ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

Drama Vaksin Malaysia

Drama Vaksin Malaysia

Nor Amran Hamid: Drama Vaksin Malaysia …Awal² bila Kerajaan order Vaksin Pfizer.. ada yg bangkang nape susah² ambik Pfizer yg nk kena simpan suhu -70°C bagai?.. menyusahkan logistik.. dah la mahal… nak markup la tu

Drama Vaksin Malaysia

Bila ambik Sinovac.. cakap nape beli vaksin Made in China yg keberkesanan di ragui.. mende murah mesti kualiti rendah?.. KJ terpaksa cucuk Sinovac utk yakinkan public.

Bila vaksin Pfizer pertama sampai.. plz suntik menteri dan org politik dulu.. kalau tk berkesan biar mereka mati dulu… bila PM suntik dulu sampai sekarang tak mati.. dah kena tuduh plak Pfizer utk kayangan jer..

Bila vaksin Astrazaneca ada masalah darah beku kt Eropah semua takut suruh Az di bekukan dari senarai vaksin di Malaysia.. tapi Msia dh beli.. KJ pun open bagi sesiapa yg nk sukarela boleh mohon utk AZ.. Dh open for Public.. seluruh Malaysia berebut plak nak vaksin AZ nie sampai website MS jem.. yg tak dapat maki hamun sistem lembab tak padan dgn harga juta²…1 juta vaksin yg rebut 2juta.. peluang anda mmg 50/50 jer.. sudahnya AZ dimasukan balik dlm senarai vaksin PICK.. sbb sambutan luar biasa… ramai plak yg nak AZ…

Bila masuk fasa 3 bulan June.. hehari update tgk mysejahtera gaduh dgn apps tu sbb tak dapat janji temu vaksin.. sedangkan vaksin belum sampai pun ke Malaysia.. ikut jadual July baru dapat 14juta vaksin yg kita beli.. itu pun berperingkat.. vaksin takdek camner nk dapat janji nk cucuk bila?.. berbakul² laa maki hamun dapat kt sapa yg buat apps MySejahtera tu…

Bila July menjelma ramai laa yg dah dapat suntikan vaksin ikut nasib la jenis apa ko dapat kt PPV memasing.. 17juta yg berdaftar.. 14juta vaksin yg sampai.. 1 org 2 dos.. walaupun ramai yg berpeluang dapat.. masih ramai gak yg belum dapat sbb vaksin belum cukup menampung walaupun kita mampu menyuntik 400ribu dos sehari.. Pharmaniaga janji akan bekalkan 2 juta dos tambahan kt Kerajaan..

Dah Pharmaniaga kena kecam plak.. company kroni.. ambik untung.. makan commission.. bla².. sedangkan Pharmaniaga tu beli vaksin tu secara pukal di botolkan semula kt kilang mereka pastu jual kt Kerajaan… Pharmaniaga tu plak GLC.. duit untung pergi kt rakyat balik.. dia ada pekerja yg keje 24jam utk supply vaksin on time. org business mmg la nk untung.. takkan nak buat amal kebajikan bukak company pharmaceutical..

Now program vaksin kita antara yg terpantas di dunia… lagi cepat rakyat kena vaksin lebih cepat kita bangkit mcm dulu balik. Rasanya govt dah buat yg terdaya dan terbaik utk rakyat.. di susunkan jadual.. di beri suntikan.. di bantu segi kewangan.. vaksin free.. bantuan mcm².. yg punca Si Jemin tu jer… tapi Thailand Indonesia takdek Jemin pun sama gak kes ribu².. nasib ko laa Jemin kena kecam…

Mungkin kita sibuk mencari salah.. sehingga lupa nak berterima kasih kepada yg frontliner dan pertugas² yg banyak membantu kita utk dapatkan vaksin.. kepada macai politik, xtahu lah korang buta atau sengaja nak timbulkan kebencian untuk kepentingan politik. Sampai bekas mufti pun korang jadikan bahan untuk menghina. Nauzubillah.

Hanya Allah sahaja mampu bersihkan hati yang sebusuk bangkai. Semoga Allah kurniakan kita hidayah, jauhkan kita daripada HASAD DENGKI, mensatukan kita semua dan buka sikit pandangan Jemin. Dia boleh tak nampak kes naik sebab dia

C&P. Norehan Ismail: Photo from Hann

Label Kerajaan Gagal

Label KERAJAAN GAGAL ini ialah label hitam yang disebut berulang ulang sehingga seperti BENAR MUTLAK.

Mungkin ya benar ada gagal di sana sini tetapi menganggapnya BENAR GAGAL MUTLAK itu nanti dulu. Kaedah ni pernah penasihat psikologi Hitler pakai dulu.

Cuba teliti benar tak benarnya kerajaan Malaysia gagal.

Kalau kita tengok kadar kematian paling buruk WHO kata ialah USA, India dan Brazil, bukan Malaysia. Bukan yang paling buruk. Ya Malaysia pernah berada ranking tinggi dari segi kadar gandaan jangkitan tetapi bukan sepanjang COVID-19. Biasalah turun naik. Mahasiswa di Universiti pun ada yang GPA Semester jatuh tapi ada Semester naik balik. Yang penting CGPA, bukan GPA. Kalau dapat setiap Sem Dean’s list tu baguslah, alhamdulillah.

Kalau label gagal kerana tindakan flip flop, maksudnya sekejap buka sekejap tutup negara, Jepun Korea, Singapura pun macam tu. Bukan Malaysia seorang. Maklumlah semuanya tak pernah alami serangan COVID-19. Semua trial and error. Kalau orang yang lain pun jadi PM bukan PM sekarang, sepanjang setahun setengah yang lalu keadaannya tentu sama. Penasihat dan penganalisisnya sama iaitu pegawai kerajaan atau perunding profesional dalam bidang kesihatan, keselamatan, sosial, statistik dan lain lain. Sama orangnya atau teamnya. Bukan orang politik.

Label KERAJAAN GAGAL kerana ekonomi jatuh sebagai impak COVID-19 semua negara pun sama. Seluruh dunia sama. World Bank melapurkan Dunia menjunam ke arah resesi. Bukan ‘peculiar’ kepada Kerajaan Perikatan Nasional saja. Semua kerajaan seluruh dunia macam itu.

Jadi secara TENTATIF saya katakan KERAJAAN GAGAL adalah label hitam bukan BENAR MUTLAK/absolute truth. Dia adalah mutlak sebagai label propaganda politik yang dicipta, dipentaskan (stage-managed) dan disebar sebagai MUTLAK BENAR. Adakah saya menafikan kita semua susah? Tak! saya tak nafikan. Salah baca tu!

Tak mengapalah jika kerajaan semasa jatuh, tapi tiada jaminan mutlak bahawa penggantinya nanti terjamin Kerajaan Berjaya. Jika ada jaya mereka juga terhutang budi kepada kerajaan PN dan yang terdahulu kerana telah melalui trial and error yang tak payah lagi diulang lalui oleh kerajaan baru. Alhamdulillah jika berjaya, bagaimana kalau mereka angkuh lalu ‘reinvent new wheel’ dan tolak pembelajaran trial and error hanya kerana semata-mata fakta diperolehi dari Kerajaan PN, lalu Malaysia terus hancur?

Agaknya semua rakyat sudah seiya dan sekata sanggup berkata “biar hancur tak apa, yang penting PN mesti dijatuhkan. Kalau hancur pun hati puas.

Mereka seronok kata. “Kerajaan dominan Melayu memang sah pasti gagal urus Negara. Jangan ulang kesalahan ini”.

Tapi kalau ada yang mengaku ada tangan MAJIS boleh selesaikan semua ini dari mula dulu, pada saya itu semua tahyul. Saya pun tak ajak kawan kawan mempercayai saya.

Saya tahu catatan tengah malam saya ini tak popular, termasuk di kalangan sahabat karib, tapi tak mengapalah. Saya gagahkan juga, sebab saya ada alam hari kemudian. WA KULLUKUM MASULUN.

One thought on “Drama Vaksin Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: