Diet IF Paling Berkesan ?

Diet IF Paling Berkesan ?

Diet IF Paling Berkesan. Siapa Paling Cepat Kurus? Kes Intermittent Fasting timbul sekali lagi di media sosial. Kali ini saya taknak mengambil langkah yang sama dengan memberi komen di posting dari Lisa Surihani. Saya hanya post berkenaan perkara ini di wall saya dan harap dapat sebarkan untuk kalian faham sebenarnya diet bukanlah siapa paling cepat kurus tapi memilih yang paling sesuai untuk anda amalkan jangka masa panjang.

Bukan saya menidakkan bahawa IF

ada memberi kesan positif kepad badan manusia tetapi saya katakan bahawa ia tidak sesuai untuk semua orang dan sesetengah golongan perlu berhati-hati dalam mengamalkan jenis diet sebegini. Banyak pendapat berkenaan IF ini tapi saya berikan pendapat berdasarkan kajian yang telah diterbitkan.

Kajian berkenaan IF banyak dilakukan terhadap haiwan dan hanya sedikit terhadap manusia. Kalau ada pun setakat ini hanya melibatkan jumlah yang kecil sahaja. Jadi untuk mendapat konklusi dari jumlah yang kecil dan mewakili keseluruhan populasi adalah tidak sesuai setakat ini.

Journal bertajuk INTERMITTENT FASTING AND HUMAN METABOLIC HEALTH pada tahun 2015 membuat konklusi bahawa setakat ini tiada bukti kukuh yang mengatakan IF lebih superior/lebih berkesan dari diet biasa yang menyarankan 6x makan setiap hari.

Circadian rythm yang dicanang adalah sebenarnya dari kajian terhadap haiwan, bukannya manusia.

Tidak salah untuk ikut tapi anda jela ikut. Nak ajar orang lain, perlu lebih bertanggungjawab jika ada apa-apa kesan negatif lebih-lebih lagi jika mereka golongan berisiko.

Akhir sekali, saya hanya mahu berpesan bahawa jika mahu kekalkan berat badan yang telah turun, fokus pada konsisten. Buat diet yang anda boleh konsisten jangka masa panjang.

Kalau IF berkesan untuk anda, silakan. Tapi perlu tahu exit plan kalau jadi apa-apa. Kembali kepada diet sihat yang fokus masa, jumlah dan jenis.

Saya TIDAK KAGUM jika anda turun 100kg pun dalam 1 bulan. Saya hanya kagum jika anda dapat kekalkan apa yang telah anda turunkan.

PENGALAMAN MELAKUKAN DIET INTERMITENT FASTING 17.2.2022

Saya ucapkan terima kasih atas ucapan Selamat Ulang Tahun ke 52 yang masuk bertalu-talu dari pelbagai media, seperti Facebook, Wassap, Telegram, Instagram dan Twitter. Terima kasih atas doa yang baik-baik dari tuan puan.

Saya hendak kongsikan beberapa pengalaman ketika melakukan Diet Intermittent Fasting. Memang diet ini tidak popular dan dicurigakan. Macam-macam fitnah dilemparkan.

Antara soalan yang saya terima semalam. Apa yang terjadi jika kita kerap melakukan diet ini?

Saya sendiri hampir setiap hari melakukan DIF 12:12 dan dalam seminggu dua kali buat DIF 16:8. Jarang-jarang melakukan OMAD. Ini kerana berat saya sudah 75kg. Sudah berat ideal untuk ketinggian saya 175cm. Jika kurus lagi mungkin akan seperti jerangkung hidup atau orang sakit.

Jadi saya amal DIF untuk kesihatan, bukan untuk kurus lagi. Fokus kepada makanan yang bernutrisi. Tak adalah buat DIF panjang. Tetapi DIF ini pula sudah seperti budaya pemakanan saya. Saya makan bila benar-benar lapar. Makan sikit pun sudah kenyang. Makan berlebihan akan buat tubuh saya rasa lemah pula.

Sebenarnya tiada kemudaratan jika kita DIF untuk jangkamasa yang panjang. Ini kerana dalam DIF kita berpuasa dan kita makan. Kita makan dan simpan tenaga. Kita berlapar untuk belanjakan tenaga yang disimpan. Jadi tiada tenaga (lemak) berlebihan dalam tubuh.

Selain itu kita minum air tanpa kalori. Ia membantu kita menghasilkan tenaga dari lemak yang dimakan dengan lebih berkesan.

Kata Dr Jason Fung, pakar nephrologi dari Kanada yang menjadi pelopor diet ini berkata, kita bukan kebuluran. Kita bukan tak makan dan minum sampai berhari-hari atau berminggu-minggu. Dalam DIF, kita berpuasa (tidak makan) dan bila tiba masanya kita makan. Sepanjang masa kita boleh minum air.

Senario yang paling buruk pun jika lapar sangat dan tak mampu meneruskan DIF, pergi makanlah. Tak perlu meneruskan DIF. Bukan jadi kesalahan pun. Tiada orang yang menghalang kita untuk makan.

Memang ada pengamal DIF yang melakukan One Meal A Day ( OMAD). Atau style ala Warrior. Tidak makan lebih 24 jam. Mereka semua sudah biasa melakukan DIF. Bukan calang-calang orang yang boleh melakukan style Warrior ini. Saya pun tak mampu. Tapi jangan risau sebab mereka minum air dan tenaga akan dihasilkan dari pembakaran lemak. Bila waktu makan, mereka akan makan.

DIF bukan diet kebuluran. Jika mampu setakat 12 jam, buatlah 12 jam dulu. Perlahan-lahan panjangkan untuk 16 jam, 18 jam, 23 jam dan seterusnya. Ia adalah langkah yang dilakukan secara beransur-ansur. Jangan melakukan secara drastik. Nanti merana.

Tapi di Malaysia ini ada tak orang mati sebab tak makan? Yang ramai mati pula adalah yang terlebih makan dan makan banyak ubat untuk mengawal penyakit metabolik.

Nabi kita pun selalu berlapar. Hidup sederhana. Jadi nak amal DIF, kena ada ilmu. Jangan belsjar tanpa guru, bahaya.

Ape khabar sahabat semua, semoga semua dalam keadaan baik.

Kali ni saya sangat berbesar hati nak kongsikan pengalaman saya berjaya turunkan berat 25 kg dalam masa 3 bulan dengan pelbagai diet antaranya paling berkesan IF.

Ada orang pernah tanya pengalaman saya masa gemuk dulu;

“Dan, kau pernah gemuk ke tak??…”

“Pernah, dan aku rasa tak nak jadi gemuk lagi lepas ni, sebab perasaan masa gemuk tu, orang yang alami sendiri je tahu, paling stress bila tengok kat cermin muka ngan leher sama line je, pastu stress seluar tak payah pakai tali pinggang, beli mahal-mahal jenama buaya tapi tak pakai, haha. Paling menyirap bila lift kat ofis penuh, terpaksa naik tangga, belum habis setingkat, dah mengah separuh mati, aduss.Tu tak cerita lagi kena tinggal girlfriend pasal gemuk tak berapa hensem…”

(Panjang lagilah kalau nak cerita pengalaman tak syok masa gemuk tu)

Sahabat, siapa suka semua perasaan tu, kalau tanya kawan-kawan kita yang obes tu, memang diorang tak suka, kalau boleh nak kurus ada 6pack, tapi macam tulah, tak senang nak dapat kan.

So apa aku buat yang boleh aku kongsi kat korang semua;

1. Aku kena faham jenis genetik badan aku, ada 3 jenis kan, ectomorph, mesomorph, endomorf. Aku ni jenis endomorph, maksudnya cepat gemuk dan susah kurus kalau tak jaga badan.

2. Kena capai kalori defisit, mudah je, kalori aku perlukan sekitar 2500-3000kcal, so aku ambik 1500-1800kcal sehari, so defisit 500-700kcal sehari, konsisten sebulan, sedar tak sedar turun 10kg bulan pertama.

3. Diet apa yang sesuai? Aku cuba pelbagai jenis diet, atkin, keto, diet makan telur je, diet makan buah epal, pisang je, makan sayur je pun cuba dah. Tak nafi memang berat turun, tapi tak dapat konsisten.

4. So senang cerita aku buat IF jela, bnyak jenis IF kan, warrior ke, OMAD ke, aku amal 12 ON 12 OFF, puasa 12jam, makan 12 jam, tapi makan makanan yang clean sihat lah, bukan melantak ya. Bagusnya IF ni, jimat duit, perut rasa kempis dan badan ringan je tau.

5. Nak makan apa, senang je, kurangkan kuantiti gula, karbo dan minyak, kurangkan dulu, jangan stop terus mengejut, takut badan stress tak dapat konsisten, sia-sia je usaha diet kita, so step-by-step sampai kita selesa dengan diet IF tu, barulah kita enjoy boleh konsisten.

6. Aku bersenam ke tak? Offcourse aku bersenam, memang boleh turun berat kalau buat IF je tak exercise, tapi aku taknaklah kurus tak sihat, so starting aku buat exercise light je fast walk, slow jog 40-50 minit 3 kali seminggu. Bila stamina dah ok baru aku buat tabata.

7. Starting berat turun laju je, seminggu 5kg rilek je, pastu dia jadi slow, orang kata berat air kan, so bila jadi slow tula aku ubah diet dengan exercise aku, sebab slow tu badan dah mula bakar lemak, lemak ni sel padat berbanding air, sebab tula slow je turun bila dah mula bakar lemak, tapi badan rasa ringan tau, syok tu.

8. Tak nafi, memang rasa down, kadang rasa lemah semangat, takde mood, lebih-lebih lagi buat sorang-sorang je, takde partner support, takpe aku fikir aku buat ni untuk diri aku, jangka panjang, masa depan aku, siapa lagi yang nak buat untuk aku kalau bukan aku sendiri. sekejap je stress diet 3 bulan je, bila dapat dah, aku maintain jelah, fleksibel jela diet aku.

Aku konsisten amal semua tu 3 bulan, Alhamdulillah berjaya drop 25kg.

Antara benda yang ramai orang tanya aku, apa benda aku makan boleh kurus tu, kalau nak share kat sini panjang sangat, korang boleh join Channel Telegram aku https://t.me/muhammad_rashdan
Aku ada share tips senaman, pemakanan, motivasi, dan nilai murni dalam kehidupan.

Thanks gais, sudi luangkan masa baca perkongsian saya

Diet Orang Kencing Manis.

Menurunkan bacaan gula dari 17.1 ke bacaan normal 6.0 bukan satu kebanggaan bagi seorang yang telah didapati mempunyai penyakit kencing manis. Tetapi mengawal dari bacaan darah lebih tinggi itu adalah usaha yang beeterusan. Ianya boleh naik bila-bila masa.

Bukan mudah dan ianya mengambil masa untuk menurunkannya tanpa mengambil ubat klinik. Tika saya disahkan mempunyai penyakit kencing manis, rupanya emosi terganggu. Mula risau dan cepat down. Tapi saya perlu lakukan sesuatu untuk diri saya. Doktor tak boleh membantu saya.

Kencing manis boleh menyebabkan banyak penyakit lain termasuk kegagalan buah pinggang yang kronik. Keluarga saya termasuk arwah ibu dan ayah saya adalah pengidap penyakit kencing manis. Maka kebarangkalian besar untuk saya mendapatnya adalah tinggi.

Menceritakan pengalaman ini hanya sebuah perkongsian. Saya menjaga arwah ibu yang mengidap penyakit kencing manis selama lebih 20 tahun. Sehingga peringkat akhirnya dia terpaksa mengambil insulin untuk mengawal bacaan gula dalam darah.

Semakin kita berumur, daya tahan badan kita juga menurun dan sukar untuk menurunkan bacaan secara semula jadi.

Sebolehnya jika anda masih berumur bawah 50 tahun, kita masih berpeluang mengawal bacaan gula dalam darah secara semula jadi. Adakah anda sanggup makan segenggam pil setiap hari. Jika terpaksa ianya perlu juga dikuti tetapi jika ada pilihan usahalah ianya dengan semula jadi.

Satu hari tak lama dulu, bacaan gula darah saya tinggi. Nasihat doktor adalah saya mengambil ubat dari hospital. Saya tanya apakah ada cara lain?. Ianya berkata hanya dengan aktiviti keluarkan peluh setiap hari dan mengurangkan berat badan.

3 tahun lalu saya mulakan pertanian fertigasi. Tujuan utamanya adalah menjadikan aktiviti berpeluh. Saya mula membela rusa dan kambing. Jika diminta saya berjoging ianya mungkin sesuatu yang mustahil kerana saya tak berdisplin.

Diet orang kencing manis.

+ jangan ambil langsung air manis.
+ kurangkan secara drastik pengambilan nasi dan roti

Kedua-duanya saya mengaku bukan mudah. Lebih lagi orang macam saya yang memang suka makan.

Perkara yang paling mudah adalah berpuasa berselang seli setiap hari. Puasa mengelakan kita terus bernafsu untuk makan. Puasa untuk kesihatan. Bagi kita yang dah berumur 40an ni puasa adalah sangat baik. Tahan lapar yang panjang akan membuatkan gula dalam darah digunakan dan ditukar jadi tenaga.

Subahanallah
Allahuakbar
Alhamdulilah

Bacalah banyak buku kesihatan, bertindak sedikit demi sedikit tabiaat pemakanan dan senaman.

Kita memang sentiasa perlu berjaga-jaga. Penyakit memang sudah ada. Saya akan cek selang 3 hari tekanan darah, bacaan gula dalam darah untuk memastikan masih terkawal.

Diet ni pelbagai. Badan kita pun tak sama. That’s why for me dalam diet ni takde istilah betul atau salah. Yang ada hanyalah diet mana yang lebih berkesan? That’s why in my guide I ajar diet tapi I minta utk peserta adjust accordingly. Sebab I faham condition badan & kesihatan manusia ni berbeza2.

Sebab tu jugak I sentiasa cari supplement yg membantu utk mudahkan journey kurus. Sebab memang ada orang yang dia perlukan bantuan supplement untuk memudahkan dia nak diet.

So to so called coach diet yang rasa cara aku ajar orang kurus je betul tu, mohon belajar lagi. Diet and fitness ni terlalu luas ilmunya. We learn new things every day. Even I sendiri sampai sekarang masih belajar setiap hari.

Yang utama adalah know your body. Kalau u jenis takleh tinggal nasi, nanti pengsan la pitam la. Takyah la gagah taknak makan nasi. But ada orang yg memang tak makan nasi dia boleh ikut diet low carbs so oklah ikut diet tu.

Must understand diet ni adalah benda yang kita perlu buat berpanjangan. Even me myself. Masa awal-awal nak lose weight I memang buat low carbs diet and I eat clean most of the time. Tapi after I start belajar fitness nak build up muscle, I lift weight. I ubah diet I kepada balance diet sebab I nak naikkan berat badan I.

So u can always adjust your diet accordingly. Yang paling utama pilih la pemakanan sihat. Nak mudah. 80% makanan sihat, real food. 20% makan la nak makan apa pun. Contohnya u makan sihat utk 3 meal. 1 meal u nak makan burger ok je. As long masih dalam calorie intake seharian.

So I nak ajar pasal diet ni memang take time nak bagi orang faham. Sebab tu kalau nak belajar masukla group. And belajar slowly, try buat and adjust sampai jadi.

I nak start buat workout group live ni. Cepat sape nk join pm I now.

1. Pernah dulu, dalam masa 3 bulan, berat saya tidak turun walaupun setiap hari saya work out dan membakar kalori sekurang-kurangnya 1000kcal setiap hari. Tapi, saya rasa macam ada pengurangan saiz (inch loss).

2. Jadi, saya pun memujuk hati saya, tak apa tak turun berat asalkan dapat inch loss. Saya pun teruskan mengamalkan cara makan yang sama. Dan, makin hari berat makin naik pula. Ish… ini suatu yang pelik.

3. Suatu hari, saya berjumpa dengan seorang dietitian semasa sedang work out. Beliau berumur 57 tahun dan telah lebih 30 tahun menjadi dietitian dan ada ijazah kedoktoran.

4. Beliau memperkenalkan kepada saya satu gaya diet yang lebih berkesan. Alhamdulillah, saya terus mengamalkan apa yang beliau ajar. Dan kesannya, saya dapat lihat dalam masa seminggu. Turun 3kg Masya-Allah. Dalam hati kata, ya Allah, mudah je nak turun berat rupanya.

5. Pada mulanya, saya agak berat nak amalkan diet yang beliau ajar tu. Sebab, banyak komen-komen orang kata diet macam ni tak baguslah, itu la ini la… tapi, saya nekad untuk mencubanya. Dan, saya sendiri mendapat hasilnya. Sekaligus menafikan setiap kata-kata orang sebelum ini.

6. Kesilapan saya, sebelum ini, saya kerap makan buah. Orang kata, takpa makan buah. Kalori tak tinggi. Saya pun ikut cakap orang. Breakfast makan buah. Lunch makan buah. Snacking makan buah. Supper makan buah. Banyak jugak la melantak buah tu.

7. Dietitian tadi menjelaskan kepada saya, buah ni banyak gula fructose. Fructose tu akan jadi lemak dalam badan. Ya Allah, salah amalan rupanya aku selama ni?

8. Yang kedua dia kata, kena jarakkan sekurang-kurangnya 5 jam antara waktu makan. Dalam 5 jam tu, hanya minum air kosong atau air tanpa kalori seperti kopi kosong atau teh kosong. Barulah insulin dapat proses makanan dengan efisien, barulah gula dapat menjadi tenaga. Barulah lemak dapat dibakar. Allahu, tersilap lagi aku! Selama ni dok makan setiap 2 jam. Lapar je, kunyah. Lapar je kunyah.

9. Alhamdulillah. Sekarang saya bukan lagi menjarakkan masa 5 jam. Tapi, 18 jam. Makanan terakhir saya ialah makanan yang ada tinggi protein, ada lemak dan kurang karbohidrat yang saya makan sebelum Maghrib. Lepas tu, saya hanya minum air. Tidur awal pukul 11 malam.

10. Esok pagi, bangun tidur terus minum air kosong dulu. Breakfast saya hanya segelas kopi tanpa gula, tanpa krimer. Kemudian, pukul 1 petang baru makan tengah hari. Kemudian, makan lagi sebelum Maghrib. Dalam menu saya, karbohidrat paling kurang. Karbohidrat adalah glukos. Saya replace karbohidrat dengan protein dan lemak sihat.

11. Bagi menampung jurang nutrisi, saya mengambil multivitamin #Nutrilite. Saya ada tunjuk setiap botol supplements saya kepada dietitian, dia kata, semua ni bagus. Teruskan makan dan jangan stop. Antara supplements yang saya ambil ialah Vitamin C, Calcium, Magnesium, Multivitamin, Omega 3 dan B Complex.

12. Wallahi, saya berasa sihat dan bertenaga. Nikmat makan semakin disyukuri.

Anda nak cuba, cubalah.
Tak nak cuba, tak apa.
Badan kita tak sama, kan?

Leave a Reply