Emas vs Emosi

Emas vs Emosi

KEUNIKAN EMAS Vs EMOSI

Emas adalah sangat istimewa, unik dan matawang logam yang pasti bernilai sepanjang hayat.

Emas tidak seperti perlaburan lain yang memberikan pulangan setiap tahun.Jika ada yang tawaran untuk membeli emas dengan pulangan dividen, sila lari jauh-jauh. Itu scammer emas!

Emas tidak menjanjikan bulan dan bintang. Secara fakta pelaburan emas hanya ada peningkatan harga emas setiap tahun. Kenaikan harga emas antara 10% sehingga 15 % berbanding dividen tahunan pelaburan yang lain.

Jika ada sesiapa menjanjikan pulangan pelaburan yang tidak munasabah, cuba fikirkan, cari keraguan dan buat pencarian sehingga anda benar-benar pasti ke mana pelaburan yang mahu anda salurkan itu.

Beringat itu penting, kerana ianya berpotensi sebagai skim cepat kaya dan skim cepat miskin! Mungkin ini modus operandi scammer untuk rolling wang kita ke cabang “operasi rahsia” mereka.

Secara jujurnya emas tidak menjanjikan pulangan tahunan berbentuk dividen. Emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Beli murah, jual harga lebih tinggi. Itu sahaja. Itu cara paling selamat dan lambat kaya, tapi jika berlaku apa pun dalam dunia ini, emas pasti kekal bernilai dan penyelamat ketika gawat.

Jadilah penyimpan dan pelabur yang berilmu.
Biar lambat, janji tak lesap.

Jom!
Mulakan simpanan hari ini.
Harga pun tengah trend rendah ni.

CONTOH PICK-UP WORDS EMAS

1) Emas tak penah gagal sebagai matawang dunia seperti mana tak penah gagal cintaku padamu.

2) Apa persamaan emas dan cintaku? Kedua-duanya kekal hingga kiamat.

3) Aku ingin masuk syurga untuk melihat perhiasan emas dan menjadi bidadari kamu.

4) Persamaan ketara antara emas dan cintaku? Emas kalis inflasi, cintaku kalis emosi.

5) Bukan emas menjadikan aku kaya, tapi kebahagiaan kamu adalah kekayaan aku.

6) Emas laku di seluruh dunia tapi cintaku hanya laku di hatimu.

7) Emas matawang universal seluruh dunia, memiliki kamu seolah-olah memiliki alam semesta.

8) Emas disimpan sikit-sikit lama kelamaan membukit. Kamu? Kalau tak ada aku sakit.

9) Emas cuma emas. Tapi kamu? Segala-galanya bagi aku.

10) Tak ada emas aku susah. Tak ada kamu? Aku payah.

11) Tidak ada sesiapa menolak nilai emas seperti mana aku tidak menolak nilai cintamu.

Salam sayang, done gedik!

#kongsiilmu
#learnfromobservation

YANG PERTAMA SELALUNYA SUSAH

1. Mencipta tabung emas pertama buat diri adalah yg paling susah. Tapi bila dah mula, selalunya sukar berhenti.

2. Begitulah emas memberi kesan emosi yg kuat pada penyimpannya. Rasa nk tambah lagi dan lagi.

3. Sebab itu penyimpan emas sedar-sedar saja simpanannya semakin bertambah. Alhamdulillah.

4. Berbeza dgn duit. Apabila dipegang, lagi cepat rasa nak berbelanja. Duit yg belum dapat pun kita sudah rancang apa nk beli.

5. Tipsnya, nak mula menabung emas tipsnya adalah JANGAN TUNGGU HARGA MURAH.

6. Jika tunggu, selalunya akan berakhir dgn duit itu dibelanjakan. Pelbagaikan simpanan, dan emas adalah salah satunya.

7. Melalui akaun emas GAP, kita boleh buka akaun emas secara percuma dan mulakan tabung pertama emas kita.

Jom mula!
Jom konsisten, insyaAllah kita akan rasa teruja dengan simpanan emas kita.

Klik saja Daftar Percuma di sini untuk bimbingan dan panduan :
https://publicgoldofficial.com/farahnajiha

Farah Najiha,
Simpan emas dengan ilmu

Tahukah anda kakak adik kakok kalau emas 999 jika di bakar tak hitam ye.

Yang hitam emas 916
Hurmm tak sabar nak balik terengganu cari emas 999. Kita lagi suka emas perhiasan dari gold bar.. mahal pun mahal janji aku boleh pakai.. apa guna jadi perempuan kalau tak pakai. Hak lelaki pun gedik nak pakai..

Tapi hari ini emas naik lagi… hurmmm vencii..
Kenapa aku start beli emas? Sebab aku nak jual rumah seketul pun bertahun² proses kalau kecemasan nak cekau mana duit? Kita park dalam bentuk gold leee. Fix deposit akan di cuba juga nanti.

Kita perempuan ini jangan nak emosi sangat nak emas lawa2 design moden bagai.. beli hak pandora tu belum tentu boleh pajak ar rahnu 😆😆😆 maka pilih design yang selamat sikit.

Kredit Gambar fitrah ghazali

“Salam. Emosi saya terganggu kerana lambat bermula menyimpan emas. Rasa down!”

Ini antara luahan hati penyimpan emas dalam team saya.

Apabila mendengar luahan hati beliau, bermulalah tugas saya.

Saya tenangkan beliau.
Saya betulkan apa yang difikirkan beliau.

Emosi dan cara kita befikir sangat penting dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Jadi dalam perkongsian ini, saya tekankan kepada emosi dan cara berfikir dalam dunia emas.

Bermula awal tidak semestinya banyak simpanan emas.

Bermula lambat pula tidak semestinya sedikit simpanan emas.

Sebenarnya itu hanya teori.

Realitinya berbalik kepada kita juga. Adakah kita konsisten atau tidak.

Pengalaman saya melihat,

1. Seorang penyimpan emas dalam team saya mula awal iaitu 5 tahun lalu dengan menyimpan 1gram dan hingga kini simpanan beliau masih 1gram.

Tidak berubah.
Tidak bertambah.
Tidak berkurang.

2. Seorang penyimpam emas lagi yang baru sahaja bermula menyimpan tahun lalu (Tahun 2020). Permulaan beliau hanya menyimpan 1gram dan kini simpanan beliau telah pun cecah hampir 50gram.

Kenapa?

Konsisten.
Konsisten.
Konsisten.

Ya itulah jawapan dan tips dari saya.

Siapa pun kita.
Bila pun kita mula.

Ketahuilah kita semua boleh menyimpan emas lebih daripada apa yang kita sangka. Letakkan matlamat dalam menyimpan.

Simpan emas berbeza dengan simpan duit.

Simpan emas rasa nak kumpul. Simpan duit rasa nak belanja.

Sebab itu Allah letakkan syarat penyimpan emas yang memenuhi kriteria, wajib untuk mengeluarkan zakat. Ada sesuatu hikmah tentang perintah Allah.

Tak semua orang Allah pilih untuk keluarkan zakat. Kalau Allah pilih kita, itu satu kesyukuran.

Jadi jangan takut untuk capai kriteria zakat tetapi sentiasa berusaha untuk capai dan memenuhi kriteria zakat.

Jika berzakat, bermaksud kita memenuhi syarat dalam rukun Islam.

Jangan takut dengan menyimpan emas.

Capai 1gram.
Capai 10gram.
Capai 100gram.
Dan capai 1kilo !

Kita boleh.

Leave a Reply

%d bloggers like this: