Gaji Kecil Tiada Simpanan

emas besar quantum metal

GAJI KECIL TIADA SIMPANAN ? Banyak yang fikir, tidak dapat menyimpan sebab duit gaji tidak cukup. Padahal yang gaji besar pun tiada simpanan juga. Punca sebenarnya bukan gaji tidak cukup, tapi tiada ilmu.

Bila tiada ilmu, dia sentiasa tunggu ada duit lebih baru mau menyimpan. Ini salah. Sebab sampai bila-bila pun tidak ada duit lebih. Lagi besar pendapatan, lagi besar keinginan untuk berbelanja. Bila menyimpan, dia simpan dalam akaun bank yang mudah dia korek balik. Ini pun salah.

Duit simpanan, lagi kita ingat, lagi cepat duit tu habis!

Untuk selesaikan masalah tidak boleh menyimpan, pertama kena amalkan prinsip “simpan dulu baru belanja”. Bila dapat gaji, potong sebahagian untuk simpanan. Sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.

Kedua, ubah cara menyimpan. Belajar simpan emas pulak. Bila sudah kenal emas nanti, mesti ada saja duit untuk beli emas. Sebab cara fikir sudah berubah. Tidak macam dulu. Dulu bila ada duit saja, otak kita asyik fikir mau shopping. Tapi bila faham tentang emas, kita akan asyik fikir mau tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi.

Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu. Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru kita akan faham. Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP. Itu cara simpan emas fizikal paling mudah dan paling murah di Malaysia. gaji kecil tiada simpanan ?

gaji kecil tiada simpanan

GCA tak untung?? GCA high risk??

Ada klien nak amek Return On Capital. Ada klien yang nak amek Return On Spending (Belanja hangus dapat semula). Kalau nak dapatkan balek ape kita belanja, tunggu la net gain tu kurang² half than nilai convert atau lebih.

Terpulang pada matlamat masing². Yang penting, daripada aset emas anda, anda dapat manfaat dan kembangkan duit. Bukan setakat simpan peram jadi harta karun 10 tahun. Kalau peram kat GCA ni 10 tahun pon hasilnya berganda dari cara anda simpan tu.

Nilai net gain pulak bergantung pada harga semasa emas. Jadi, terpulang la nak terminate (jual) bebila pon. Anda yang manage aset emas anda, bukan konsultan atau company. Walaupon MANAGEMENT FEE ditolak siap², tetap ada untung di situ.

Ni la GCA yang diperdebatkannnnnnn oleh so called pakar² kewangan yang anda follow tu. Ye, GCA yang orang kata dapat gaji beli emas baru berbelanja dengan cash advanced dari overdraft emas tu. Ni la dia! GAE kaklya dah tulis dah sebelum² ni. Banyakkkk.

Fasiliti Quantum Metal Terbaik ?

Jangan la ikut ikutan orang yang tak pernah guna pon fasiliti di QM tapi sembang berdegar². Anda bukan takde otak untuk berfikir dan menilai pon. Nak explore fasiliti, guna sendiri. Mari sini tanya kaklya directly atau consultant lain. Ruginya lahai tak explore fasiliti QM ni. Dengar² cakap orang tu dapat ape? Ada la sebab hashtag QM #economicrecoverysolution

Hari raya pon sebok cari gaduh, tak jumpa sedara mara ke? ???? Kalau banyak sangat mase terluang, gi la rancak² buat video tiktok promote buku tu.

Nota kaki: Ye, satu kelebihan buat kaklya sebagai konsultan dapat beli emas tanpa spread, so bila buat GCA cepat untung. Klien kaklya yang bukan konsultan, buat GCA 6 bulan lepas, pon untung on capital lebih 200%. Cek comment section.

Biar kita tak pandai ya, boleh belajar. Jangan MEMANDAI MANDAI. Lagi satu, jadi klien QM ni tak perlu pon jadi konsultan. Korang beli insurans, wajib jadi agent insuran jugak ke? Kaklya tanya je supaya berkembang siket neutron² anda tu.

GCA ni nak buat, buat. Tak buat pon takpe. Tapi kalo tak buat, rugi la duit korang belanja² burned gitu je. Dah berkilo pon kami² klien QM ni backup belanja dengan emas. gaji kecil tiada simpanan ?

Kumpul Emas Untuk Full Settlement House Loan.

Assalamualaikum. Saya sekadar ingin berkongsi kegembiraan, sekiranya ada kebaikan, moga boleh diambil inspirasi oleh semua sahabat. Hari ini hari yang amat bahagia untuk kami berdua Noorhanim Yazid

Alhamdulillah, tengahari tadi saya dah buat full-settlement pinjaman rumah yang kami tinggal. Bebas hutang jahat!

Hutang asal rumah ini dulu RM 89,000. Kerana tak cukup kelayakan kami submit loan pakai 2 nama dan keluarkan KWSP kami. Personal loan pun kami buat. Masa apply loan tu kami belum kahwin pun. Punya percaya kat bakal suami. Nasib baik saya baik. ???? Dan hensem ????

Lepas 10 tahun kami buat refianance loan rumah pula kononnya nak dapat cash kat tangan di Bank Islam. Lepas apply, bank call kata saya wajib buat full settlement loan kereta dari hasil loan yang bakal approve baru refianance dia boleh lulus. Ok ON. Dari loan 89k dah jadi 160k! Pengsan. Masa ni belum kenal emas ataupun ilmu kewangan.

Bulanan RM 756 kalau bayar secara konsisten sehingga habis dari pokok RM160,000 saya perlu bayar total menjadi RM 540,000. Saya rasa ini rutin yang lambat kaya.

Dalam pada itu saya hampir terlupa saya juga ada tabungan emas.

Setiap kali dapat gaji, duit bonus, moratorium dan insentif dari Public Gold saya tukarkan kepada emas. Saya bukan ajak orang beli emas saja. Saya pun pembeli emas tegar.

Menabung emas ni susah nak jual balik kecuali betul-betul terdesak. Itu kelebihan emas. Zakat saya tak lupa. Orang kata zakat menyuburkan harta. Apa kata kita jual saja emas ni.

Selepas membuat kiraan emas yang disimpan dalam tangan tengok-tengok dah lepas kalau nak settle loan. Kami plan bila emas naik melebihi RM 300 segram kami akan jual balik emas kami.

Tiba-tiba emas naik sungguh RM300. Ok jom jual. Rugi atau untung tak sure sebab emas dibeli konsisten pada harga berbeza. Malas kira. Kumpul jer banyak-banyak. Kami cuma nak bebas hutang saja. Dah tak boleh sekat dah. Beratus-ratus gram dijual walaupun rasa sayang.

Selepas duit jual balik emas masuk akaun, hari ini dengan hati berbunga-bunga kami berkunjung ke Bank Islam Kulim untuk buat ‘perhitungan terakhir’!

Alhamdulillah segalanya amat mudah. Kini dah bebas hutang.

Duit gaji saya dah tak ‘bocor’ masuk ke kantung bank lagi. Dengan full settlement ini saya jimat lebih RM 300,000!

Bebasnya dari belenggu hutang kereta dan rumah kami tak akan ubah gaya hidup. Duit tu akan kami gunakan untuk kumpul emas balik. Mungkin buat autodebit emas melalui akaun GAP RM 1600 sebulan. Itu plan asal.

Saya masih ada loan rumah kedua. Tapi ia ditanggung melalui duit sewaan setiap bulan. Alhamdulillah dapat penyewa yang bagus. Dapat gaji dia terus bayar. Melalui sewaan saya dapat rumah PERCUMA suatu hari nanti.

Practically SAYA DAH BEBAS HUTANG! Dengan loan eligibility ke tahap sifar saya juga akan melabur properties di Kuala Lumpur melalui Far Capital.

Alhamdulillah. Next saya menuju fasa FINANCIAL FREEDOM. Terima kasih Mohd Zulkifli Shafie atas bimbingan peribadi dan melalui buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang. Kawan-kawan nak settle loan rumah tapi simpanan wang susah penuh boleh cuba bermula menabung emas:

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply