Dosa Tak Jaga Makan
Saya kena kanser dulu mungkin sebab dosa tak jaga makan. Mesti ramai yang dah tahu saya pernah sakit teruk. Punca utamanya adalah tak jaga makan.Ya, saya makan macam-macam. Paling suka makan fish ball, fish cake, crab stick. Yong Tau Fu tu memang kesukaan betul.
Satu ketika, perut saya membesar sikit. Demam, buang air besar berdarah. Batuk keluar darah. Ingatkan sebab banyak berceramah, suara kuat.Waktu bawa jemaah buat umrah, badan rasa lemah sangat. Saya minum air zam-zam dan berdoa.“Ya Allah. Kalaulah ada penyakit dalam badan aku ini, Kau keluarkanlah”.
Tiba di hotel, perut memulas. Pergi ke tandas, bukan najis yang keluar tapi darah lebih kurang dua gayung!
Saya disahkan kanser Limfoma Stage 4 pada 31 Jan, 1 Februari saya lalui 5 jam pembedahan dan doktor berjaya keluarkan kanser seberat 1kg! Ngeri tuan-puan. Kanser usus pun ada sehingga 1.4 meter usus terpaksa dipotong. Antara yang terpanjang dalam sejarah. Sampai sekarang rasa tak selesa.
Subhanallah
Namun, saya tak merungut dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Bahkan syukur dengan hikmah ujian sakit. Sekarang bulan Ramadan ni, saya teringat semula dosa tak jaga makan ni. Allah pesan dalam Al-Quran, pilih makanan yang halal dan baik. Halal dari segi sumbernya. Baik dari segi manfaat serta khasiatnya.
Tapi begitulah. Kita manusia seringkali terlupa.Jadi, jom waktu berbuka dan sahur. Tengok semula apa makanan yang kita sediakan untuk keluarga.Untuk follower semua, ambillah tip pemakanan ini untuk elakkan terkena kanser atau disembuhkan daripada penyakit ini :
1. MAKAN PAGI
Makan pagi jangan tinggal, sahur jangan skip. Waktu pagi, asid nak ke perut, kalau tak makan akan jadi toksik.
2. AMALKAN LEMON
Bagus minum lemon waktu sahur atau makan epal. Makanan masam macam ni boleh neutralkan asid perut.
3. MAKAN BUAH SEBELUM MAKANAN BERAT
Makan kurma, buah sebelum makanan berat. Zat-zat akan diserap dengan baik.
4. JADIKAN BAWANG PUTIH BAHAN UTAMA DALAM MASAKAN.
Ada anti-oksida. Jangan kisar hancur, ketuk-ketuk masuk dalam masakan.
5. MINUM KOPI SEBELUM MAKAN.
Minum waktu perut kosong. Kalau lepas makan, kopi akan serap khasiat makanan. Itu kaedahnya.
6. NANAS.
Nanas bagus untuk pesakit kanser. Perubatan Islam gunakan untuk rawat kesan santau.
7. ELAKKAN GULA PUTIH.
Ganti dengan gula sihat. 10-20 tahun dulu, waktu ceramah saya selalu sebut elakkan bagi anak gula-gula. Penyakit tak datang waktu kecil, ia jadi bila dah besar.
8. ELAKKAN MEE SEGERA.
Ini paling utama. Mee segera sebabkan sel kanser berkembang cepat. Memang sedap dan cepat, tapi sangat bahaya.
Penyakit kanser ni sangat sakit tuan-puan. Saya dah alaminya. Adalah pembohong besar mereka yang kena kanser jika kata tak sakit.
Sakitnya masih terasa sampai hari ini dan kemudiannya, badan kita sangat lemah.
Saya tak nak tuan-puan rasa apa yang saya rasa.
Jom azam, Ramadan ni ubah cara makan kita ya.
Dengan puasa, jiwa kita jadi kuat.
Dengan puasa juga, badan kita jadi lebih sihat.
Saya perasan orang kita suka ambil satu pendapat terlalu ekstrim
“Jangan ambil kopi nanti jadi angin”
“Jangan makan kambing nanti kena kolesterol”
“Jangan makan roti nanti rahim kembang”
“Jangan makan ubat, nanti buah pinggang rosak”
Tuan-tuan dan puan-puan,
Islam ajar kita bersederhana. Dan jangan berlebih-lebihan menerima, juga jangan berlebih-lebihan menolak. Selagi benda itu tidak ada mudarat jelas, ambil lah. Tapi, jangan lah berlebihan.
Contoh, air manis. Hadkan pengambilan kepada 1 cawan sehari. Of course kalau tak minum langsung tu bagus, tapi kalau sampai menolak air yang tuan rumah pelawa minum waktu berziarah, itu keterlaluan.
Contoh, roti. Sumber karbohidrat yang baik. Tapi kalau ambil sampai satu buku sekali makan, tu sumber kegemukan. Dan pelbagaikan lah sumber karbohidrat. Hari ni roti, esok nasi, lusa mee, tulat kentang.
Hidup ni mudah. Bersederhana lah.
Oh jap, rokok dan vape tak ada sederhana ya. Dua-dua mudarat yang besar. Dua-dua kena buang jauh-jauh. Baik minum kopi dari merokok/vape.
Dah makan kalsium tak kurang juga
“Makcik sakit lutut, doktor…dah makan kalsium tak kurang juga…osteoporosis dah kan..”
Ni selalu orang konfius.
Osteoporosis masalah tulang yang kurang padat dan hilang kalsium. Penyebab paling utama adalah umur yang tua. Tulang yang selalunya terkena ialah tulang belakang, tulang pinggul dan pergelangan tangan.
Salah satu cara nak cegah, pengambilan kalsium yang mencukupi SEJAK dari awal remaja dan selalu melakukan aktiviti senaman yang weight bearing.
Yang selalu sakit lutut tu,
Osteoarthritis. Radang sendi melibatkan lutut kerana kurangnya cecair sinovial dalam sendi menyebabkan tulang peha mudah bergesel dengan tulang keting kaki.
Nak cegah ialah jaga berat badan dan juga amalkan senaman menguatkan otot. Kalau dah terkena, antara rawatan yang biasa disyorkan ialah tablet glucosamine, chondroitin. Kalau dah teruk, suntikan steroid atau hyaluronic acid boleh diberikan atau kena buat Total Knee Replacement.
Mesti kena belajar cara nak kuatkan otot peha supaya sendi tu jadi kuat. Kena bersenam supaya berat badan tak naik banyak.
Bukan dengan makan pil kalsium.
Jadi, makcik..tak perlu makan pil kalsium atau minum susu untuk sakit lutut. Kena banyakkan bergerak dan exercise untuk otot peha. Boleh belajar daripada fisioterapis.
Banyak masalah kesihatan kita boleh selesai tanpa pengambilan produk/suplimen. Hanya dengan bersenam dan bergerak aktif.
Apakah cabaran yang dihadapi oleh ramai bila nak turunkan berat badan?
Jawapan pasti mengejutkan iaitu rasa tak sabar nak hasil terlalu cepat.
Kita selalu ingat sesuatu transformasi untuk jadi fit,kurus cepat,nampak kuat dan seperti yang kita inginkan dalammasa 8 minggu.
Secepat mana kita nak hasilkan dengan cepat,ia taklah seperti yang kita mahukan dan kerja selaju itu.
Kebanyakkan trasnformasi sebenarnya mengambil masa bertahun tahun.Transformasi yang bertahan lama dan akan mudah nak dikekalkan.Bukanlah dalam setahun dua sahaja.
Turun lemak badan lebih cepat dari bina otot,di mana kedua duanya sangat sangat penting.
Terus menjaga pemakanan dengan siaht dan kalori deficit dan bina otot sangat membantu untuk kita fokus turun berat dengan lebih enjoy.
Ia macam cliche,tetapi jika anda dalam proses yang tepat,percayalah pasti jadi.Terus bertahan dan konsisten.
Bersenam & jaga makan kita akan jadi kuat,mulai untuk bina tabiat pemakanan dengan sihat dan hasilnya akan datang.
Dengan masa,jangan give up, dosa tak jaga makan.