Doa Terjaga Dari Tidur

doa terjaga dari tidur

Doa Terjaga Dari Tidur ? Adakah anda pernah terbangun secara tiba-tiba pada waktu sepertiga malam?

Kadang-kadang apabila menjadi seorang ibu, tugas rumah tangga sangatlah banyak dan terkadang sukar untuk bernafas. Menjaga kerja, anak-anak, keperluan rumah dan memasak. Tidur pun, tidak akan pernah mencukupi.

Apabila kita terjaga dan merasa sangat lelah untuk bangun dan mengerjakan solat tahajjud, bacalah doa ini dengan ringan. Semoga malam kita berlalu dengan keberkatan dari terjaga dan kita dapat terus tidur dengan tenang.

Memelihara konsistensi bukanlah sesuatu yang mudah, namun dengan melakukannya secara berperingkat-peringkat dan berterusan, kita pasti akan berhasil.

DOA KETIKA TERBANGUN DI MALAM HARI

Pada malam hari ketika sedang tidur, kita mungkin pernah tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam. Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita baca.

Malah Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari jika ia berdoa maka akan dikabulkan doanya dan jika bangun kemudian solat maka solatnya akan diterima oleh Allah taala. Hal ini dijelaskan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berikut ini.

Ertinya : Dari Ubadah ibn as-Somit r.hu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda; Barangsiapa terbangun di malam hari kemudian membaca :

“La ila ha illallah wahdahu laa syarikalah,

Lahulmulku walahul hamdu wahuwa ‘ala qulli syai’in qodir.

Subhanallahi, Walhamdulillaahi, Walaa ilaa ha illallahu, Wallahu akbar.

Wala haula wala quwwata illa billaah.”

Maksudnya:

“Tidak ada Ilah selain Allah Yang Maha Esa, tak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya semua kerajaan dan bagi-Nya semua pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji hanya milik Allah, tak ada Ilah selain Allah, Allah Maha Besar, tak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan Allah.

Kemudian berdoa, ALLAHUMMAGHFIRLI ..

“Ya Allah, ampunilah aku” atau lalu berdoa maka doanya akan diterima. Jika ia berwudhu lalu solat, maka solatnya akan diterima.”

Ibnu Bathol dalam kitab syarah al-Bukhari mengatakan bahawa hendaknya setiap muslim yang mengetahui hadith ini untuk menjadikannya sebagai kesempatan beramal dan memurnikan niatnya dalam beramal hanya untuk Allah semata.

Semoga Allah s.w.t selalu mencurahkan taufiq-Nya kepada kita untuk beramal.

Ucapan Zikir Terjaga Dari Tidur

Ucapkan zikir ini ketika terjaga dari tidur di malam hari untuk mendapatkan pengampunan dan doa yang mustajab:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، الحَمْدُ لِلَّهِ ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ ، وَلاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Tiada Tuhan selain Allah satu-satunya yang tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yang memiliki kerajaan, bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.

Jom mulakan dari malam ini! Selamat malam semua.

Ketika terjaga dari tidur di tengah malam

kata ulama itulah waktu terbaik untuk kita berdoa. Tetapi sebelum itu, ada amalan yang dianjurkan Rasulullah s.a.w untuk kita amalkan.

Dari ‘Ubadah bin Shamit r.a., dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda,

مَن تَعارَّ من الليل فقال: لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ، ثم قال: اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي – أو دعا – استُجِيبَ له، فإنْ توضأ وصلى قُبِلتْ صلاتُه

“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:

لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ،

الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ،

ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ

Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya,

milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, kemudian dia mengucapkan:

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي

“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu’ dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya”. (AlBukhari, Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah)

Hadith yang mulia ini menunjukkan besarnya keutamaan orang yang berzikir ketika terjaga di malam hari, kemudian dia berdoa kepada Allah atau melakukan solat.

Imam Ibnu Hajar berkata: “Perbuatan yang disebutkan dalam hadith ini hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berzikir (kepada Allah), sehingga zikir tersebut menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima solatnya”.

Siapa yang biasa terjaga atau cuba untuk terjaga disepertiga malam

Biar apa sebab sekali pun, maka solatlah 2 rakaat paling kurang. Qiyam lama-lama, rukuk lama-lama, sujud lama-lama. Bercakap-cakap dengan Allah dalam solat. Merayu dan merintih dalam setiap bacaan Al-Quran dalam solat. Menangis dalam zikir dan doa dalam solat. Selesai solat, angkat tangan tinggi-tinggi. Mengadu serta mohonlah segala hajatmu dengan Allah.

  • Mohon ampun dari Allah atas segala kesalahan.
  • Mohon ditetapkan iman agar sentiasa di jalan kebenaran.
  • Mohon dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
  • Mohon diselesaikan segala tanggungjawab dengan manusia.
  • Mohon diselamatkan dari api neraka.
  • Mohon dimasukkan ke dalam syurga yang paling tinggi tanpa hisab.

Bangunlah di tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Kerana hampir seharian kita sibuk dengan segala macam urusan dunia. Penat dan letih tu tak payah kira la. Penat badan, penat jiwa, penat perasaan.

Luangkan sedikit masa di tengah malam dengan Allah.

Bercerita, mengadu, merintih dan mohonlah pada Dia Tuhan Semesta Alam. Rasulullah SAW dah sebut janji Allah di sepertiga terakhir malam ..Siapa memohon ampun, Allah akan ampunkan. Siapa berdoa, Allah akan kabulkan.

..”Dari Ubadah ibn as-Somit r.a dari Nabi SAW, baginda bersabda barangsiapa terbangun di malam hari kemudian membaca.”

“La ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, Lahulmulku walahul hamdu wahuwa ‘ala qulli syai’in qodir. Subhanallahi, Walhamdulillaahi, Walaa ilaa ha illallahu, Wallahu akbar. Wala haula wala quwwata illa billaah”

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Kemudian dia berdoa “ALLAHUMMAGHFIRLI” ..

“Ya Allah, ampunilah aku atau lalu dia berdoa maka doanya akan diterima. Jika ia berwudhu lalu solat, maka solatnya akan diterima.”

Rebutlah peluang itu. Usah dibiarkan berlalu begitu saja. Tak semua orang Allah kejut untuk bangun malam. Bila dah terjaga tu, maknanya Allah sayang. Semoga malam-malam kita berlalu dengan manfaat dari terjaga dan bukannya hanya terus menyambung tidur kembali. doa terjaga dari tidur

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply