Harmonikawan Bersama Pak Ito

Harmonikawan Bersama Pak Ito

Harmonikawan Bersama Pak Ito Blues Gang. IMPIAN BERSAMA SIFU BLUESHARP. Insyaallah, saya akan ke Melaka untuk satu sesi harmonikawan bersama idola, sifu, tak lain tak bukan legendary Ito Mohd dari kumpulan Blues Gang

Sejak dari dulu saya pasang impian nak berduet bersama legend pak ito. Bermula dari harmonika abah, dari situlah saya berminat dengan muzik ,harmonika, blues. Terima kasih Izzat Amir yang menjayakan sesi begini. Sembang gitaris mungkin dah banyak, why not korang turun melaka kita sembang bab blues, harmonika, blues harp. Jumpa korang kat Melaka. 1/10/2022, oh kakak genap 12 tahun !!!

Kumpulan Blues Gang

Blues Gang merupakan salah sebuah kumpulan blues yang boleh dikategorikan sebagai lagenda blues. Kumpulan yang diasaskan pada tahun 1973 oleh saudara Shaik Karim, Jim Madasamy & Ahmad Abdullah @ Mat Dollah yang juga merupakan teman sekampung di Kampung Pasir, Johor Bahru. Pada mulanya mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Changing Times. Kumpulan Changing Times pada ketika itu bermula di Woodlands, Singapura. Mereka kemudian menyertai pertandingan Juara Kugiran anjuran RTM pada tahun 1972. Bagaimanapun kumpulan mereka gagal pada peringkat awal pertandingan.

Muzik mereka pada ketika itu dipengaruhi oleh penyanyi blues dari British seperti John Mayall’s BluesBreakers, Alexis Korner & Fleetwood Mac yang diadunkan dengan sentuhan rock & irama etnik. Mereka kemudian menubuhkan kumpulan Messenger From Hell. Nama Blues Gang tercetus dari nama artis blues dari barat pada ketika itu, James Gang dan membawa imej Rolling Stones. Blues Gang kemudian membawa masuk pemain gitar rhythm, Hatta.

Kumpulan Blues Gang kemudian bermain di Anzuk Club yang merupakan pangkalan tentera bagi tentera Australia, British & New Zealand di Singapura. Blues Gang kemudian kembali ke Johor Bahru pada tahun 1974. Disebabkan kurangnya udangan untuk pertunjukan pentas di Johor, pada tahun 1976, Blues Gang mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka kemudian mengambil Ito & Ghani sebagai anggota Blues Gang. Ito pada ketika itu merupakan graduan ITM (UiTM) pada ketika itu. harmonikawan bersama pak ito.

Audition Rakam Album

Pengurus Blues Gang pada ketika itu adalah saudara Zainal Ariffin. Nama Blues Gang mula dikenali selepas menyertai Rhythm & Blues Festival di Stadium Negara pada November 1976. Pada tahun 1977 Blues Gang telah menghadiri audition untuk rakaman album. Pihak syarikat rakaman pada ketika itu mencadangkan Blues Gang menukarkan nama kepada 15 Shillings untuk menjadikan nama mereka lebih komersial dan diminta mengubah muzik mereka kepada muzik yang lebih komersial seperti disko.

Blues Gang kemudian membuat persembahan selama setahun di A&Z Pub di Bukit Damansara. Pada tahun 1978, syarikat rakaman Warner Elektra Atlantic (WEA) telah ditubuhkan di Malaysia. Blues Gang menjadi antara artis terawalyang menandatangani kontrak dengan WEA. Mereka menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan WEA, Paul Ewing.

Album pertama Blues Gang bersama WEA diterbitkan pada 1979. Uniknya Album Inggeris yang diberi judul Anytime, Anyday merupakan koleksi lagu-lagu Inggeris yang ditulis oleh Mat Dollah. Album tersebut berjaya dijual melebihi 20,000 unit. Mat Dollah kemudian berhijrah ke Australia dan tempatnya sebagai gitaris digantikan oleh Julian Mokhtar. harmonikawan bersama pak ito.

Artis Residen Club-Med Cherating

Pada tahun 1980, Blues Gang menjadi artis residen di Club-Med Cherating. Pada tahun 1980 juga, Blues Gang turut melahirkan album melayu pertama mereka yang diberi judul .Blues Gang. Album kedua mereka berjudul Ada Lagi diterbitkan pada tahun 1981. Selepas itu Album ketiga Blues Gang yang diberi judul Apo Nak Dikato diterbitkan pada tahun 1982. Album tersebut berjaya dijual melebihi 15,000 unit hanya dalam seminggu selepas dipasarkan. Lagu berdialek minang yang ditulis oleh Ito semasa percubaan tour di Australia, Apo Nak Dikato telah menaikkan nama Blues Gang sehingga menjadi kumpulan yang paling diminati pada ketika itu. Album tersebut berjaya dijual melebihi 50,000 unit. Pada tahun 1982 juga, Blues Gang telah diundang sebagai artis pembuka tirai bagi kumpulan bertaraf antarabangsa, Ian Gillian Band.

Blues Gang mengadakan konsert bergerak mereka untuk mempromosikan album Apo Nak Dikato keseluruh pelosok Malaysia dan Singapura. Konsert yang diberi nama Konsert Merentas Desa Tour (Januari -March 1983) tersebut berjaya menjelajah 25 bandar di Malaysia seperti Muar, Kluang, Teluk Intan, Dungun, Batu Pahat, Kangar dan lain-lain. Album Khatulistiwa turut diterbitkan pada tahun 1983. Lagu Khatulistiwa telah diharamkan oleh pihak RTM pada ketika itu disebabkan lirik yang tidak sesuai.
Disamping itu Blues Gang turut diundang untuk mengadakan persembahan di tapak-tapak ekspo dan funfair di seluruh negara pada ketika itu. Blues Gang sekali lagi diundang sebagai kumpulan pembuka tirai bagi persembahan kumpulan bertaraf antarabangsa, Climax Blues Band pada 1983.

Album Inggeris Kedua

Awal tahun 1984 menyaksikan Blues Gang muncul dengan album Inggeris keduanya berjudul Livin’ It Up. Pada penghujung tahun 1984, Blues Gang selaku kumpulan paling popular dari Malaysia berganding bahu bersama Sweet Charity yang merupakan kumpulan paling popular dari Singapura untuk mengadakan konsert bergerak keseluruh Malaysia. Konsert gabungan Blues Gang dan Sweet Charity tersebut diberi nama Konsert Raksaksa. Begitunya Konsert Raksaksa menjelajah hampir di setiap bandar utama seluruh negara seperti Kuala Lumpur, Machang, Teluk Intan, Kangar, Muar, Kluang, Besut, Batu Pahat, Ipoh, Alor Setar dan bandar-bandar utama lain. Konsert tersebut turut ditaja oleh Bata-Northstar. Untuk konsert pembuka tirai Konsert Raksaksa di Stadium Merdeka, lebih 15,000 penonton hadir. Semasa konsert di Arau lebih seratus ribu penonton sehingga menyebabkan segelintir penonton tercedera semasa berhimpit-himpit. Semasa konsert kumpulan antarabangsa Uriah Heep di Kuala Lumpur, Blues Gang Sekali lagi diundang sebagai artis pembuka tirai.

Masalah cetak rompak yang berleluasa pada ketika itu menyebabkan Blues Gang banyak bergantung pada persembahan live dan konsert Tour sebagai punca pendapatan utama mereka.
Tahun 1985, Blues Gang menerbitkan album kelapan mereka yang berjudul Sakit, Sakit, Sakit. Kemudian pada tahun 1986 album kesembilan Blues Gang, Zaman Berubah dihasilkan. Blues Gang turut mengadakan konsert jelajah Sabah, Sarawak & Brunei pada tahun tersebut. Pada masa yang sama khabar angin turut bertiup kencang tentang krisis dalam Blues Gang pada tahun tersebut. Mereka kemudian menghasilkan album Oh Inikah Dia! pada penghujung 1986.

Blues Gang Berpisah

Blues Gang akhirnya berpisah pada awal tahun 1987. Ito dan Ghani mengundurkan diri dari Blues Gang. Shaik Karim, Jim dan Julian meneruskan perjuangan Blues Gang pada ketika itu. Manakala Ito dan Ghani menubuhkan Ito Production dan melancarkan album solo pertama beliau berjudul Aku.

Trio Blues Gang (Karim, Jim & Julian) turut menghasilkan album pada tahun 1988. Album yang bertajuk Mencari Penyelesaian merupakan album terakhir Blues Gang bersama WEA Record. Untuk memastikan kesinambungan kumpulan Blues Gang, Shaik Abdullah yang merupakan adik kepada Shaik Karim diambil untuk bermain drum, manakalan Sheik Karim pula bertindak sebagai penyanyi. Disamping itu, Blues Gang turut menambah pemain gitar kedua, Azizi Ithnin. Manakala Ito muncul dengan album kedua diberi judul Perempuan.

Pada tahun 1990, Kumpulan Blues Gang (Karim, Jim & Julian, Sheik Abdullah & Azizi Ithnin) telah menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman SCS (Suara Cipta Sempurna) untuk penerbitan tiga buah album. Blues Gang kemudiannya menghasilkan album Esok Hari bersama SCS pada tahun 1993. Lagu Mak Siti dari album tersebut berjaya memasuki peringkat separuh akhir pertandingan Muzik-Muzik.
Tahun 1993 juga, Julian Mokhtar bertindak meninggalkan kumpulan Blues Gang.
Ito sempat menyertai Sheik Karim & Jim seketika untuk mengadakan persembahan di kelab malam dengan menggunakan nama Purple Haze.

Ghani Kembali Sertai Blues Gang

Pada tahun 1994, Ghani menyertai kembali kumpulan Blues Gang. Pada tahun 1998 Blues Gang yang dianggotai semula oleh Ito dan Ghani menyertai Shaik Karim & Jim Madasamy disamping pemain gitar baru, Ian Anderson telah menghasilkan album Ribut Pendamai yang merupakan album studio terakhir mereka sehingga kini.

Konsert 2 Raksaksa Reunion gabungan Blues Gang & Sweet Charity diadakan semula pada tahun 2011. Konsert tersebut yang mendapat sambutan hebat dari peminat Blues Gang & Sweet Charity di mana lebih 15,000 peminat membanjiri Stadium Merdeka untuk menyaksikan Konsert Dua Raksaksa.

Kumpulan Blues Gang turut dijemput untukmenjayakan persembahan pada majlis mengumpul dana dari Persatuan Wartawan Kebangsaan pada tahun 2013. Disamping itu sempena genap usia 40 tahun penubuhan Blues Gang pada tahun 2013, anggota Blues Gang membayangkan hasrat mereka untuk menghasilkan album baru. Harmonikawan Bersama Ito Blues Gang. harmonikawan bersama pak ito.

Leave a Reply

%d bloggers like this: