Hotel Ritz Garden

hotel ritz garden

Sebenarnya gua nak tidur area lumut masa habis kenduri fariz anak mak lang, harituh, tapi tah macam mana, kesian pulak gua  tengok area lumut. Memang boleh kata mati. Hotel lama gua duduk dulu, lumut country resort, dah boleh jadi lokasi filem seram. Macam mana pun kitorang balik area manjung, tengok ada tempat tidur best pulak kat Hotel Ritz Garden Seri Manjung nih.

Nak cerita jugaklah, kitorang terpaksalah tidur sini, sebab tak jadi nak follow mak ayah nak lepak area taiping, esok sebabnya kami nak kena gerak ke area broga, hahha, ada team building pulak. Punyalah penat, takpalah, janji layan. Memang pengalaman menarik jugak korang tidur sini. Bandar dekat makanan banyak. Lepas tuh kalau korang nak jalan teluk batik, lumut, pangkor, dekat je. Ok je bilik dia, janji boleh tidur. Aku ambil standard je nih, RM 127 termasuk gst, ada breakfast lagi. Hhahaha, bajet hotel yang memang sempoi.

Malam tuh edisi tambahan, lepak ruma pengantin askar TLDM dan kekasih negari dibawah bayu, kitorang layan game, cabutan bertuah, mee rebus, nasi kenduri, dan macam macam lagi hidangan. Kutip duit syiling, dan macam macam lagilah. Buka hadiah, tapi hadiah tak dapat, sebab tuh pengantin punya. Hhaha,layan jelah ye.  Hotel Ritz Garden

Hotel Ritz Garden

CONTOH SURAT TERBUKA UNTUK IDOLA

Oh, rupanya aku suka tulis surat, sejak blogging di facebook, boleh pulak tulis surat menyurat nih, koleksi surat menyurat yang sempat dirakamkan di blog orang selangor. Hotel Ritz Garden

1. SURAT KEPADA AMRI YAHYAH

masa ni ambo tulis dia pemain senior yang patut kekal di selangor, tapi sayanglah, tak jadi jugak, akhirnya karier dia berkembang ke JDT dan MU, apapun memang idola masa sekolah menengah

2. SURAT KEPADA NORITA IDRIS 

masa ni mengimbau kenangan masuk kelas pertama kak N dekat pj dulu, hotel tuh pun dah takda. Belajar pasal sel, last last, arreessa buat hal, kena balik awal sebab adik bertunang, gambar feel pulak kat US harituh

3. SURAT KEPADA PRESIDEN SHAKLEE MALAYSIA 2017

surat ni adalah pertama kali sebenarnya gua tulis status facebook dalam bahasa inggeris. Mampus aku, mana aku reti tulis BI, nih, jadi aku belasah jelah apa yang aku tahu. Semuanya sebab nak cakap terima kasih sebab BLC2017 tuh memang tahap awesome gile, hahhaa, feel baik punya !!!

SURAT HAJI MURAT

Lepas ni jawabnya kalau rasa ada terima kasih ke, bagus ke, tak bagus ke, banyak bebenor surat nak tulis, surat menyurat amalan mulia, hahahha, layan feel surat haji murat. yehaaa. Lepas ni mungkin ada  banyak lagi surat yang power akan menyusul, yehaa

DSLR baru dokumentari

Dokumentasi Ilmu Melalui Camera Nikon

Bukak tv3 hari ini, ada team photografer yang sanggup pergi seluruh malaysia ni ambil gambar dengan hashtag ‪#‎cantiknyaMalaysia‬. Hahhaha, semua mamat ni fokus untuk tunjukkan gambar gambar yang menarik di Malaysia nih. Hotel Ritz Garden

Aku masih teringat lagi kata-kata seorang pelukis yang terkenal, yang aku panggil Pak Long, hahaha, sebab dia kata, setiap gambar, momen tuh adalah ilmu , memang setiap ilmu tuh gambar tuh memang mahal. Kalau tengoklah gambar zaman perang semua, itu semua boleh jadi mahal, bila nak buat buku, buat buku sejarah.

Diceritakan seorang pencuci toilet di hotel terkenal, boleh jadi jutawan, hanya kerana mengumpulkan gambar gambar dia bersama orang orang yang terkenal. Dia jadi kaya kerana menjual bukunya, yang mengandungi gambar gambar tersebut.

Setiap perkara, gambar, lagi lagi dalam aktiviti business, memang penting kalau dapat di rakam, dokumentasi sangat penting. Kalau dapat buat video lagi best. Tapi keadaan ada batasan dari segi masa dan kos. Setiap momen yang ditangkap ada makna dan ilmunya sendiri. Memang banyak jasa kamera yang diguna, sejak dari 2011, terus dapat kamera baru 2013, dan sampai sekarang guna kamera nih. Nak buat sharing kalau ada gambar, memang senang dan lebih bermakna.

trip langkawi

Free Trip Langkawi

Usaha lagi, pasti yang akan datang lebih baik lagi, Bila dah sampai trip shaklee LANGKAWI, ni, korang tak boleh samakan trip pergi sendiri dengan trip shaklee bayar. mewah kaw kaw punya.

Satu ko nak naik cable car nak bayar sendiri, nak naik sky bridge, nak makan restoran nagoya tuh, lepas tuh mangrove tour, hahaha, ini semua baik punya Shaklee sponsor. Memang bab makan tuh memang sedaplah, satu meja mahu 700 lebih, untuk makan tengah hari je. Hoo gile power punya. Nak cakap power tak power, hahhaa.

Pergi langkawi naik flight, dari KL je pun, tapi bestlah, sekejap je, tidur pulak kat WESTIN hotel, katil RM 13000 punya, memang sedap tidur, hahahha, bilik dia mewah sangat, siap ada astro layan bola live, hhahaha.

Tapi trip langkawi ni syoknya, bolehlah belajar, feel sendiri naik bot, tengok beluncasla, ikan pari husin dan paridah, pegang sendiri ikan pari tuh, tengok ikan buntal membuntalkan dirinya, Memang syok punya. Kau akan jadi terbaik dan akan buat lebih baik lagi nanti, hahahhaha, sempoi !!! Tahun depan kita ke JEPUN dan CRUISE pulak, yahooo !!!!

balik ,kampung,tips,raya,cina,2014

SpeedTrap Sempena CNY 2014. Sumber dari kawan yg kerja di Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang) 3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara 8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang) 10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply