Doa Kuat Tubuh Badan

doa sihir

doa kuat tubuh badan ? Bagi yang terkena sihir/santau, sering angin dalam badan atau yang mempunyai gangguan makhluk halus yang ingin membuang bisa-bisa/racun santau atau sihir insya Allah boleh guna kaedah dibawah:?

1. Pertama sekali ambil segelas air dan bacakan doa seperti dibawa 3 kali dan minum diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.

2. Sesudah minum letakkan ibu jari anda di tengah-tengah dada (Ulu hati). Tekan (jangan slow sangat atau jangan kuat sangat).

3. Ketika tekan bacakan Surah Toha Ayat 69 berulang-ulang kali sambil tekan dan tolak ke atas sehingga tidak muntah atau hilang sedawa.

4. Ketika anda tekan, anda sendawa dan hendak muntah. Jangan ditahan muntah tersebut. Jika terasa tersekat anda perlu paksa dgn menjoloknya. Insya Allah jika badan anda mempunyai sihir/santau atau bisa2 gangguan makhluk halus ia akan keluar seperti air sabun.

Surah Toha Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan:- “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan. doa kuat tubuh badan

Doa Yang Diselitkan

Waktu ayah meninggal tahun 1995, saya baru nak mengenal sebuah makna hidup dewasa. Baru menyusun kehidupan berkeluarga waktu itu. Tak sempat nak berlama-lama dengan ayah selepas bekerja dan berkahwin. Kehilangan lelaki pertama dalam hidup membuat saya cukup terkesan dengan pemergian ayah. Namun ma selalu menasihati..

“Bahawa semua Allah punya. Ayah juga Allah yang punya. Dia ambil ayah yang dipinjamkan kepada kita.”

Namun, apabila ma meninggal, saya rasa yang sangat berbeza. Terasa sungguh. Bagai hilang separuh nyawa sendiri. Walaupun ada kehidupan sendiri, tetapi pemergian ma terasa cukup sepi. Sayu dan sepi.

Agak lama saya berdukacita.Hampir setahun juga saya tak berniaga. Tak ada semangat nak urus bisnes. Tak ada rasa nak berlawa-lawa. Nak jumpa orang pun tak mahu. Nak pakai lipstik pun rasa malas. Setiap hari saya hanya pakai jubah dan tudung hitam setiap hari.

Aruah ma sangat kuat mengaji membaca Al Quran.

Di tangannya sentiasa ada al Quran. Dalam kereta baca Al Quran. Naik flight baca Al Quran. Masuk hospital ketika tak sihat baca Al Quran. Pergi makan angin, gi kursus, atau anak-anak bawa gi holiday pun baca Al Quran.

Waktu ma masih ada, macam-macam ayat dan doa ma berikan pada saya dan anak-anaknya. Setiap isu yang anak-anak hadapi, ada je ayat dan doanya.

“Nah baca ni.”

“Nah hafal doa ni.”

“Doa ni mujarab dan bagus. Insyaallah masalah tu pastu selesai”

“Ayat ni untuk murah rezeki. Baca tau.”

Jika naik kereta dan sedang cari parking, ma pun baca doa, terus dapat parking.

“Haa amal la doa ni, gi mana pun senang nak parking.”

Macam-macam doa yang arwah ma tuliskan untuk saya agar saya amalkan.

Doa laris bisnes, doa keluarga bahagia, doa diangkat kemuliaan diri, doa berkat ilmu, doa anak-anak yang solah, doa kekal cinta dalam rumahtangga, doa dilimpahkan rezeki, doa sembuh penyakit, doa dikuatkan tubuh badan, doa terang hati, doa supaya anak-anak dengar kata, doa mati dalam keadaan baik, doa dapat jadi tetamu Allah, doa keselamatan dunia akhirat dan macam-macam doa lagi.

Apabila diamalkan, ia sangat mujarab. Doanya makbul. Permintaannya Allah tunaikan. Semua doa tu ma tulis pada kertas. Banyak sangat doa-doa, zikir dan ayat-ayat yang ma berikan pada saya. Untuk pedoman hidup. Panduan hidup di dunia fana. Dia bagi pada saya. Ayat-ayat al Quran pun ma tulis sendiri. Tulisan jawinya pula sangat cantik. Kemas dan tersusun. Sangat menarik.

Tapi waktu aruah ma masih ada, saya kurang prihatin. Kurang cermat dengan harta yang ma berikan itu. Saya lupa bahawa ma tidak selamanya akan hidup. Saya lupa dan alpa bahawa ma juga akan diambil Tuhan. Entah di mana-mana saya letak dan selit-selitkandoa yang ma berikan. Rupa-rupanya ia khazanah yang tidak ternilai. Doa-doa itu lebih berharga dari apapun. Apabila ma pergi, saya mencari doa-soa yang dititipkan. Saya cari. Saya selongkar. Tetapi kebanyakannya tidak saya temui lagi.

Inilah satu-satunya doa yang ditulis oleh tangan aruah ma yang saya simpan. Dalam foto. Saya up pada IG saya. Supaya tidak hilang. Dan saya hafal dan amalkan sungguh-sungguh.

Rindu sungguh dengan aruah ma. Saya menjadi wanita yang kuat kerana seorang wanita kuat yang membesarkan saya.

Raya ke empat lalu.

  • Saya datang ke pusara arwah ma dan arwah ayah.
  • Saya rindu doa-doanya.
  • Saya rindu doa-doa mereka.

Apabila mereka tiada, maka hilanglah berkatnya doa seorang ibu dan ayah. Ya tiada lagi berkatnya doa ibu.

Ayah pergi tahun 1995. Ma meninggal tahun 2015. 20 tahun jaraknya. Namun cinta mereka begitu kuat.,Sebelah kiri adalah pusara ayah. Di sebelah kanan adalah pusara arwah ma. Jenazah ma dikebumikan di sebelah pusara ayah. Mereka bertemu. Al Fatihah untuk keduanya. Moga kita akan bertemu di sana nanti. Itulah doa saya.

Lagi Barang sihir yang keluar dari tapak kaki mekda

Terima kasih sahabat sihir?

Setiap kali sujud,
Aku akan minta pada Allah…

  • ” Ya Allah kau sembuhkan lah penyakit yang ada didalam tubuh badan ku, kau sihatkan tubuh badan ku ya Allah & kau permudahkan urusan ku ya Allah.”
  • ” Ya Allah kau binasakanlah jin yang ada didalam tubuhku ya Allah, aku tak redha jin ini berada didalam tubuhku. Ya Allah ,Kau hancurkan sihir ini ya Allah, pulangkan kembali sihir ini pada sipenghantar ya Allah”
  • Allah makbulkan setiap doa hambaNya yang teraniaya.
    Allah uji hambaNya yang mampu. doa kuat tubuh badan

Allah bongkarkan semua , syukur pada Allah???

Walau kau sihirkan aku, aku sakit & sihat, Allah tak pernah berhenti beri aku rezeki & aku yakin Allah adalah pemberi rezeki.

Untuk si penghantar sihir, hentikanlah semua kerja sihir yang dibuat. Aku tau kau akan baca setiap apa yang aku tulis di sini.

Aku doakan kau supaya lembut hati & penuh rasa bersalah dalam hati mohon maaf sebelum semuanya terlambat. Dosa kau memudaratkan orang dengan sihir tak terampun selagi kau tak minta maaf pada org yang kau aniaya.

Doa sahaja yang aku mampu balas supaya Allah kasihani hati kau, supaya hati yang keras menjadi lembik.

Aku doakan supaya kakak kau & diri kau sendiri berhenti buat kerja syirik & bertaubat termasuk kawan-kawan yang bersubahat dengan kau.

Bersihkan hati, buang sifat busuk hati & tak baik dalam diri.
Ingat, andai terdetik dihati rasa beraalah bermakna Allah masih syg.

Jangan lawan rezeki & kuasa Allah.
Kau bayar mahal sekalipun pada upah bomoh untuk hancurkan aku & bisnes aku kalau Allah tak izinkan tetap tak akn jadi.

Kun Fa Ya Kun.

Andai kau nak buat bisnes yang sama macam aku tolong ikhlaskan hati. Buang niat cemburu, menjatuhkan & tidak baik inshaAllah Allah beri rezeki tu pada kau. doa kuat tubuh badan

Aku sedih sebab kau terlalu jauh terlajak, sebab kau pernah sebantal & sepinggan dengan aku.

  • Kau tetap dibayangi aku sebab kau dengki
  • kau tetap tak tenang sebab teringatkan aku
  • kau tetap diburu rasa bersalah sebab sihirkan aku.
  • kau puas hati?
  • kau takkan puas kalau kau masih ego & hati dah hitam.

Selagi kau bertuhankan iblis.Kau mampu tutup & bermuka pada org lain tapi bukan pada Allah.

  • Bila bersahabat kena ikhlaskan hati, jangan jadi pembelot.
  • Bila iblis menipu & berbisik jangan percaya.
  • Bila hati telah ?

Kau puas jadi menindas tanpa sedar & kau sehina-hina penghuni tandas.

Betulkan semula kehidupan yang lama rapuh. Aku tau apa yang kau hadap & mampu buat.
Bersyukurlah kerana aku terlalu kuat menahan amarah , terlalu kuat menahan ajakan hati yang marah mengaibkan & menfitnah kau seperti kau buat pada aku.

doa kuat tubuh badan

Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah

Ingatlah pesan kekasih Allah

Kau ,aku diuji Allah.
Kasihani dia ya Allah.

JIKA benar PrinceMeed pernah diganggu dan masih terganggu walaupun dia telah mendapatkan rawatan, dia tidak boleh hanya mengharapkan orang lain. Kuncinya ialah diri sendiri.

Kita tidak boleh memandang remeh hal ini kerana sebagai orang Islam, kita perlu akui dengan kewujudan jin dan makhluk yang kita tak nampak dengan mata kasar ini. Sama ada dia menipu hanya untuk konten youtube atau tidak, itu soal kedua.

Situasi yang dia alami sekarang mungkin tak sama dengan apa yang aku pernah alami tetapi aku faham kegelisahan dan ketakutan dia itu. Tak dapat hidup dengan tenang.

Benda ni kalau tak kena dekat diri sendiri, memang payah orang nak percaya. Bermula dengan mimpi, sendi badan berdenyut, meremang bila berada di tempat tertentu, perasaan tak tenang, gatai satu badan sampai terjaga awal pagi dan terbayang binatang itu di mana-mana.

Semua ni benda yang aku alami sendiri. Untung aku berbanding PrinceMeed ialah ‘benda’ itu tak pernah menampakkan dirinya dan aku sendiri tak pernah dengar bunyi pelik-pelik.

Ikut pengalaman sendiri, bukan senang nak buang benda ni. Lebih-lebih lagi kalau dia dah bersarang dalam tubuh. Aku sendiri hampir 10 kali berubat dengan perawat yang berbeza. Paling memeranjatkan ialah apabila dimaklumkan apa yang jadi dekat isteri sebelum ni ada kaitan secara tak langsung dengan hal ini. Wallahualam..

Aku nak cakap yang aku dah pulih sepenuhnya pun tak boleh juga tapi keadaan aku lebih baik daripada sebelum ini.

Banyak juga amalan yang disarankan perawat yang aku ikut. Aku pun tak ikut membuta tuli. Aku google dan tonton video di youtube. Risau takut aku buat amalan yang salah.

Antaranya minum air daun bidara, mandian bidara, mandi dengan limau purut, pagar rumah dengan garam kasar dan lada hitam, perbanyak zikir dan doa-doa khusus jauh dari gangguan. Kunci badan sebelum tidur pun dah jadi amalan untuk elak mimpi yang tak baik. Dan paling mustahak, baca tiga Kul setiap hari tanpa gagal.

Sebenarnya aku kalau boleh tak nak pun orang tahu. Aku pun kalau boleh nak lupa terus. Sekali lagi, dia tak boleh hanya mengharapkan orang lain, semuanya lebih bergantung pada diri dia sendiri.

Niat aku berkongsi ini cuma satu. Aku tak nak orang lain turut alami hal yang sama. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Aku sendiri dulu pernah terleka.

Penyakit lain kita boleh ambil ubat dekat klinik. Kalau kena sakit ni, rohani kita kena kuat sebagai benteng diri. Kalau badan lemah, memang benda ni mudah masuk dan bersarang dalam tubuh. Dia dua saja. Kalau tak tumpang, ada orang hantar.

Semoga kita dan keluarga dijauhkan daripada perkara-perkara yang memudaratkan. Semoga Allah lindungi kita semua. Tiada yang berkuasa melainkan diri-Nya. doa kuat tubuh badan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply