Food Festival Sangat Best

Memang seronok, kalau korang pergi Food Festival sangat best. Bayangkan dalam tuh macam-macam makanan ada, hahaha, memang best, kalau korang jenis orang sponsor, bos ajak makan, dalam tuh macam-macam makanan ada, hahaha, layan hooo. Tapi Nak lagi best, ada banyak sebab korang kena datang food festival. hahaha.
3 Perkara Best Tentang Food Festival
Nanti Pavilion KL, nak buat food festival, macam-macam makanan ada, ada yang melayu, china, india, jepun, korea, dan macam-macam lagi. So, seronoknya kalau korang semua dapat datang ke sana, macam-macam ada kat sana, sambil cuci mata, sambil tuh cuba perhatikan apa yang tersirat dalam Food Festival macam nih
1. Keharmonian
Kalau korang rasa nak kenal bangsa lain, nak kenal adat budaya bangsa lain, kaum lain, cara terbaik nak kenal ialah dengan makanan, selain dari lagu, memang makanan setiap bangsa sangat unik, dan ada sejarahnya tertentu. Senanglah kalau korang dah biasa dan faham , senanglah nak pergi melancong, hehehe, lagi-lagi dapat kawan awek korea, memang best dan senang nak borak.

2. Kesihatan
Hahha, selain tuh jugak, jangan ingat pasal makan sedap je, kebanyakan makanan bangsa ada khasiat nya tersendiri. tapi nak lagi sihat, kenalah cuba air jus, lajuiceria. Itu contohlah ok. Contoh lain mungkin korang boleh faham, kenapa makanan macam shushi tuh tak masak dan sebagainya. Barulah korang faham , kenapa orang jepun hidup paling lama di dunia.
3. Kreativiti
Hahhaha, oklah yang ni kalau korang suka marketing, nak belajar cara nak jual, nak buka restoran, baguslah datang food festival nih, kat sini mana tahu korang nak buka restoran, nak jual brownies macam cikgu nurul, atau macam-macam lagi. Tapi food festival nih memang tempat untuk korang belajar teknik atau strategi marketing company makanan nih, hehehe.
Oklah, itu yang terlintas sekarang di kepala otak saya, kalau nak layan gambar , kenalah masuk facebook saya, hehehe, kat situ banyaklah gambar, hahaha, macam macam ada. Oklah, takpa, kalau ada nak tambah, bolehlah komen kat bawah. Ok, makan makan juga, ingat kesihatan, jangan sampai kolesterol naik sudah. Ok bye !!! food festival sangat best
Makanan Terengganu Area TTDI Shah Alam
Korang pernah tak rasa masakan Terengganu ? Yang biasa korang makan tentu sekali Nasi Dagang kan ? Itu semua standardlah, tapi yang aku pergi minggu lepas ini lagi best, sebab yang ini sangat unik, sebab semuanya home made, terasa sup sedap Mee Chalong dan Nasi Lobak , yang berkhasiat di Delong Cafe & Such di Seksyen U2 TTDI Jaya, Shah Alam.
Homemade Fish Ball
Keistimewaan yang diletakkan dalam Mee Chalong ini ialah tentu sekali homemade fish ball, itu kata kata puan Arlina Rosli, pemilik delong cafe ini. Hahha , rasanya tentu sekali bagi aku perasaan rindu pada kampung halaman di Dungun , Terengganu itu diterjemahkan kepada suatu cafe yang menjual Mee Chalong, dengan homemade fish ball yang istimewa tanpa tepung. Jadi memang rasa betul-betul ikan tuh, beza dan sangat berbeza.
Nasi Lobak
Nama orang putih itu nasi carrot itu jadi kegemaran Maryam, sebab nasi tuh ada perisa, dan memang diakui dibuat khas untuk kanak-kanak yang nak dapatkan khasiat dalam sebuah hidangan, jadi anak-anak boleh makan nasi lobak ini, termasuklah bapak dan mak sekali. Semuanya di sini, disediakan, khas dari seorang mak kepada anak. Kalau terasa rindu nak balik Terengganu, tapi tak sempat, datanglah Delong cafe ini.
Makanan Western Sedap TTDI Kuala Lumpur
Sempena nak ramadhan, eh lepas ramadhan pun boleh, kalau korang rasa nak balik rumah, tak sempat, nak tunggu jalan jem kerja area KL, apa kata korang singgahlah KulCats Barrio, TTDI , Kuala Lumpur, ini baik punya western, hahha, gambar kat bawah ni paling cool sebab abam Didos nak perkenalkan korang , resepi western khas untuk korang. Baik punya sedap !!!
Kulcats ni semua budak melayu punya, dan cerita diorang buat kedai ni panjang lebar, tuh aku dengar sendiri dari pekerja diorang, dan memang best tempat nih, kalau nak booking pun boleh rasanya, hahaha. Kat sini korang layan lagu-lagu amerika, sambil tuh, kalau rajin singgah kejap kedai merchandise diorang kat sebelah tuh je. Area dia memang terpencil sikit, tapi tak rugi korang pergi, layan western kat sini memang terbaik. Lagi gambar macam biasa, korang boleh tengok facebook aku Joe Labu, hahaha.
Khas untuk berbuka puasa, KulCats ajak korang sume tukar selera sikit. Kalau bosan nak berbuka masakan murtabak, kuih muih, ayam percik. Apa kata pekena western , ajak orang kawan kawan korang, satu malaysia layan makan kat sini. Aku, pun tak sempat nak listkan senarai resepi. Tapi jangan risau abam abam macho kat sana boleh suggest resepi terbaik untuk korang. Memang bersih dan cantik tempat dia. Staff semua friendly, hahahah. Ok, kalau rasa best tempat nih, korang boleh try pergi. Ajak makwe, pakwe, pak sedara atau upline MLM korang atau boss korang, ataupun pekerja korang.
KULCATS BARRIO.
35, Lorong Rahim Kajai 13,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Makanan Orang New Zealand Best Ke ?
Nak diceritakan hari isnin lepas ikut wife pergi ke satu event best, event makanan. Benda nih yang dipanggil sebagai New Zealand Food Connection. Hooo ini semua cerita pasal kesedapan, ataupun senang cerita pasal makanan dari company New Zealand. Hoo apa yang best pasal makanan nih, hoo aku rasa lepas aku balik. Amek gambar dan rasa makanan diorang, oklah ni yang aku boleh cerita kat korang.
Event ini sebenarnya nak perkenalkan makanan New Zealand. Oh ye, diorang ni nak promote produk diorang, yang bestnya, ada yang dah masuk Malaysia, dan ada yang belum. So kalau korang ada company, restoran, atau nak berniaga makanan diorang, bolehlah datang sini. Memang best makanan diorang nih.
Yang aku respect tuh, makanan diorang ni memang semuanya bagus, non GMO, lembu lembu, daging mereka pun tak kena antibiotik. Rupanya kerajaan New Zealand sangat strict dengan benda benda nih. Kalau kat malaysia tuh , mungkin dah kena suntik hormon, GMO, dan macam-macam lagi ubat nak kasi production banyak.
Paling best tentu sekali produk diorang ini memang diiktiraf HALAL . Diorang memang pastikan produk ini Halal dan sesuai untuk majoriti umat Islam di Malaysia ini. Oklah tuh, tapi bab bab wine tuh confirmle tak halal, hahahha. Oklah, setakat tuh saje yang boleh diceritakan. Pendek je, tapi kalau nak layan gambar, kenalah pergi facebook aku, ok ? Bye !!! food festival sangat best