Gitaris Kidal

Gitaris Kidal

Gitaris kidal ? Hahaha, salam sejahtera semua, hari ni dah 11 haribulan dah, amerika dulu kena serang dengan puak yang dilabel pengganas 12 tahun lalu, time tu aku amek SPM, hahaha. Oklah, takpa, itu cerita penuh misteri dan peperangan. Tidak boleh disetelkan, apapun, gua nak ajak lu orang berseni kejap.

Oklah, dah lama gua nak bikin entry ni, tapi asyik tertangguh dalam kepala je, ok, sekarang ni mempersembahkan, entri Gitaris Kidal Idaman. Oklah, pemilihan gitaris ni, memang satu, dianya kidal, dan satu lagi, penuh bermakna bagi aku, ok apapun jom kita layan entry ni.

Kurt Cobain

Kurt memang idola gua masa baru mula-mula nak kenal muzik rock, dan yang paling penting ialah orang yang betul betul suruh aku pegang gitar dan mainkan chord lagu grunge. Tapi yang paling best masa tuh tentulah album Unplugged in New York, bila tahu kurt dah mati, so kitorang memang layan album ni, masa tuh zaman aku, abangaku, dan kawan kawan, suka sangat gitar Kapok, dan mainkan lagu About A Girl, Come As You Are dan The Man Who Sold The World. Nirvana adalah band yang hidup sampai sekarang, walaupun Dave Ghrol dan cemerlang dengan Foo Fighters, tiada penggantinya !!!

Tommi Iommi

Gitaris Black Sabbath, ye, gua lambat sikit dengar black sabbath ni, tapi tahulah skt skt, masa menjinakkan diri dalam dunia rock, riff black sabbath antara orang pernah sebut, dan nirvana juga aku rasa ada fluence dari riff riff berat sabbath. Tommi Iommi memang best bila sebut pasal ketabahan seorang gitaris. Jarinya yang cedera menyebabkan dia menjadi seorang yang kreatif dan unik.

Gua memang layan lagu lagu dia, blues yang keras, dan jadilah heavy metal yang sedap. Paranoid mungkin riff yang biasa, tapi cuba dengar dan korek lagu lagu diorang. Salah satunya lagu yang Metallica pernah cover, Sabra Cadabra dan National Acrobat. Itu belum kira lagi zaman Black Sabbath dengan arwah Dio. hooo, ganaz !!!

Jimi Hendrix

Raja Gitar ni, paling gila, dan dia memang layak di gelar begitu, bagaimana dari muzik blues, dia dikatakan orang yang pertama guna overdrive dan mempengaruhi semua pemuzik blues dan rock. Senaraikan ramai pemuzik yang gilakan nya. Dan dia ni orang kulit hitam, penuh jiwa, tapi main rock tak ingat, yang banyak juga element blues. Tapi sayang , disebabkan gila dadah, meninggal pada usia awal, sama macam kurt !!!

Albert King

Lu ingat stevie ray vaughan punya enjut tu dia bikin sendiri ke ? Hahha, lagi kena mau ingat, sapa yang boleh buat gitar nangis, kena gigit macam kucing, itu semua kerja Albert King. Cara permainannya, lagunya, banyak mempengaruhi SRV dan ramai gitaris blues di luar sana. Yang paling otai, dia main blues pakai flying V lagi, kalah james hetfield, ahhaha.

Korang tengok macam mana John Mayer cerita pasal Albert king untuk rock n roll hall of fame. hoo, Ternyata, Albert King memang mempengaruhi jiwa blues gua. Apapun lu kena cari album Born Under the Bad Sign. Dan tengok juga video klip Pretty Woman oleh Garry Moore, Albert King feat main satu part solo, tapi cukup memakan hati gua,

Man Keedal

Man Keedal punya pengaruh, dari jimi hendrix, ritchie blackmore dan yngwie malmsteen, jadilah Man Keedal yang kita tengok sekarang. Walaupun solo dia laju, terlaju, tapi gua suka juga cara dia gentel, sound distort nye tu pada satu ketika aku suka betul masa zaman Ella dulu. Dia penuh melodic dalam lagu lagu melayu yang ada. Dia adalah gitaris Search pada mulanya, dan menubuhkan Lefthanded, yang menjadi band lagenda tanah air Malaysia

Joe WINGS

Yang paling mengancam dalam Malaysia, bagi akulah. Cara Joe main gitar, lagu lagu dalam wings, buatkan gua memang melekat dengar lagu WINGS setiap kali gua naik kereta. Joe juga memang melodic, tengoklah solo lagu SEJATI yang paling berhantu sampai sekarang. Bolehlah gua cakap, JOE boleh main simple melodi dengan penuh syahdu, dan itu element yang ada dalam banyak lagu wings.

Setiap kali dengar lagu wings zaman zaman jerangkung, gua terbayang bayang macam mana joe boleh cipta solo solo yang hebat. Dan, cara JOE main blues pun memang best. Boleh dikatakan, masa joe masuk wings, setiap album wings mesti ada sekurang-kurangnya satu lagu Blues, hahaha. Dan tambahan lagi, JOE yang gua perasan main slide guitar dalam lagu rock, hahaha.

Banyak lagi gitaris kidal yang lain, tapi yang gua pilih ni , memang betul betul buat jiwa gua kacau, dan mempengaruhi juga gaya permainan gitar gua, walaupun gua tak main gitar sangat, tapi apa pun, korang pun ada gitaris yang betul betul jadi contoh dan ikutan.Oklah, bye

Ibanez Saber Teori Domino

Salam sejahtera Malaysia! Setelah beberapa siri #throwback, antara soalan paling kerap ditanya ialah masih adakah lagi gitar Ibanez Saber yang digunakan ketika rakaman Teori Domino & juga lagu Sejati. Nampaknya ramai yang berminat untuk mengetahui di mana gitar itu sekarang. gitaris kidal.

Setelah melakukan sedikit penyelidikan dibantu oleh maklumat yang diberikan oleh Jo sendiri maka akhirnya admin berjaya menjejaki pemilik & penjaga terkini gitar tersebut. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Amer Kidal Master Red II. Beliau anak kepada sahabat lama Jo sendiri yang menyimpan dan membaikpulih gitar Ibanez Saber ini. Terima kasih Amer atas kesudian berkongsi gambar dengan admin.

Gitar JL Kena Abuse Masa Konsert Lefthanded ?

Ketika saya memulai membangun JL Guitars, objektif saya tidak hanya menjadi “jaguh kampung”. Kami ingin menjadi LEBIH BAIK daripada gitar Amerika yang saya kenal sejak kecil, seperti Fender, Gibson, Suhr, Tom Anderson DLL. Gitar kami tidak hanya harus sound bagus. Tetapi juga harus tahan lama untuk dekade dan bertahun-tahun mengalami abuse di atas stage oleh gitaris kidal.

Saya selalu teringat melihat foto-foto mengerikan tentang gitar neck yang patah masa penerbangan. Dalam pikiran saya selalu bertanya-tanya… mengapa kita tidak boleh buatkan guitar neck yang lebih kuat? Itulah yang kami hairan . tahun terakhir Kami mengelitikan dan membangunkan kekuatan guitar Kami. Kami berdiri , pijak , duduk di atas neck kami , melemparkannya dari gedung setinggi 90 kaki, menabrakinya dengan kereta kami. Kami mencuba lebih dari 100 neck dan badan gitar. Hanya agar kami boleh menemukan cara terbaik untuk membangun gitar terkuat yang pernah ada di dunia.

Konsert lefthanded semalam adalah sebuah perwujudan betapa kuatnya JL Guitars yang dibangun. Kami mencapai hal ini dengan menggunakan hanya kayu terkuat. Kami temukan ditambah dengan bahan komposit ringan yang diperkuat untuk memperkuat seluruh gitar. Bagian terbaiknya adalah kami melakukannya hanya dengan menggunakan 2 skru untuk menghubungkan leher dan badan, dibandingkan dengan 4 skru yang biasanya terlihat pada gitar lainnya.

Idea ini muncul atas permintaan dari Man Keedal. Kami dengan senang hati memenuhinya, kerana kami tahu bagaimana gitar itu dibangun. Kami di JL guitars pun sangat excited untuk tengok results dia bila kena abuse kat stage.

Leave a Reply

%d bloggers like this: