Diet Selepas Cheat Day
Diet Selepas Cheat Day ? Cara Pulih Selepas ‘Cheat Day’ ? Sebenarnya tiada istilah cheat day atau cheat meal bila kita utamakan kesihatan sebagai amalan gaya hidup. Tapi biasalah, itu berlaku.. cheat day, cheat meal, ke laut, antara istilah yang kita panggil untuk kurangkan rasa bersalah..
Ini semua berlaku terutamanya apabila ada vacation, majlis sosial atau bercuti. Cheat day atau cheat meal ni biasanya melibatkan makanan tinggi karbo lah kan..
Apa yang berlaku jika cheat meal/cheat day?
Kadar gula dalam darah akan meningkat, dan ini akan menyebabkan insulin akan dianjakkan (menaik). Bahasa mudahnya, insulin bertindak untuk keluarkan gula dalam darah tersebut dan meletakkannya dalam sel lemak dan disimpan di hati dan usus. Seterusnya kadar gula dalam darah akan menurun. Apabila kadar gula dalam darah menjadi rendah, ia akan menstimulasikan rasa lapar, anxiety, lemah, craving, rimas, menggeletar, keliru (confusion), penat, mengantuk, brain fog dan lain².
Tetapi keadaan ini mungkin tidak berlaku secara mengejut (sejurus selepas makan). Betul, apabila anda makan karbo, pada awalnya akan rasa selesa, puas dan kenyang, kan. Tetapi selepas beberapa lama, mungkin selepas 30 minit kemudian, atau 1 jam, atau beberapa jam kemudian, atau pun boleh jadi juga keesokan harinya, akan keluar simptom yang dinyatakan tadi. Cuba semak apa yang dimakan semalam sekiranya terasa craving sesuatu pada hari ini.
Bagi sesetengah individu, akan berfikir bahawa setiap kali makan karbo seperti nasi, mee, roti dan lain-lain, akan terus berasa lega, jadi dia beranggapan ia adalah perkara yang betul yang dia lakukan. Tetapi apa sebenarnya yang berlaku ialah sebaliknya. Badan akan sentiasa demand lebih banyak karbo. Nak lagi dan lagi dan lagi.
Apapun, ada caranya sekiranya anda terkeluar sebentar dari diet atau yang kita biasa panggil iaitu cheat day. Caranya:
1. Minum ACV dicampur air kosong. ACV sangat baik untuk pulihkan kesan daripada kadar gula yang rendah disebabkan turun naik insulin. Bagi yang tidak tahan dengan ACV, boleh cuba cara lain, mungkin boleh minum air lemon atau limau kosong.
2. Mula berpuasa IF semula. Ini kerana badan anda perlu di reset dan perlukan masa untuk dipulihkan. Berpuasa ialah cara paling cepat dan mudah untuk beri peluang kepada badan anda untuk di ‘reset’. Boleh tambahkan tempoh puasa sekiranya anda tahan. Biasanya kami akan EF sama ada sebelum atau selepas ‘hari kejadian’.
3. Senaman. Membantu untuk membakar gula yang berlebihan.
4. Pastikan ambil elektrolit yang mencukupi daripada sumber vitamin seperti potasium, vitamin B dan juga garam. Potasium dan vitamin boleh ambil daripada sumber sayuran yang banyak. Elektrolit ni penting kerana terlibat dengan tindak balas kimia dalam badan.
Disarankan jadikan IF dan diet rendah karbo sebagai amalan dan gaya hidup, kerana ia membantu membuatkan kadar gula dalam darah menjadi lebih stabil (tidak naik turun terlalu kerap), kurang rasa lapar, anda akan rasa lebih banyak tenaga dan rasa lebih baik.
Kadangkala okay juga bereksperimentasi dengan cheat day/cheat meal dan keluar daripada plan asal, untuk lihat dan alami bagaimana rasanya apabila anda cheat, untuk beri idea atau motivasi kepada supaya lebih konsisten (lebih baik kekal konsisten).
Maksudnya, mungkin boleh cheat day sesekali, supaya ada rasa insaf (terutama bila lepas cheat day berat naik mendadak!) untuk kembali semula ke daratan dan kekal konsisten dengan amalkan gaya hidup yang sihat. Moga bermanfaat. Rujukan: Dr. Eric Berg.
Cheat. Cheat day atau meal,
ia akan bawak rasa bersalah kepada semua pelaku diet. Bila naik timbang lepas cheat day nahhhh angka kanan sudah tukar. Yang naik angka kiri pun ada. Sapa suruh pegi timbang kan?
Yang rasa bloated, mengantuk, semua ada. Nak lepas stress konon. Tapi lepas cheat lagi stress. Cheat day/meal ialah contoh terbaik apa yang anda akan dapat selepas ‘menipu’ diri sendiri. Cash terus. Or is it?
Sepatutnya sebelum anda tonyoh makanan masuk tekak, anda perlu belajar dulu apa natijahnya pemakanan yang anda telah lakukan. Pokcik sentiasa eksperimen dengan makanan ‘cheat’ dan hasilnya dapat ilmu supaya boleh ajar orang lain.
Ada beberapa jenis ‘cheat’ yang boleh dilaksanakan. Ada yang memantapkan keadaan kesihatan, ada yang tak akan bawak anda tersasar jauh, ada yang akan bawak anda sesat sikit masuk simpang ke laut. Tapi kalau backtrack cepat, maka nak patah balik tu mudah saja. Kena tau cara.
Nak tau lebih kena masuk kelas malam ni laaa…. Ada kelas perlaksanaan cara Lazy Keto, dan bonusnya ialah Cheat Day/Meal Strategy. Tak ulang dah. Klik link bawah ni kalau nak mendaftar. Hanya RM10 saja. Last call.
Tips Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak
Bila hujung minggu atau cuti panjang, dah tentu ramai yang ambil peluang untuk cheat diet, makan sedap-sedap dan puas-puas. Kan? Hihi.
Ben Greenfield, seorang jurulatih kecergasan ternama dari US ada berkongsi tips bio hack simple untuk kekal sihat dan slim walaupun makan banyak.
Jadi berdasarkan kajian yang beliau jumpa, ada 2 cara yang boleh kita buat.
1. Kajian di Jepun mendapati bahawa kita dapat kawal paras gula dalam darah selepas makan minum macam-macam dengan berjalan selama 15 minit.
Ataupun…
2. Sebelum makan, bersenam dulu sekejap. Ya, tak perlu lama, 30 saat sahaja pun dah cukup. Boleh buat squat, lunges atau pumping. Kalau terlebih rajin, buatlah jumping jack atau burpees. Kahkah.
Ben sendiri biasanya sebelum makan besar akan beransur sekejap pergi ke tandas, bukan untuk buang air tapi sebab nak buat squat.
Ok, itu sahaja perkongsian kali ini. Terima kasih sudi baca sampai habis dan selamat beramal. RFS. Health is wealth. P/S: Kalau nak tengok video Ben cakap pasal benda ni, boleh tengok dalam komen kat bawah.
P/P/S: Sebelum breakfast lepas buat IF, saya kadang-kadang akan buat squat atau jumping jack dulu dalam 30 saat.