Diet OMAD Malaysia
Diet OMAD Malaysia Question :- buleh dak kalu saya nak diet atkins… Tapi hari2 makan teloq shj. Saya budget kureng.
Answer :- buleh cheq oii… Selagi mana hang tak muak… Makan lah. Sayoq jgn di lupa… Tapi abam habaq ja lah siap2. Tak ramai org yg mampu nak sustain diet depa dgn cara ni. Kalau mampu… Variasikan lah menu2 harian dgn pelbagai sumber protein yg lain (ayam, ikan, daging etc) sudah fitrah manusia… Cemuih tu wajib akan rasa.
Question :- saya nak buat IF + diet atkins buleh dak?
Answer :- buleh.. Tapi pastikan ampa faham rules atkins. Makan kena cukup… Eat right not less. Kita xpromote crash diet di sini ok. Nak hentam OMAD… Buleh… Make sure pinggan ampa tu fullfill macroatkins. Carb, protein, goodfat dlm range 20 : 80-90 : 126. Jgn main hantam ikut org… Satgi sakit ampa salahkan diet plak.
Question :- diet atkins ni makan modai… Brg2 dia semua mahai kan?
Answer :- diet mana2 pon sama ja… Yg membezakan dia adalah tebal poket kita. Kalau mampu.. Beli lah mana2 item yg kita nak. Kalau tak mampu… Kita makan ja mana yg ada…. Asalkan menu tu memenuhi keperluan macro dlm diet kita. Unless ampa mmg dok melaboq duit utk produk2 kurus overclaim. Hat tu mmg sendiri carik masalah.
Nnti bersambung..
Yg puasa lebih 24 jam tu lebih pada malnutrition je..kurus apa lagu tu.. Otot kecut, organ kecut, langsung xminum air lak tu.. Not good ya..jgn taksub sgt.. Slow2 je.. If ni bgus tp jgn over sgt, lebih kepada kurang nutrition dan menyeksakan diri.. Jnis2 org canni, org ajak g kenduri jenis xpergi ni.. Hhahahah alhamdulillah sya buat Omad je 2 bulan 15 kg trun.. Sya mkn sekli je iaitu tengahari.. Makan pun nasi uols ada ayam ada sayur siap sambal belcan lgi…kurus ja… Xperlu seksa diri..air kosong 3 liter.. Air manis minum je tp Kadang2 buat lepas gian.. Aim nak kurus bukan nak lawan sapa lg paling lama tak makan dan minum.. I enjoy my food….org yg puasa 72 jam xminum xmkn ni xda suami dan anak kot..suami ngn anak mkn maknya tengok aje… Apoooooo terlalu ikukan mat Salleh punya style..
Assalamuaikum..nak share menu2 diet yg sy amal selama 2 bulan nie, sekarang dh hilang 14kg lebih, start diet hari tu 3/9/2018 berat masa tu 79.9kg dekat dgn 80kg dh, tinggi saya 156cm je, nasib baik cepat insaf hehee, selain dr nk kurus nk stabil kn darah tinggi, selain darah tinggi, kolestrol jgk tinggi dh lama makan ubat darah tinggi dgn ubat kolestrol, dpt penyakit tu lps bersalin ank ke 3, sekarang ni anak dh msk 2 tahun, selama ni xpernah nk kawal pom penyakit,dan ubah cara pemakanan, xda kesedaran, tau nk makan mcm2 je, harap lps ni dh stabil n xpayah lg telan ubat…
Selama sebulan jgk saya cuba diet sihat amalkn suku suku separuh, sy makan 4 atau 5 kali sehari..dlm masa sebulan berat turun dlm 8kg lepas tu statik xturun, selepas tu sy buat INTERMITTENT FASTING…lg mudah diet bila amalkan intermittent fasting dh xpayah nk makan byk2 ml2 buat 16:8, 20:4 kadang2 ada buat OMAD ( ONE DAY A MEAL ) apa itu intermittent fasting saya ada bagi rujukan kat dlm album yer..masa dlm intermittent fasting dan omad blh minum air kosong, tea dan kopi kosong yer…
Saya xda masuk mne2 kelas atau join group kurus, cari info sendiri, kat fb, ig dan goggle..xda juga ambik supliment dan ubat kurus..nk kurus senang je sebenarnya kita kne kuat ???? kita buat kita yg dapat, kene btl2 yakin dgn diri sendiri..
Ada juga buat senaman dengan kayuh basikal senaman, sekurang2nya 1/2 jam sekali, nk pergi jongging ke zumba ke xsempat ada ank2 nie, so basikal senaman tu lah yg bayak jasa.
Jauh lagi perjalanan ni, belum sampai target, menu sy biasanya rebus2, bakar2 dan grill kadang2 ada tumis sikit2 pakai minyak zaitun, sy xbilang sangat berapa byk kelori yg sy ambk setiap hari, xnak stres2, tp agak2 lah, minuman manis sy mmg xambik terus, bukan setakat minuman manis je, kuih muih manis memang langsung xambik, gula putih pom sy xambik terus. Buat masa ni saya jg xambik seafood, sy byk ambk protien dr ikan dan isi ayam bahagian dada…
Yang paling best dulu pakai baju saiz XXL sekarang dh boleh pakai saiz M, baju ank dara sy pom muat? baju zaman dl pom dh boleh sarung…… Nak diet xsusah kalau kita betul2 istiqomah, mula2 mmg rasa mcm susah,bila dh biasa ok je, blh je tahan nafsu makan tu, kadang2 ada jgk hr terbabas tp msh jaga kalori lah, plg last makan pukul 7mlm…
?79.90kg start (3/9/18)
?75.25kg
?72.94kg
?69.04kg
?67.61kg
?65.55kg
?64.55kg
?62.33kg
?60.20kg
?58.39kg
?56.06kg
?54.22kg
?52.77kg
?49.79kg
?Roadto48kg
??13/04/2019 GOL
Update: sekarang nie sy xamal sngt dh eat clean, sy mkn mcm2 jgk tp masih suku2 separuh dan jaga portion, dlm 4 bulan jgk sy btl2 eatclean dan xsentuh langsung manis dan gula putih, sekarang ni bayak sy buat omad @ 2mad.. Hari2 buat if mmg xtinggal..if paling lama setakad ni 72jam..
13/04/2019 alhamdulillah misi dh berjaya… Dah msk fasa maintain… Tp akan trs juga jaga pemakanan cm biasa… Akan trs buat if mcm biasa.. ???
P/s: Nak kurus dan bakar lemak guna produk AZN. Kurus dengan selamat tanpa makan ubat. Ada hadiah emas menanti anda yang bertuah.
Atas permintaan beberapa orang, saya share bagaimana perjalanan saya turunkan muatan badan.
[Post ni panjang rasanya ni.]
[Disclaimer: Saya bukan expert, hanya berkongsi perjalanan. Kesesuaian amalan diet seharian adalah mengikut individu itu sendiri]
Perjalanan saya cuba menurunkan berat badan adalah bermula dengan azam tahun 2021. Jadi langkah pertama naikkan azam adalah pada 1 Januari 2021. Cuba buat exercise, itu yang dibuat. Hujung minggu atau ada masa terluang, akan cuba slow joging atau briswalk 2 – 5 km sekali buat. Tapi sebab PKP juga, tak boleh aktiviti luar sangat, program slow joging or briswalk ni tak jadi sangat lagi. Makan tak jaga lagi.
Improvement tak banyak. Hanya turun 2 kg sehingga April 2021. BMI turun dr 40.99 kepada 40.35. [Terukkan BMI ni. Malu nak kenang balik]
Bulan puasa 2021, cuba kawal makan dengan portion tu. Alhamdulillah penghujung puasa turun lagi 4kg. BMI turun lagi kepada 39.06.
Selesai puasa hingga awal Julai 2021 berat tak berubah. Statik. Mungkin sebab buat aktiviti senaman briswalk or slow joging hanya 2x seminggu. Tanpa jaga makan.
Penghujung Julai mulakan puasa sunat. Waktu ni dah nekad nak turunkan berat. Waktu malam ada rasa tak selesa bernafas. Dah buat full check up, jumpa cardiologist, buat ECG semua ok. Tapi rasa tak selesa tu teruk sangat sampai rasa salur nafas tertutup. Ni dah pernah share pada post Ogos 2021. Jadi nekad kena ubah.
Start puasa hingga awal Ogos 2021, mula join page Intermittent Fasting (IF). Dari group ni lah kenal diet yang rasa macam ok je. Mudah, tiada kos tambahan (malah jimat) dan hanya disiplin kan diri. Cabar diri untuk jadi lebih berdisiplin, 8 Ogos 2021 mula IF. Serba sedikit pasal IF ni. IF ni sebenarnya kita akan cuba tahan ambil any calory ketika proses fasting IF ni, tapi boleh je minum air kosong ataupun ambil kopi kosong.
Disebabkan dah amalkan puasa sunat before tu, saja cabar diri nak mulakan dengan 20:4 (20 jam puasa : 4 jam makan). Tapi bila dah start puasa tu, eh rasa ok je boleh tahan. So, terus cabar diri buat OMAD, one meal a day. Jadi sebenarnya IF yang saya amalkan bermula Ogos – Oktober 2021 mostly adalah OMAD, kadang-kadang 23:1.
Berapa perubahan saya?
Bulan Ogos 2021 – saya berjaya buang 10.3 kg (BMI = 35.99)
Bulan September 2021 – buang lagi 7 kg (BMI = 33.74)
Bulan Oktober 2021 – buang lagi 4.9 kg (BMI = 32.17)
Jadi dengan 3 bulan OMAD + 23:1 IF ni saya buang 22.2 kg.
Work out tak?
Orang semua ingat waktu ni saya pergi gym, atau joging 5km sekurang-kurangnya 5 kali seminggu. Tapi sebenarnya tak berlaku pun. Waktu ni workout yang saya buat hanya slow jog atas treadmill sekitar 3 – 4 km, dan 2 kali 1 minggu. Sometime tambah sikit dengan kayuh basikal gym dengan kayuh untuk jarak 15-20km. Itu pun hanya 3 kali sebulan dalam 3 bulan ni.
Apa disiplin makan lagi saya buat?
1. Saya buang terus gula.
Ada orang cakap tak mampu. Mungkin sebab before ni saya memang jarang ambil gula. Di rumah sendiri ni gula 1kg pun ambil masa setahun untuk habis. Tapi sebenarnya, kalau susah, mulakan dengan kurangkan sedikit demi sedikit. Gantikan gula dengan stevia.
2. Rendahkan pengambilan karbohidrat sehabis boleh.
Saya cuba kurangkan ambil nasi, makanan berasaskan tepung seperti roti, mee, mihun, spagetti. Nasi tu kadang-kadang makan juga, tapi limitkan 1 kali seminggu, setengah senduk sahaja. Ada orang tanya kenapa ganas sangat? Sebab saya memang nak buang berat badan yang besar. Tapi saya tak buang terus. Jujur, kadang ambil juga makanan-makanan jenis ni, tapi betul-betul kawal. Habis tu makan apa?
3. Saya lebihkan pengambilan protein
Saya banyak makan ayam, daging dan ikan. Portion? Makan je. Cuma dalam fasa ni saya selalu cuba didik diri, please stop sebelum kenyang. Perut yang kenyang atau terlebih kenyang tak baik untuk produktviti (baru sedar ini). [Updated] Orang tanya kenapa protein? Protein akan mampu bagi perut kita bertahan lebih lama, tanpa rasa lapar. Ini key nya untuk tahan lama.
4. Pilih jenis buah untuk makan.
Saya hanya ambil tembikai. Kalau buah lain saya betul-betul kawal. Sebab buah juga ada kandungan gula yang tinggi.
Ini apa saya buat untuk setakat ini. Apa hasilnya?
Pengurangan BMI – 11.14 (40.99 – 29.85)
Pengurangan berat – 34 kg (dengan IF saya buang 28kg)
Perubahan saiz pinggang – 8/9 inci (tak ingat yang sebelum)
Now saya macam plateau. Kena ubah gaya sedikit. Dan saya teruskan dengan disiplin IF 18:6 atau 20:4.
Target?
Jadi sihat. Ubah gaya hidup sihat. BMI impian akan tercapai pada tahun 2022.
Pesanan. Carilah support group. Carilah kumpulan yang sentiasa menyokong. Saya join group;
1) Intermittent Fasting Malaysia – https://www.facebook.com/groups/244320812681979
2) Kelab Diet IF (Intermittent Fasting) Malaysia – https://www.facebook.com/photo/?fbid=183955362551682&set=p.183955362551682
3) Reverse Diabetes/Obesity (RDO) – https://www.facebook.com/groups/676401099212840
Inilah tempat saya dapat kekuatan, semangat dan ilmu dalam perjalanan ini.
Jika tanya saya, apakah key dalam perjalanan saya ni?
1) Kekuatan mental paling diperlukan. Sebab itu cari lah sokongan. Ajar diri lebih bertenang supaya mood tak swing selalu.
2) Pemakanan. SANGAT DAN TERLALU penting. Makanan adalah punca utama masalah kesihatan kita. Kawal.
3) Senaman. Kena buat juga. Tapi ianya bukan faktor utama masalah perut dan kesihatan.
Yang tak nak kurus takyah baca tau sebab panjang saya tulis untuk hampalah ?
Pinggang dari 38-40 ke 28-29
XXL – S
100KG – 66KG ( tinggi 166)
Sekarang fasa maintain selepas 8 bulan sy berjuang & tekad utk target BMI yg normal
Dan saya nak share cara/method yang saya sendiri gunakan untuk loss weight
#DSSS
#IF
#OMAD
#EATCLEAN
1- DSSS
Diet Suku Suku Separuh
– diet ni saya start masa berat 100KG
– 3 kali sehari
– nasi pusa segenggam, ayam seketul, sayor semangkok
– jogging 1 jam sehari
– result lost 23 kg dalam tempoh 5-6 bulan
– masa DSSS saya cut gula 100% dalam minuman, kuih, kek, apa saja yang ada gula saya cut
2-IF
INTERMITTENT FASTING
– diet ni saya start masa berat 77KG sebab berat jadi plateu atau statik tak nak turun
– time yang saya guna kebanyakan 24H, adakala 30H, kadang2 waktu ada tenaga lagi, saya layan smpai 36H, pernah buat rekod peribadi 52H
– 24H tu adalah 24 jam tanpa makanan langsung cuma air kosong jika dahaga
– yes, amat berkesan method ni,
– result is another 11 kg loss dalam tempoh 2 bulan
– exercise jogging, running & cycling
– untuk buat IF, before start, mesti loading makanan mengikut kalori defisit
– kalori defisit ikut umor, tinggi, & berat..
– kiraan kalori defisit boleh google haha
– untuk badan saya ketika berat 77KG, tinggi 166, umo 30, kalori saya perlu ada utk setiap hari adalah 1400-1600kcal mengikut aktiviti kerja/workout kita ya
– jadi untuk IF 24 jam saya kira makanan yang saya ambil berapa kalorinya
– normally saya ambil 1,000kcal
– selepas 24 jam IF, makanan yang dimakan pon sama seperti sebelom start IF
– so, untuk method IF ni wajib kira kalori defisit, bahaya jika heavy workout/kardio boleh collapse atau sebaliknya.. (pengalaman sendiri collapse masa cycling huhu ?)
3-OMAD
One Meal A Day
– diet ni saya tengah amalkan sekarang untuk maintain berat & masa yang sama kurangkan juga sikit2 haha
– yang ni lebih kurang sama IF 24 jam cuma bezanya saya gabungkan DSSS dalam pemakanan before start OMAD
– then jika buat heavy workout , saya ambil juga nutrisi tenaga seperti pisang 2-3 biji, kurma 2-3 biji, snacking MARS, kitkat atau sebagainya
– boleh mula ambil gula disebabkan paras gula dh terlalu rendah, contoh susu + Milo, kopi + gula 1 sudu, tapi say no to air karbonat
– saya orang yang aktif bersukan, paras gula saya 3.4 nmol, amat rendah & senang pitam haha, jadi saya perlu counter dengan ambil gula sebelum bersukan & recover dgn supplemen selepas sukan
4-Eat Clean
– yang ini saya tak buat hahaha
Tambahan,
Masa rest badan amat penting
Tido saya normally jam 10-11 malam
4 pagi dah bangun
7.30 pagi running
Jam 12.30 hari saya tido 1 jam
5.30 petang cycling
6 kali seminggu
1 hari bercuti
Haha