Ganja Terbaik Dari Israel

Ganja Terbaik Dari Israel

Ini yang last posting pasal ganja. ingatkan dah stop dah…tapi bila Maszeli post pasai Israel mengeluarkan CBD dari senarai dadah merbahaya, aku terpanggil untuk menulis sesuatu sebab dulu aku pernah tulis pasal Israel ni.

(Boleh baca kat sini, https://www.jpost.com/health-and-wellness/article-698917)

Semua ganja yang terbaik didunia sekarang ada di Israel. Asalnya dari Afghanistan dan Pakistan tapi dihapuskan oleh Amerika. China pula adalah pengeluar ganja terbesar didunia.

Kepada yang memberikan testimoni dalam ruangan komen posting lepas, terima kasih banyak-banyak. Anda tergolong didalam golongan yang mendapat hidayah. Ni aku nak bagi paham kepada golongan yang buta-buta menentang dan mengharamkan ganja, semoga depa jugak mendapat hidayah sebab kebanyakanya menentang tanpa mengetahui apa-apa pun. Kot susah nak paham, aku lukis sekali.

Keturunan pokok ni dipanggil Cannabis….dalam bahasa Melayu disebut ganja. Cannabis ada tiga anak. Sativa, Indica dan Ruderalis. Dalam bahasa Melayu disebut ganja, ganja, ganja.

Indica dan Ruderalis dikenali sebagai Marijuana dan ia mengandungi THC yang menyebabkan high. Indica banyak di india, Afghanistan dan Pakistan satu masa dulu. Ruderalis ni dikenali sebagai ganja cokia sebab THC dia rendah. Banyak ditemui di Russia dan Asia Tengah. Dalam bahasa Melayu, Marijuana disebut ganja.

Sativa pulak ada dua anak. Satu Hemp manakala satu lagi menggunakan nama bapak dia…kekal dengan Sativa. Hemp tak ada THC, (ada tapi terlalu rendah, 0.3%) tapi Sativa ada THC dan boleh jadi high. So, Hemp tak boleh disebut Marijuana manakala Sativa termasuk dalam group marijuana. Ada yang kata hemp ni ganja jantan dan Sativa ganja betina. Walaupun salah, tapi kalau nak senang paham…kira ok la. Dalam bahasa Melayu, ketiga beranak ni dipanggil ganja, ganja, ganja.

Kita pergi kepada minyak pula. Ada tiga minyak utama. Minyak ganja (Cannabis Oil, Minyak Hemp (hemp Oil) dan Minyak CBD-Hemp (CBD-Hemp Oil).

Ni yang basic saja…ada banyak lagi produk yang full spectrum, half spectrum bagai.

Minyak ganja boleh menyebabkan high kalau diambil pada kadar tertentu. Tapi ia juga diperlukan untuk merawat beberapa penyakit seperti sawan dan kanser. Minyak yang mengandungi THC ini diperolehi dari bunga. Daun buat ulam dan tak boleh high. Yang ni masih lagi diharamkan dinegara kita dan kalau memerlukan, hanya boleh diperolehi dipasar gelap.

Minyak hemp yang ada dipasaran ada dua. Satu Hemp Oil dan satu lagi CBD-Hemp oil. (Ini asas…). Hemp Oil diekstrak dari biji manakala CBD-Hemp oil dari bunga.

Hemp oil mengandungi Omega 3 yang tinggi dan bagus untuk penyakit darah tinggi, ekzema, jerawat atau apa saja penyakit kulit. Ia juga tinggi dengan linoleic acid yang boleh mengurangkan kolesterol jahat lantas mengurangkan kemungkinan mendapat stroke atau serangan jantung.

Kalau dah kena stroke, sakit jantung atau kanser, lebih baik guna CBDHemp oil. Yang ni power sikit dan ia diekstrak dari bunga hemp. Dalam komen posting lepas pun ada testimoni orang yang kena stroke guna minyak hemp dan kembali pulih. Kot la hangpa kata aku auta.

Masalah utama penentangan terhadap ubat ni sebab semuanya dipanggil ganja. tak patut la…tok nenek punya pasai habih satu keturunan kena sumpah.

Dan kalau kita menggunakan akal, sepatutnya benda baik ni kita terima la.

Ketika Rasulullah pulang dari Thaif, baginda berdoa…

Allhaummahdiqaumi fainnahum laa ya’lamun,

“Ya Allah! Berilah hidayah kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1375)

Kalau nak mengetahui lebih banyak tentang medical marijuana, pi join group MASA. https://www.facebook.com/MalaysianTHCusers

Kalau nak mengetahui lebih lanjut pasal hemp, pi join group hemp.
https://www.facebook.com/groups/HempMalaysia/

Jangan tunggu Stage 4 baru nak join.

Leave a Reply

%d bloggers like this: