus dapat tiket bercuti ke jakarta dan sebagainya. Oklah, ada yang tu, sanggup tuh, suruh rakan rakan saudara mara like, merayu dalam fb, pm sorang sorang dan sebagainya.

Gambar TROLL

Hhahah, paling power tentu sekali gambar troll terbaik, yang ni ramai pandai buat. Paling gile aku suka troll sukan star, bahabye memang tahap gilalah. Sebab game bola nih ramai je yang troll. Ada yang lagi satu aku suka ialah KJ tweet balik gambar orang troll kat dia. Itu baru cool, barulah orang nak like.

Gambar Berkualiti

Apapun letaklah gambar yang ada kualiti, bukan sahaja gambar itu jelas. Tapi makna di sebalik gambar tuh, ramai yang dapat manfaat. Itu lagi bagus, tak perlu banyak like pun takpa, janji ianya cukup memberi pengajaran. Pembelajaran dan penyedihan, boleh kata, satu gambar yang baik, membuatkan ramai insaf tengok gambar tuh

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply