Idea Kuali Hitam

Idea Kuali Hitam

Idea Kuali Hitam adalah idea kami adik beradik kerana sajak bertajuk ” kuali hitam ” itu penuh makna buat kami. Buat masa sekarang, Aina Mastura sedang berusaha kuat untuk menjayakan Kuali Hitam sebagai satu pentas untuk karyawan untuk melontarkan idea idea bernas mereka. Semoga Aina akan menjadi penerbit hebat seperti saudara Izzat Amir , Nurul Syahida Hassan , Ptk Daud ,dan ramai lagi.

Buku Teknikal Harmonika

Izzat Amir minta aku tulis pasal harmonika. Selain dari perjalanan #ninjaseni, semangat #harmonikawan, aku tulis jugak sikit bab teknikal nih, supaya pembaca akan pening kepala. Bila pening aku akan jual ubat sakit kepala aku pada mereka . Begitulah cara aku buat duit, ala ala siakap senohong gelama ikan duri.

Cerita Pointer Dalam Buku

Cerita pointer dalam buku ? ye memang, saya bukan jenis takyah belajar sungguh sungguh. Sesungguhnya pernah jadi best student matematik tambahan, 4flat matrikulasi, best student master, pro cancelor award, now kerja sendiri. dan bebas hutang bank lahanat dunia ? Itulah kehidupan, hutang takde, kekadang duit takde. Kerja kuat cari duit sahaja, hutang takyah bayar. Oh, ini semua datang dari pendidikan, bukan peperiksaan.

Tambah Pendapatan Lebih Praktikal Dari Berjimat ?

Mengurangkan perbelanjaan, mungkin praktikal jika seratus dua ratus. Tapi kalau nak kurangkan seribu dua ribu, ia agak mustahil. Dalam situasi ini, usahakan tambah pendapatan lebih praktikal berbanding kurangkan perbelanjaan.

Jangan harapkan orang lain apatah lagi kerajaan untuk membantu keadaan ini. Kita yang kena bantu diri sendiri untuk memperbaiki kehidupan.

Ada orang kata, apabila pendapatan bertambah, perbelanjaan juga akan bertambah. Ia benar sekiranya tidak dimulakan dengan mindset kewangan yang betul.

Dengan mindset kewangan yang betul, kita boleh kekalkan gaya hidup sedia ada sebelum pendapat bertambah supaya ada wang lebihan untuk simpanan dan pelaburan.

Justeru, mulakan dengan tambahkan ilmu pengetahuan kewangan sambil menambah pendapatan supaya apabila pendapatan bertambah, gaya hidup tidak berubah banyak, seterusnya perbelanjaan dapat dikawal dengan baik.

Boleh mulakan dengan membaca buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi 7 modul asas kewangan yang dimulakan dengan topik berkaitan dengan mindset kewangan. Dapatkan di www.bukuBMW.com

Jika berminat untuk menambah pendapatan bersama saya di INFAQ, boleh klik https://afyan.com/kerjaya-perunding-kewangan. Taklimat kerjaya ini akan diadakan pada 3 Januari depan, insya Allah.

Kesan Banjir Pada Negara

Kita nampak mangsa banjir ni hanya rumah masuk air, tapi sebenarnya banyak kesan kepada mangsa.

1. Kehilangan orang tersayang- sayu melihat ibu bapa yang kehilangan anak tercinta kerana banjir. Tiada perkataan mampu dikatakan kepada mereka. Ada kanak-kanak lemas dan ada yang terkena renjatan elektrik. Sedihnya tak terbayang.

2. Kehilangan harta benda – boleh kata hampir keseluruhan barang rumah perlu buang kalau air naik penuh. Kereta, motor dll kenderaan persendirian pun rosak. Kos beribu-ribu nak baiki. Nak basuh baju seluar yang kotor kena air lagi. Habis buku,sijil dan kertas penting yang tak dapat diselamatkan kerana air deras masuk rumah.

3. Emosi tak stabil semasa berada di tempat pemindahan. Bayi, kanak-kanak, orang kelainan upaya, warga emas, ibu mengandung, dalam berpantang.. jika balik rumah pun penuh dengan lumpur dan debu bila kering. Bagaimana mahu tenang. Nak cuci rumah pun pening tak tahu mana nak mula bila seluruh rumah habis masuk air kotor.

4. Penyakit dan ketiadaan ubatan. Kawan saya cancer survivor putus bekalan ubatan. Nasib baik ada group support yang boleh dapatkan bekalan sementara.

5. Putus bekalan makanan. Kelaparan anak tak dapat makanan yang cukup. Mereka terpaksa tinggal di pusat pemindahan dengan keperluan asas sahaja. Hati tak tenang fikirkan kediaman dan segala yang hilang dalam tempoh yang singkat.

Sama-sama kita bantu mana yang boleh untuk mangsa banjir. InsyaAllah masa kita susah nanti Allah hantar orang lain pula bantu kita. Saya doakan semua mangsa yang terlibat dipermudahkan segala urusan. Aamin. Semoga Allah tempatkan semua mangsa di kalangan orang beriman. idea kuali hitam

YB Fadhlina Sidek.

1. UPSR telah menyuburkan lanskap ‘exam orientation’ bermula seawal sekolah rendah yang menunjukkan kegagalan negara merealisasikan perlaksanaan pendidikan yg menyantuni naluri suci, ‘curiosity’ serta perkembangan potensi anak-anak yang pelbagai latar belakang sejak merdeka.

2. Negara maju yang mengamalkan sistem ‘decentralised’ telah lama bermula dgn membina karektor, yakin diri, psikososial, ‘well-being’, ‘self-esteem’ dan minat belajar sehingga di sekolah rendah mereka tidak bergantung kepada kegilaan peperiksaan berpusat tetapi sebaliknya fokus kpd penilaian formatif dan sumatif yg santai.

3. Tanpa buku teks dan peperiksaan bagi subjek seperti seni, musik dan PJ misalnya pun negara maju berjaya suburkan minat murid yang berpotensi melalui pelbagai aktiviti. Subjek seperti ini sudahlah kita gagal ‘delivered’, kini ditambah pula dengan buku teks yang tebal yang mengandungi pelbagai istilah yang berat yang belum tiba masanya untuk anak-anak ini.

Falsafah Pendidikan

4. Yang perlu dibahaskan terlebih dahulu adalah falsafah pendidikan atau paradigma yg dianuti dalam mengurus pendidikan negara secara ‘centralised’ seperti reductionism. Sementara itu, ramai pula antara mereka yang tiada pendedahan apa yang sebenarnya berlaku di negara maju, sehingga amalan berpaksikan peperiksaan dengan pendekatan menyediakaan murid juga untuk menjawab soalan peperiksaan bermula di sekolah rendah terus menjadi pilihan.

5. Mohon jangan jadikan UPSR sebagai AMARAN kepada anak-anak ini kerana kegagalan orang dewasa menyediakan ekosistem pembelajaran yang menyantuni fitrah suci anak-anak. UPSR pula akan dijadikan ALASAN untuk ibubapa menakutkan anak-anak supaya belajar. Adakah setakat ini sahaja kemampuan orang dewasa untuk kembangkan potensi anak-anak ini ?

6. Percayalah, sekali UPSR dihidupkan, FPK akan tercalar semula dengan ‘exam orientation’ di sekolah rendah yang sewajarnya ceria. Semua aktiviti belajar, mengajar dan minda akan terfokus kepada UPSR sebagai satu perniagaan untung rugi dalam pendidikan, lalu bermulalah pertandingan bilangan ‘As’ di sekolah rendah yang membandingkan antara individu murid, sesuatu yang ‘terlarang’ di sekolah rendah di negara yang maju pendidikan.

Buanglah EGO

7. Buanglah ego, buka ruang autonomi, fokus kepada subjek teras dahulu dengan subjek lain laksanakan dalam bentuk aktiviti santai tetapi bermakna. Anjalkan DSKP dan fikirkan perlaksanaan PdP yang lebih ceria kerana itu HAK anak-anak untuk mendapatkannya, bukan menjadikan peperiksaan sebagai UGUTAN untuk anak-anak kecil yang masih rapuh ini belajar. Dalam masa yang sama hapuskan apa sahaja program yang menjadikan guru sebagai kerani dan sediakan peruntukkan untuk jadikan bilik guru yang selayaknya bagi mereka menjalankan tanggungjawab berat sebagai seorang profesional.

8. Saya tidak menyentuh PT3. Jika kita gagal sediakan ekosistem pembelajaran yang semakin baik, malah semakin menjadi sebaliknya pula di sekolah rendah, kesannya kepada perkembangan murid akan berlanjutan ke sekolah menengah dan seterusnya hingga ke alam pekerjaan.

9. YB Fadhlina Sidek Sidek , bincanglah untuk kembalikan keseronokkan belajar kepada anak-anak suci ini terlebih dahulu, dengan EKUILITI dari sekolah di Pulau Banggi ke Semenyih hingga ke sekolah di pendalaman Sarawak. Ada banyak cara murid sekolah rendah boleh dinilai secara objektif / subjektfi selain peperiksaan berpusat spt UPSR.

10. BEREMPATI wahai orang dewasa kerana anak-anak ini BELUM LAGI MENGERTI, sedang anda kini berada di bilik-bilik berhawa dingin yg selesa, bergerak ke sana sini dengan pesawat dan ‘driver’ sedang dalam masa yang sama ada anak-anak Malaysia ke sekolah memikul beg galas lusoh dalam lapar dan dahaga menuju ke kelas yang panas dan berlengas. idea kuali hitam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: